" balik kampung , oo balik kampung " nyanyi Sunwoo membuatkan aku menutup telinga kerana sakit . dia kan dengan deep voices tu tak berapa sesuai untuk nyanyi
" suara tak sedap ada hati nak menyanyi " aku bersandar pada tingkap kereta lalu memandang ke luar dengan menyampah
" apa kau kata ?! " Sunwoo berpaling kepada aku , wajah bengis dan mata nya membulat geram . aku mengendahkan nya lalu sambung melihat ke luar
keadaan kembali diam , tiada suara nyanyian nyaring dari Sunwoo . nampaknya dia dah sedar betapa tak sedap nya suara dia
setiba saja di sebuah tempat dimana ramai orang berada , seperti aku tak pernah menjejak kaki di sini . kelihatan seperti taman dengan bunga bunga yang mekar di seluruh tempat
aku keluar dari kereta , pada mula nya aku mengerutkan kening kerana silau . kemudian aku menekup mulut yang ternganga apabila melihat taman tersebut . cantik pemadangan dan sesuai untuk percutian sekeluarga
aku dan Sunwoo berlari ke sana sini diikuti dengan Mint , bunga bunga di petik lalu diselit pada telinga
" yah tengok ni " aku memandang Sunwoo , lantas aku ketawa . dia mengikat ponytail lalu selitkan beberapa bunga matahari di situ . eomma appa hanya mampu tersenyum dari jauh , mereka sedang menyediakan tempat untuk picnic
aku membawa polaroid camera bersama lalu mengambil beberapa gambar termasuk Sunwoo . nampak comel je bila dia bermain main dengan Mint
seterusnya , kami bertiga bermain bubble yang entah dari mana dapat nya . orang sewa , kitorang tumpang main . sementara Sunwoo sibuk membancuh sabun , aku leka bermain dengan Mint
━━━
" eh dah penat ? tadi main tak ingat dunia " sindir eomma sebaik saja kami duduk di bentangan tikar . kedua nya tersekat nafas dek kerana berlari kesana sini
" penat eomma , nak rehat kejap " balas Sunwoo lalu meneguk air sejuk yang dibawa . aku makan beberapa ketul brownies yang dibawa dari hotel tadi , eomma appa turut makan bersama dengan Sunwoo
kenyang saja perut , aku bangun dan berjalan di sekitar situ , sambil membawa polaroid camera tadi . aku duduk di sesuatu tempat , agak jauh , tetapi pemandangan sangat cantik disini . berdekatan tanaman bunga lavender yang menarik para pemandang
aku baring diatas tanah berlapik rumput yang bersih . kedua tangan diletakkan dibawah kepala , aku memandang langit . lalu menghirup udara segar . sedang menikmati pemandangan , muncul pula si kucing ni . kemudian dia merubah rupa
" lah dekat sini rupa nya , penat aku cari dari tadi hehe " kata Minhee lalu turut baring disebelah . sebelah tangan dikepala dan sebelah lagi cuba mencapai langit
" seronok kan ? dapat spend time sama sama dekat sini " aku menoleh ke tepi memandang Minhee . dia mengangguk setuju
" iya , aku nak macam ni selama lama nya kalau boleh " dia menoleh memandang aku , lalu tersenyum . aku duduk dari perbaringan
" kalau boleh ? maksud kau , kau nak tinggalkan aku ke " kata aku dengan wajah mendatar . dia juga duduk dari perbaringan , lalu memandang aku
" no lah , aku takkan pergi mana mana " dia tertawa sambil menggeleng kepala . tangan aku dia genggam seerat erat nya
" jangan tinggalkan aku tau " marah aku . dia mengangguk , lalu mengusap kepala aku lembut . beberapa minit saja berlalu , dengan hanya menikmati pemandangan dan berborak kosong
" lah kat sini ke rupanya , hah tu eomma appa ajak balik " muncul pula Sunwoo tiba tiba . aku akur dengan arahan nya lalu berlari kearah mereka . Minhee sudah siap menukar rupanya kepada asal
sedang eomma appa mengemas semua nya lalu masuk ke dalam bonet kereta , aku duduk di dalam kereta dengan pintu dibuka luas . cuaca menjadi panas
tiba tiba saja Mint berlari keluar . aku cemas , ya aku cemas . pantas saja aku berlari mengejar nya . namun , dia laju . sekarang aku sudah berlari hingga di lampu trafik . aku risau jika Mint cuba untuk melintas pada masa kereta bergerak laju di jalan raya
sangkaan aku tepat , dia melintas di pejalan kaki . aku mengejarnya dari belakang lalu—
bang !
━━━
hi hi ~
another update for today ! agak agak ada berlaku accident tak ? ada yang mati ke ? minhee or hyojin ?
YOU ARE READING
i. cat boys ➳ minhee
Fanficapa nasib kau bila datang seseorang yang sentiasa meluangkan masa dengan kau. 「 complete ! 」 © heewonsimp 2020