Mereka berempat ke rooftop sekolah untuk bertemu dengan member Mamat . Dia 'dikhabarkan' boleh tolong mereka dengan kes Ayla .
Tiara ketawa sedikit .
"Tak sangka kan ? Mamat ada member lain kat sekolah ni ."
"Hahaha preach , Tia . Preach ."
"Hey korang ni , tak baik ah . Mamat pun manusia gak takkan dia nak stick dengan kita je hahaha ."
Mamat sekadar menjeling .
"Korang semua akan terkejut nanti sebab member aku ni ..."
"Hulk ?"
"Captain Ame-- Oh tak . Captain Malaysia ?"
"Girls with the Marvel's superheroes . Aku yakin member Mamat ni power rangers warna biru ."
Semua ketawa mendengar apa yang Skizo cakapkan . Agak - agak tekaan siapa yang betul ? Dalam pada mereka bergelak tawa , mereka jugak dah bengang sebab dah 30 minit tunggu atas bumbung ni tapi batang hidung 'member' Mamat masih tak nampak .
"Mana member kau ni ?"
Soal Skizo sambil tercari - cari orang yang dikatakan 'member' Mamat daripada atas . Dia bajet ada eagle's eyes je boleh nampak dengan jelas sampai ke padang di bawah yang ada ramai students tengah main bola sepak .
"Kejaplah , Zo . This is top secret . Member ni lah yang aku nak kenalkan kau dekat Zen haritu ."
Johanis menjeling .
"Top secret ? Asal aku rasa kau semakin bajet sejak nak siasat kes Ayla ?"
"Tah . I mean aku pun nak siasat but keep it cool sudah ."
Tiara backing Johanis . Skizo masih tercari - cari .
"Sabar lah sikit . Korang ingat ni eh , lepas this meet up kita tak kenal dia lagi ."
Skizo mengangkat keningnya .
"Maksud kau ?"
"Maksud aku , lepas ni jangan tegur dia macam kita jumpa dia kejap lagi . Act formal ."
"Aku curious ah member kau ni siapa actually ?"
Sejurus selepas ayat itu keluar daripada mulut Skizo , pintu menuju ke bumbung terbuka . Semua memandang ke belakang .
"Mat ."
"Chong ."
Mereka menegur satu sama lain . Skizo , Johanis dan Tiara terus terdiam melihat 'Chong' .
"Haa tadi tak sabar sangat , dah jumpa ni apalagi greet lah ."
Skizo tergamam sekejap . Johanis masih nampak tenang tapi dia pun still confused dengan 'Chong' . Tiara lagilah blur to the max .
"Kau orang tak payahlah nak perkenalkan diri lagi . Aku kenal kau , kau pun kenal aku ."
"Sir--"
Belum sempat Johanis menghabiskan ayatnya , Chong sudah memotong .
"Panggil je aku Chong . Sir tu kalau dalam kelas je ."
Member Mamat yang dimaksudkan ialah Chong . Lebih tepat lagi Sir Chong . Guru Addmaths mereka yang baru 7 bulan di sekolah tersebut .
Gila bapak ah Mamat ni member dia Sir Chong ?!
What the actual fuck is this ?!
Okay ... So Sir Chong member Mamat . Mamat member Sir Chong .
Macam - macam bermain di fikiran mereka pada waktu tersebut . Jelas sekali Mamat yang paling comfortable dengan Chong . Skizo menyusul tak lama kemudian sebab dia kan ... well , Skizo Arif .
"Kalau pasal Ayla tu , aku rasa baik kau orang mula dari bawah . Orang terakhir ."
"Tapi Chong , kitorang yang last sekali dengan dia ."
"Haah , Sir eh .. Chong . Takkanlah kitorang berempat ni bunuh dia ? Unless if we're drunk ."
"We wont even kill her if we're drunk , Skizo . Tak tahulah kalau kau sanggup bunuh dia . Kau kan tak betul . High 24/7 ."
Comment Tiara membuatkan Skizo ketawa besar .
"Kau ingat aku bunuh Ayla ? Bitch please , yang ada masalah dengan dia tu Mamat . Not me ."
"Kau apahal , Skizo ? Kalau aku bunuh dia takkan aku beriya nak siasat siapa bunuh dia ?"
Johanis yang senyap dari tadi mula bersuara .
"Maybe itu strategi kau . Sebab orang takkan syak kau kalau kau bantu siasat kes ni , kan ?"
Chong meninggikan suaranya apabila mereka berempat seakan saling menuduh .
"Hei !! Kau orang ni kalau nak berpecah , baik tak payah minta bantuan aku ."
Disaat Chong nak blah , semua meminta maaf kepadanya .
"Sorry , Chong ."
"Kitorang in too deep sekejap ."
"Chong , tell us apa kau tahu ."
Chong kembali duduk bersila bersama mereka . Dia menarik nafas panjang sebelum memulakan ceritanya .
"Ada sorang student ni minat dekat Ayla tak silap aku . Tapi Ayla tolak dia ."
"Apa kena mengena dengan dia mati pulak ?"
"Dengar dulu , Skizo . Student tu , kelas 5 Beta . Confirm kau orang kenal dia . Ben . Dia selalu daydream dalam kelas . Aku ada jugak sekali dua terbaca dia scribble atas meja dia pasal perasaan dia dekat Ayla ."
"Baik ah , Ayla ! Chinese type gitu ."
"Skizo , kau boleh senyap jap tak ?"
Skizo terus buat tanda 'zip' mulutnya selepas ditegur oleh Johanis .
"Ben ni yatim piatu . Kau orang fikirlah sendiri , a loner yang cintanya di tolak . He's willing to do anything to make sure everything he wanted become his . If he cant have what he wants , no one can ."
Jelas disini Chong menyarankan kepada mereka yang Ben membunuh Ayla .
"Tapi ... bukan polis dah siasat dia ke ?"
"Polis tak siasat dia pun . He's not even in school pada hari kejadian berlaku , Tiara ."
"So macam mana pulak kau boleh suggest dia bunuh Ayla ? Mat , Chong ni complicated ah . Macam soalan addmaths dia jugak ."
"Skizo being Skizo . Always assuming things ."
Chong ketawa .
"Aku rasa aku faham . Memanglah dia tak datang sekolah . Sebab apa dia tak datang ? Sebab dia nak wujudkan alibi dia . If he's not in school , macam mana orang nak tuduh dia kan ? Sama macam Skizo cakap tu ."
Tiara makin blur , begitu juga Skizo .
"Habis apa conclusion dia ni ? Ben datang sekolah pergi lab lepastu campak acid kat badan Ayla ?"
"Acid ?"
Semua tanya soalan yang sama kepada Tiara . Mereka tak tahu menahu tentang Ayla disimbah acid . Tiada siapa tahu . Kecuali Tiara .
"Dia kena simbah acid ?"
"Cemana kau tahu , Tia ?"
Tiara diam sekejap . Chong sudah mula buat 'kira-kira' di dalam otaknya .
"Aku ... aku dengar - dengar je ! Inspektor tu ada cakap dengan orangnya waktu hari soal siasat tu . Diorang cakap pasal punca kematian Ayla . Aku terdengar waktu lalu bilik PIBG time nak gi toilet ."
Masing - masing mendiamkan diri . Semua nak buat spekulasi sendiri .
Mati sebab kena simbah acid ?
Kalau Ben yang simbah acid tu ... bila pulak dia datang lab ? Takkanlah lepas kitorang balik tu Ben datang sekolah dan serang Ayla ? Tapi makes sense jugak . Hmm tapi takkanlah satu security guard pun tak nampak Ben masuk kawasan sekolah ? Tiara ni pulak ... betul ke dia terdengar pasal acid tu or dia ni sebenarnya ...
YOU ARE READING
Misteri
Mystery / ThrillerApa sebenarnya yang terjadi pada Ayla ? Empat sekawan bertekad untuk menyelesaikan misteri tersebut . Mungkinkah musuh dalam selimut ?