Bab 5

374 13 1
                                    

"Macam mana dengan kes kematian pelajar dekat sekolah tu , Inspektor Mazlan ?"

Soal seorang wartawan sebaik sahaja Inspektor Mazlan keluar daripada perut kereta . Dah lebih seminggu kes Ayla tu masih tak terjawab siapa pembunuhnya . Pihak polis menemui jalan buntu .

"Pihak kami masih lagi menjalankan siasatan . Dalam masa yang sama saya mintak pihak media jangan buat apa apa spekulasi dan hormat pihak mangsa ."

"Setakat ni apa bukti yang menunjukkan kes kematian tersebut kes bunuh ?"

"Ada beberapa bukti yang sangat meyakinkan , tapi pihak kami tak dapat nak sebarkan kepada masyarakat atas sebab sebab tertentu . Baik setakat tu saja saya boleh beritahu media sekarang ."

Inspektor Mazlan meneruskan perjalanan . Wartawan tadi cuba mengejar tapi ditahan oleh pegawai polis yang lain . Inspektor Mazlan dan pasukannya memang dah kehabisan petunjuk , tetapi mereka tidak berputus asa . Oh ya , dan mereka masih lagi memantau pergerakan Skizo dan rakan - rakan .

Hari - hari di sekolah pula berjalan seperti biasa . Cuma bio lab masih belum dapat digunakan kerana ada pelajar dan guru yang fobia dengan apa yang berlaku . Mereka tak sanggup nak belajar dalam kawasan itu langsung .

Setelah memerhatikan Ben dari kelas 5 Alpha untuk beberapa hari , kini Skizo , Johanis , Mamat dan Tiara sudah sedia untuk bertindak .
Waktu rehat , Ben yang duduk berseorangan didatangi oleh mereka berempat .

Skizo mengambil air sirap limau Ben dan menyedutnya tanpa segan silu . Mamat pula menjamah sikit mee goreng yang Ben tengah makan .

"Ap .. Apa kau orang nak ?"

Soal Ben sedikit gugup .

Skizo tersenyum .

"Eh sedap pulak sirap limau makcik kantin harini ! Ben , aku habiskan boleh ?"

Kalau Ben kata tak boleh pun , Skizo tetap akan habiskan . Jadi dia memang takada pilihan selain berdiam diri .

"Ben , kau suka Ayla kan ?"

Ben menjeling Mamat . Dia tak suka orang cakap pasal orang yang dah mati - lagi lagi orang tu dia sayang . Mamat tersengih .

"Ah kau ni Ben ... malu malu pulak ."

"Ayla selalu cakap dia minat kat kau tau , Ben !"

"Betul tu . Waktu dia hidup dulu , dia selalu cerita kat kitorang dia nak kahwin dengan kau ."

Johanis dan Tiara pula mereka cerita . Bukan diorang nak membuli Ben atau menipu , tapi sekadar nak korek rahsia . Kalau betul lah Ben yang bunuh Ayla , tentu dia akan rasa menyesal .

Ben membetulkan kaca matanya . Ada sedikit senyuman di bibirnya .

"Be ... Betul ke Jo ? Tiara ?"

"Kau tengok muka aku , Ben ."

Johanis menarik muka Ben supaya memandang mukanya . Mamat ketawa besar .

Skizo mencelah ,

"Muka budak German ni banyak bohong tau , kau tengok muka Tiara confirm suci . Ustazah pilihan lah katakan ."

Dengan komen itu , Skizo kena setepek bodoh daripada Johanis . Tiara buat muka tak bersalah , betul betul macam ustazah pilihan lah katakan .

"Okay apek , kau tengok lah muka Tia ni ."

"Haa tengok muka aku Ben . Aku tak tipu . Betul , Ayla dulu selalu cerita dekat aku dengan Jo pasal kau . Impian dia lepas SPM nak ajak kau couple ... Tapi sekarang ..."

MisteriWhere stories live. Discover now