Author's
cuti musim bunga , semestinya salah satu daripada musim yang paling disukai ramai . kerana angin yang sejuk serta bunga bunga berkembang di seluruh pokok yang ada di mana mana saja
sepertinya musim kedua yang paling disukai Hyojin . sebabnya ada jualan terhad di Starbucks yang menjadi kegilaan ramai . air yang dikatakan sangat popular di Starbucks pada musim bunga
" eomma , Hyojin keluar dulu tau . Mint ikut sekali " jerit Hyojin yang sudah memakai heels boot miliknya . seperti tak sabar untuk keluar berjalan jalan
Hyojin keluar dari rumah membawa Mint yang diikat dengan tali untuk bersiar di kawasan terdekat . sememangnya hanya mahu menikmati suasana musim bunga di luar rumah
masuk saja dalam Starbucks , atmosfera bertukar . semua mata memandang Hyojin , bukan Hyojin tetapi Mint . entah mereka tak pernah tengok kucing agaknya . padahal dekat situ ramai saja membawa haiwan peliharaan sendiri , kenapa perlu Mint juga dipandang ?
Hyojin hanya membiarkan lalu mula mengorder minuman . barisan agak panjang menyebabkan dia perlu duduk sebuah tempat sementara menunggu barisan sudah pendek
" saya nak order Sakura Pink Chocolate satu " kata Hyojin lalu mengeluarkan sesuatu dalam beg kecil miliknya . seperti duit
" baik , sila tunggu sebentar " cashier yang bernama Miyawaki Sakura itu membalas . cashier tersebut kelihatan ramah dan sopan orang nya . mesti lah sebab dia berdarah negara matahari terbit . mereka mempunyai attitude yang sangat tinggi
Hyojin mengangguk dan menunggu di tempat yang diduduki nya tadi . selang beberapa minit , nama nya dipanggil untuk mengambil pesanan . keluar saja dari rumah , dia berjalan kaki di pekan Hongdae
akibat penat berjalan , Hyojin berehat sebentar di suatu tempat yang berada di situ . nampak seperti taman dan ramai orang berkelah di situ . Hyojin minum air yang dibelinya tadi sambil menikmati pemandangan di situ bersama Mint
" Mint , best nya kalau aku dapat pergi sini waktu musim sejuk . sayang nya eomma tak bagi keluar sebab sejuk sangat " kata Hyojin kepada kucing nya
meow meow !
Mint hanya mengiau tanda membalas Hyojin berkata . Hyojin hanya tersenyum lebar melihat kecomelan kucing nya sendiri
" kau nak bawa aku ? boleh " Hyojin mengangguk . suka akan jawapan Mint walaupun diri nya sendiri tidak memahami bahasa haiwan
━━━
Hyojin pulang ke rumah secepat mungkin . angin makin sejuk apabila lewat petang hingga ke subuh . disebabkan hampir awal masuk musim panas , Hyojin kerap membawa Mint keluar berjalan
sampai saja rumah , Hyojin terus masuk ke biliknya . penat berjalan terlalu lama katakan . dia segera menukar pakaian nya , dari kot ke hoodie besar . kemudian dia turun ke bawah untuk makan
selesai saja makan dia kembali ke biliknya , untuk mengambil tidur sekejap . dalam masa yang agak singkat seperti satu hingga ke dua jam . lampu biliknya semua ditutup menyebabkan suasana bilik gelap tanpa sebarang cahaya
Hyojin tersedar dari lena . dia meregangkan badan tanda letih yang amat . tiba tiba matanya menangkap satu sosok di sudut bilik bertentangan dengan katilnya
" siapa tu ? " tegur Hyojin . tiada sebarang jawapan dari sosok badan tersebut . Hyojin pelik , takkan Sunwoo mahu kenakan dia agaknya . tidak mungkin
" kau siapa ? nak apa ? " tegur Hyojin lagi tetapi masih tiada jawapan . bisu agaknya dia ni . Hyojin mula meremang . sosok badan itu mula mendekati nya . wajahnya tidak kelihatan dan badan nya pula samar samar
apabila dia semakin dekat , sepasang mata berwarna hazel kelihatan . nampak cantik tetapi seram yang amat . badan nya berpeluh resah serta menggigil teruk . lalu dia menjerit
ARGHHHHH !
semua orang berpusu pusu datang ke bilik Hyojin termasuk Sunwoo . mereka bertiga terkejut apabila Hyojin menjerit begitu saja . takut takut ada pencuri yang masuk dari atas ke apa
lampu dibuka , tetapi tiada sesiapa di dalam bilik selain Hyojin dan Mint
" kenapa Hyojin ?! ada orang dalam bilik kau ke tadi ?! " soal Sunwoo bengang . mahu saja dia belasah pada sesiapa yang berani mengacau kembarnya
" t—tadi aku nampak ada orang dalam bilik aku Sunwoo " Hyojin mula menangis . dia berasa trauma dengan kejadian tadi . air muka parents nya mula berubah
" takpe takpe , aku ada dekat sini . jangan risau " Sunwoo segera memeluknya . risau akan Hyojin yang sedang ketakutan . macam dia tak pernah tau , sebelum ni pernah terjadi perkara yang sama sehinggakan Hyojin terpaksa diberi rawatan pakar
" perlu ke kita laporkan dekat polis ? " kata Encik Kim risau . nak saja dia laporkan tapi tiada sebarang bukti kukuh jadi dia tak boleh nak laporkan
" Sun rasa tak perlu kot appa , sebab tingkap Hyojin kunci . tak mungkin orang tu boleh masuk bilik dia " Sunwoo cuba mencari bukti yang tiada manusia yang menceroboh bilik kembarnya
Hyojin mengangguk . dia tahu tiada sesiapa yang masuk ke biliknya dari tingkap , cuma dia hanya nampak sosok badan itu di sudut bilik
" macam mana rupa orang tu , sayang ? " Puan Kim menyoal anaknya . mahu juga tau rupa orang tersebut , barulah dapat detected orang nya yang mana satu kemudian beri pada polis
" d—dia tinggi , muka dia kecik lepastu mata dia berwarna hazel . tu saja Hyojin nampak " balasnya dengan menggigil teruk . sungguh dia berasa takut melihat nya
semua hanya mendiamkan diri , tanda paham . apabila keadaan kembali tenang dan hari pun sudah lewat malam , mereka mula tidur akibat terlalu penat . mahu melupakan kejadian tadi
disaat Hyojin sedang tidur . terdapat sebuah tangan yang mengusap kepalanya
' i've found my love '
━━━
hi hi ai is baru je update hari ni . wattpad buat hal betul so tak sempat nak update huhu~
YOU ARE READING
i. cat boys ➳ minhee
Fanficapa nasib kau bila datang seseorang yang sentiasa meluangkan masa dengan kau. 「 complete ! 」 © heewonsimp 2020