dua belas

1K 37 0
                                    

Bilik suaminya dituju.Pintu bilik lelaki itu dipulas tanpa diketuk dahulu.

"Abang!" ujarnya ceria.

Namun,riak wajahnya mula berubah apabila suaminya itu tiada di dalam bilik.Kosong.Tidak berpenghuni.

Dia duduk sebentar di sofa.Menunggu ketibaan suaminya itu.Jam di pergelangan tangan kirinya dibelek-belek.

Dia mula sudah berputus asa mahu menunggu.Rasanya suaminya itu lambat lagi mahu muncul.Dia bingkas berdiri.

Tombol pintu kembali dipulas.Serentak itu,Izwan Farhan juga memulas tombol pintu itu.

Pintu dibuka.

"Ain?Ain buat apa dalam ni?" soal Izwan Farhan nyata terkejut dengan kehadiran isteri tercinta.

"Ain main masak-masak dalam ni.." balas Ain Farhana bersahaja.

Izwan Farhan tersengih.Faham lah dia jika isterinya itu menjawab main-main,itu tanda isterinya merajuk.

"Ain cari abang ke?Sorry lah,abang sarapan dengan Asyraf tadi.."

"Siapa kata Ain cari abang?Ain cari.."

"Dah,tak payah nak merepek.Abang minta maaf.." pintas Izwan Farhan sebelum isterinya itu menghabiskan kata-kata.

"Okay.." balas Ain Farhana mengalah.

Baru dia mahu main-main lagi.Suaminya itu sudah memotong percakapannya.

"Semalam kenapa abang matikan call?Ain tak sempat nak balas ucapan abang.." ujarnya apabila teringat kejadian semalam.

"Ucapan yang mana?Fon abang memang dah sikit bateri waktu abang call Ain.Sorry,okay?"

"I miss you too.." ucap Ain Farhana.

"Miss you more.."

Ain Farhana tersenyum.

"Petang ni abang ambil dorang.Ain balik terus ye?"

"Okay.Jangan lama-lama kat rumah Airina.." sempat Ain Farhana memberi pesanan kepada suami tercinta.

"Baik,Mrs Ain Farhana.."

♡♡♡♡

Ain Farhana berjalan beriringan dengan Aiman dan Nadia Amyra seperti sebuah keluarga bahagia memasuki sebuah restoran.

Disaat dia mahu pulang tadi,kebetulan pula lelaki itu menghubunginya dan mengajak berjumpa.

"Mama,suapkan Nadia.." pinta Nadia Amyra.

Ain Farhana hanya menuruti.Dia menyuap kentang goreng ke dalam mulut si kecil.

"Nadia,kenapa mengada sangat ni?Nadia dah pandai makan sendiri kan?" tegur Aiman yang nyata tidak suka akan sikap puterinya.

Sejak mengenali Ain Farhana dan menganggap Ain Farhana sebagai mamanya,sikap mengada Nadia Amyra makin hari makin menjadi-jadi.

"Tak pe,Aiman.Biasalah budak-budak.Nadia ni sama je macam Airin.Kalau nak makan tu,asyik nak bersuap je.." kata Ain Farhana.

"Kau ni layankan sangat si Nadia ni.Aku pula yang segan dengan kau.."

"Tak de apalah.Aku anggap Nadia ni macam anak aku sendiri.Jangan segan-segan,okay?"

Ain Farhana tersengih dengan telatah Aiman.Ada-ada sahaja lelaki itu.

Disaat itu,Aisya Syarina dan Asyraf Khairil baru masuk ke dalam restoran yang sama.

Mereka mula mengambil tempat.Selesai memesan,Asyraf Khairil terpandang ke arah meja yang diduduki Ain Farhana dan Aiman berserta Nadia Amyra.

"Ain?"

Aisya Syarina yang sedang membelek fon memandang suaminya.

"Abang cakap apa?" soalnya ingin tahu.

Dia rasakan suaminya ada katakan sesuatu namun dia tidak dapat dengar dengan jelas apa yang diperkatakan suaminya sebentar tadi.

"Ain.Tu.."

"Ain?"

Aisya Syarina turut memandang meja itu.Terkejut dia.

"Ain keluar makan dengan Aiman?Tadi dia cakap nak balik terus.Ain,apa kau dah buat ni?Patutlah Iz chat Aisya.."

"Abang rasa kita jangan bagitahu Iz dulu.Abang risau dorang gaduh semula.Biarlah Ain yang terus terang pada Iz.." cadang Asyraf Khairil.

"Abang ni.Walaupun Aisya rapat dengan Ain dari dulu lagi,Aisya tak sokong dengan apa yang Ain tengah buat sekarang.Dia tu isteri orang.." tegah Aisya Syarina.

"Abang cuma tak nak keruhkan lagi keadaan.."

Aisya Syarina tidak mempedulikan kata-kata suaminya.Dia terus membalas chat Izwan Farhan dengan memberitahu yang sahabatnya itu keluar bersama Aiman dan anaknya.





My Cousin..I LOVE YOU 2 Where stories live. Discover now