Mereka pergi ke kedai mamak untuk makan. Nayla memakai hoodie seperti biasa dan topi hitam. Dua gelas nescafe ais dihidang dihadapan mereka. Sudah kebiasaan Kyle membawa Nayla. Hampir sebulan Kyle membawa Nayla keluar makan dan banyak yang Kyle baru perasan akan diri Nayla. Nayla banyak diam dan termenung. Tapi bila ditempat kerja, Nayla nampak sangat ceria.
Kyle menarik topi Nayla untuk menarik perhatian Nayla yang dari tadi termenung.
"Kau kenapa selalu termenung?" soal Kyle.
Nayla hanya diam dan sambung termenung.
"Budak ni."
"Siapa budak? Aku dah besarlah!"balas Nayla.
Kyle agak terkejut dengan respon Nayla. Tapi Kyle suka bila Nayla bercakap.
"Kau lah budak. Pendek, selalu termenung. Termenung apalah sampai macam tu sekali?" tanya Kyle.
"Aku fikir jodoh aku mana. Kenapa tak datang lagi?" Nayla sengaja balas begitu supaya Kyle diam tapi tidak.
"Kenapa kau nak cari kalau aku dah ada depan mata." balas Kyle dengan membuat gaya macho.
"Aku tak suka kau!"
"Aku akan buat kau suka aku. Bukan setakat suka je tapi sayang sampai yak boleh nak lepas aku pergi mana-mana nanti." kali ni Kyle membalas dengan nada yang serius.
Pipi Nayla merah, Nayla menutup mukanya dengan mask kerana risau Kyle perasan. Tapi Kyle sudah perasan terlebih dahulu.
Ring! Ring!
Kyle mendapat panggilan daripada Ash. Muka Kyle berubah serius. Kyle memandang sekeliling dan perasan 3orang lelaki yang mencurigakan sedang perhati kan dia dan Nayla. Kyle mematikan talian.
"Kau baru perasan?" kata-kata Nayla membuat Kyle makin tidak percaya.
"Kau dah tahu tapi kenapa diam? Kita kene keluar dari sini." ujar Kyle. Kyle risau kerana Nayla ada bersamanya.
"Kalau kita terus pergi, dorang akan tahu yang kita dah perasan dorang. Kita buat macam biasa." Nada suara Nayla kedengaran tenang.
3 orang lelaki yang berbadan tegap. Kyle risau.
Mata Kyle fokus pada jalan dan cermin sisi kereta. Dari tadi mereka diekori. Tapi jalan raya pada waktu malam sangat sibuk kerana hari cuti umum. Kyle melihat Nayla yang tenang bagaikan tiada apa yang berlaku. Tapi mata Nayla sangat fokus pada telefon.
"Kau nampak tenang je."ujar Kyle yang tertanya-tanya.
"Dorang semua ada keluarga. Aku tahu latar belakang mereka. Lagipun aku dah hantar mesej ringkas untuk mereka. Aku bagi je dia follow kita tapi setakat trafik light depan tu je. Kalau dia masih ikut kita dari belakang, tahu lah aku nak buat apa."nada Nayla kembali dingin tidaj seperti di kedai mamak tadi.
Pertama kali Kyle melihat Nayla menjadi seorang yang menakutkan.
Betul apa yang Nayla katakan. Mereka tidak lagi mengekori Nayla dan Kyle. Kyle teringat akan sesuatu. Baru Kyle tahu apa yang Nayla cuba maksudkan tadi. Perkara itu membuat Kyle easa marah.
"Kau tak patut ugut dia! Jangan libatkan keluarga dia dalam hal ni!" marah Kyle.
Nayla hanya diam. Kyle memberhentikan kereta nya di tepi. Kyle memegang bahu Nayla dan membuat Nayla pandang ke arah dia.
"Keluarga dia tak bersalah. Lain kali aku tak nak kau libatkan orang lain dalam hal ni." kuat Kyle mengenggam bahu Nayla.
"Aku cuma cakap yang aku akan bagitahu keluarga dia tentang kerja dia. Lagipun dorang bertiga dan bunuh ramai orang. Mereka buat seorang baby jadi anak yatim piatu. Aku tak ugut untuk bunuh." balas Nayla.
YOU ARE READING
(Hiatus)The Hidden Flower
Romance"It's okay to believe in me." - Ash "Don't be so emotionless." -Kyle "You're the stronger girl I've ever see." - Luke "Just die! You don't deserve this." - ?