7🐈‍⬛

10 2 0
                                    

Setelah 2 bulan berlalu banyak perkara telah berlaku. Khaef sudahpun menemukan kedua orang tua Hessa mengikut adat untuk memilih tarikh dan berbincang tentang persediaan seterusnya.

Atas permintaan Hessa juga mereka hanya dibenarkan berjumpa sekiranya perlu sahaja. Khaef menurut saja permintaan bakal isterinya. Dia pun taklah gelojoh sangat.

Kini tinggal seminggu sahaja sebelum mereka berkahwin.

_____________

Hessa  memandang Junaira   yang berdiri untuk menyambutnya.

"Selamat pagi cik Damia"

"Selamat pagi Junaira"

Hessa tersenyum nipis, beg tepinya dibuka lalu menghulurkan sesuatu kepada Junaira

"Wahh, kad kahwin. Tahniah Cik Damia. Ops, Puan Damia." Teruja Junaira menyambut kad kahwin bosnya.

Hessa ketawa.
"Ada ada aja awak ni Jun. Saya masuk dulu"

Junaira mengangguk sambil masih membelek ii kad kahwin Hessa.

Hessa melabuhkan punggungnya di kerusi. Fail fail yang bertimbun di sebelah kirinya diambil.

"Kena siapkan awal ni, kang nanti tak sempat nak siapkan"

Hessa menyiapkan kerja kerjanya. Lunch semua dipesan sahaja dari Grab Food. Mujur dia tak boleh solat

Tidak lama kemudian Junaira masuk membawa teh.

"Thank you Jun."

"Sama sama"

"Session last saya dengan siapa ya jun?"

"Ouh dengan encik Daniel. Dalam 1 jam 30 minit lagi"

"Oh Encik Daniel. Baik, terima kasih Jun"

Tak lama selepas itu, pintu biliknya diketuk. Hessa yang sudah siap siap di ruangan sesinya berdiri menggamit kedatangan clientnya.

Lebar senyuman Daniel apabila dapat bertemu pujaan hatinya semenjak dua menjak ini.

Hessa mula terasa pening dengan bau cologne yang kuat dipakai oleh Daniel. Macam satu botol aja pakai.

"Assalamualaikum  Damia"

"Waalaikumussalam Encik Daniel. Baiklah, sebelum kita mulakan sesi kita, boleh satmya tahu kenapa isteri Encik Daniel tak sertai sekali?"

"I dah cuba pujuk dia. Dia yang tak nak datang. I dah tak tahu nak cakap apa" kata Daniel dengan harapan Hessa mengasihaninya.

"Ok, kalau macamtu, kita mulakan saja sesi ni"

"Yes, teruskan"

"Encik dah lakukan apa yang saya beritahu tempoh hari?"

"Dah and still not working"

"Baiklah Encik Daniel. Encik Daniel boleh gunakan pelbagai cara. Yang pertama, dahpum encik buat iaitu bagi nasihat dan masih tak jalan. Encik boleh cuba asingkan bilik tidur selama beberapa hari. Biasa cara macamni, isteri faham kalau suami dia ada terasa pada dia.

Kalau kedua dua cara ini tak jalan, Encik boleh pukul isteri encik"

"Wah serious la, i boleh pukul isteri i" belum habis Hessa bercakap, Daniel memotong

"Encik Daniel, please behave. Hukum hukum macamni tak boleh dibawa main" serious Hessa menegur kebiadapan Daniel di hadapannya. Kang bukan isteri kau yang kena pukul, kau karang yang aku libas.

"Ooops sorry" tersengih Daniel memandang Hessa. Sexy betul kalau marah.

"Encik boleh pukul tetapi- sengaja Hessa menekankan tetapi itu.
"- bertujuan untuk mengajarnya. Maksudnya, sewajarnya bukan pukul di bahagian muka. Jangan sampai lebam-lebam. Tu bukan mengajar tu menyeksa."

HESSAWhere stories live. Discover now