sembilan belas

1.1K 49 10
                                    

Hana Syazwani hanya mendengar jururawat-jurutawat yang bercerita tentang pasangan doktor yang paling sweet di hospital itu.

Siapa lagi kalau bukan Izwan Farhan dan Ain Farhana?

Sejak dia bertugas di situ,belum pernah lagi dia bersemuka dengan pasangan doktor itu.

"Ramai ke pasangan doktor kat sini?" ujarnya ingin tahu.

"Ramai lah jugak.Doktor pun carilah seorang.Mana tahu ada jodoh.." cadang Zulaikha.

"Awak ni,Zu.Saya ni baru je lagi.Saya tak fikir lagi nak ke arah itu.Saya hanya berserah pada takdir.."

Ya,dia belum bersedia mahu mendirikan rumahtangga.Apa yang pasti sekarang ini,dia hanya mahu memberikan tumpuan pada tugasnya sahaja.

Namun,mendengar nama doktor lelaki itu sahaja sudah membuatkan dia sudah terbayang akan wajah doktor itu.

Pasti hensem!

♡♡♡♡

Izwan Farhan tiba di dapur sebaik sahaja memasuki rumah.Kelihatan isteri tercinta sedang menggoreng.

Ain Farhana tidak mengangkat muka sebaliknya hanya tekun menggoreng french fries.Dia hanya beriak selamba.

"Kenapa jari tu?" tegur Izwan Farhan apabila perasan akan jari isterinya yang berbalut plaster.


"Luka.Sikit je.Tak de apa lah.." balas Ain Farhana bersahaja.

"Sini abang tengok.."

"Tak pe.Ain okay.." ujar Ain Farhana yang masih berdegil.

Dia bukan apa.Luka sedikit sahaja jarinya itu.Suaminya sahaja yang risau melebih.Sama seperti dulu.

Izwan Farhan hanya mengikut rentak isterinya.Dia kemudian beredar ke ruang tamu.

Selesai menggoreng,Ain Farhana menghidang ke meja makan.

"Airil,Ain.Sini.Ibu dah siap goreng ni.." jemputnya.

"Abang nak makan dulu or mandi?" ujarnya pada si suami yang sudah sedia duduk di meja makan.

"Tak pe.Abang nak makan dulu.." balas Izwan Fàrhan.

"Okay.."

Airin Izzati segera memanjat riba ayah kesayangan.Izwan Farhan hanya terengih melihat telatah puterinya.

"Airin,duduk kat kerusi ni.Kesian ayah nak makan.Kenapa mengada sangat ni?" tegur Ain Farhana.

"Tak pe,sayang.Tapi betul lah,Airin manja sangat.Airin nak jadi kakak dah ke?" usik Izwan Farhan.

Ain Farhana hanya mendengar.Tidak mungkinlah.Merepek sahaja suaminya itu.Dia terfikir-fikir.Bulan ini dia masih belum datang bulan.

Tetapi,dia memang akan datang setiap kali hujung bulan.

Tunggu je lah!

"Fikir apa?" tegur Izwan Farhan.

"Hah?Tak de.Tak de pape.." dalih Ain Farhana.

Izwan Farhan merenung lama wajah isteri tercinta.Dia rasa dia patut merendahkan egonya.Biarlah dia yang mengalah.

"Ain,maafkan abang?"

Ain Farhana menatap wajah suaminya.

"Abang tak de salah pada Ain.Kenapa nak minta maaf pula ni?" ujarnya sedikit pelik.

"Abang tak berniat pun nak cakap macam tu.Abang ni jauh dari sempurna,Ain.Abang betul-betul sayangkan Ain.Mungkin betul cakap Ain,abang cemburu.Ye,abang memang cemburu tengok Ain dengan Aiman.Abang rasa tercabar.." jujur Izwan Farhan berkata.

Terharu Ain Farhana dengan kata-kata suaminya.

"Abang,abang cinta pertama Ain.Abang lelaki pertama yang Ain sayang selepas family Ain walaupun abang sepupu Ain tapi sekarang dan selamanya abang syurga Ain.Ain sedar Ain banyak kekurangan.Ain ni pun jauh dari sempurna menjadi isteri abang.Ain abaikan abang dengan anak-anak tapi percayalah.Ain cintakan abang sangat-sangat.Ain sayangkan family kecil kita,abang.."

Izwan Farhan mengenggam erat tangan Ain Farhana.Alhamdulillah,mereka sudah kembali berbaik.

My Cousin..I LOVE YOU 2 Where stories live. Discover now