Bab 3

347 13 0
                                    

Dua hari berlalu dengan begitu pantas . Misteri kematian Ayla masih belum dapat dirungkai . Inspektor Mazlan masih lagi memberi perhatian kepada Johanis , Mamat , Tiara dan Skizo sebab mereka orang yang terakhir bersama mangsa .

"Selagi kes Ayla ni tak selesai , selagi tu lah aku tak dapat tidur malam ."

Ujar Mamat yang memang sudah beberapa hari tak tidur . Dia asyik dihantui rasa bersalah sebab bergaduh dengan Ayla sewaktu mangsa masih hidup .

"Korang ni relax boleh tak ? Confirm lah pakcik polis tu tengah siasat ."

"Sampai bila kita nak relax , Skizo ? Dah lah kita ni semua diperhatikan selalu ."

Perkataan 'diperhatikan' itu membuatkan keempat - empat mereka memandang sekeliling . Walaupun mereka selalu lepak di kedai mamak ni , tapi sejak kes Ayla tu memang semua perasan mereka diperhatikan . Kadang - kadang menyamar jadi jaga sekolah , kadang - kadang pakcik jual jajan ...

"Semalam lepas Skizo hantar aku , aku perasan ada kereta berhenti . Tapi jauh sikit daripada rumah aku ."

"Aku pun nampak , Jo ! Ingatkan jiran kau . Tapi suspicious gak sebab pakai topi ."

Semasa Skizo dan Jo bercerita pasal kereta misteri semalam , Mamat memandang Tiara .

"Kau apahal senyap je dari tadi ?"

Tiara tidak memberikan respond . Dia memandang milo ais yang terhidang .

"Hoi ! Tiara !"

"Haa ?!"

Dia akhirnya tersentak apabila Mamat jerit di telinganya .

"Kau dah whats wrong , Tia ?"

"Ma ... mana ada apa - apa ."

Skizo ketawa sinis .

"Haa .. entah - entah ..."

Skizo makin rapat dengan Tiara , Johanis dan Mamat . Semua memberikan perhatian . Mungkin Skizo tahu sesuatu yang mereka tak tahu .

"Tia kot yang bunuh Ayla !! Haha !!"

Jo , Mamat dan Skizo ketawa sedikit . Tiara menumbuk lengan Skizo . Mukanya yang serious menimbulkan tanda tanya .

"Takkanlah aku bunuh kawan sendiri ! Aku takada motif weh nak bunuh dia . Jo sendiri pergi tuition dengan aku . Jo , kau cakaplah dekat Skizo ni pasal kita pergi tuition sama sama !"

"Lah relax lah . Gelabah apahal ? Gurau je pun ."

"Ini bukan masanya nak bergurau , bodoh !"

Johanis mencelah akhirnya .

"Eh korang ni , childish level infinity siak ."

"Aku okay je . Tiara ni lah ."

"Dah lah . Korang taknak tahu ke siapa sebenarnya yang bunuh Ayla ? Let's solve this mystery ."

Skizo ketawa lagi mendengar apa yang Mamat katakan .

Serious ah Mamat ni ? Bajet geng Detective Conan ke pe hahaha .

"Apahal korang pandang aku camtu ?"

Soal Mamat apabila mereka bertiga sekadar buat muka 'blur' .

"Sorry Mat , aku bukan Kono dalam Hawaii Five-O nak siasat siasat ni ."

Balas Johanis apabila Mamat meminta jawapan . Skizo pun memberikan jawapan yang hampir sama dengan mengatakan dia bukan Sherlock Holmes .

"Guys , aku rasa ... Mamat betul ."

"Haa ?!"

"Betul ke apa aku dengar ni ?"

Tiara mengangguk perlahan .

"Kita kena bertindak . Kalau tak , sampai bila - bila diorang akan perhatikan kita ."

Mata Tiara memandang dua orang lelaki berpakaian seperti pekerja pejabat yang duduk bertentangan dengan mereka . Semua faham apa yang Tiara maksudkan .

"Wait a second . Okay , kalau kita nak try selesaikan pun , we dont have anything guys ."

"Aku dengan Jo . Where the hell do we start ?"

"Jangan negative sangat , Jo and Skizo . Aku rasa aku ada satu suspek yang pakcik polis tu terlepas pandang ."

Mereka mendengar dengan teliti apa yang Mamat jelaskan . Masing - masing mula menunjukkan minat dalam menyelesaikan kes pembunuhan Ayla ini . Keempat - empat sahabat itu bercadang untuk memulakan 'strategi' mereka semasa waktu persekolahan .

MisteriWhere stories live. Discover now