Chapter 3

12 0 0
                                    

Mereka datang dengan menaiki kereta masing-masing. Kyle membawa Audi R8 berwarna merah. Luke pula dengan kereta Zenvo ST1 berwarna hitam. Ash pula dengan kereta Lamborghini miliknya. Mereka parking agak jauh dari kedai risau mereka menarik perhatian orang ramai dan tentu sekali Nayla.

Niat tidak mahu menarik perhatian tapi lain pula yang jadi. Banyak mata yang memandang ke arah 3 orang jejaka yang baru masuk ke dalam kedai. Tinggi dan bergaya. Kyle dan Luke memakai baju biasa manakala Ash memakai kemeja merah dan kot hitam.

Mereka bertiga duduk dimeja belakang kerana meja di belakang agak tersorok dari pandangan. Di sebelah meja mereka ,sekumpulan remaja lelaki sedang bermain game. Ada yang curi curi pandang ke arah Ash kerana cara pemakaian Ash. Masing-masing membawa laptop bersama.

Seorang remaja yang berkerja di situ datang untuk mengambil pesanan. Lingkungan umur yang berkerja di situ masih remaja dan kebanyakan lelaki. Ash cuba mencari Nayla tapi Nayla tidak dapat dikesan.

"Argh! Aku cakap benda betul lah! Nak jadi buaya tu kene pandai!" Nayla keluar dari dapur dengan berlari dan membawa sebatang penyapu di tangannya.

Ash, Kyle dan Luke hanya perhati dalam diam. Seorang remaja lelaki datang menghampiri Nayla.

"Masak lebih untuk aku."

"Aku malas." pendek jawapan Nayla.

Nayla rasa seperti ada yang perhati ke arah dia dari jauh. Nayla menoleh ke kiri dan lihat Kyle sudah tersengih-sengih sambil melambai tangan.

Nayla menghampiri mereka dan duduk di sebelah Kyle.

"Urgent ke?" tanya Nayla dengan suara dinginnya.

"Tersangat lah urgent." balas Kyle.

Kyle memberi laptopnya kepada Nayla. Ash dan Luke turut mengeluarkan laptop mereka. Nayla menerangkan apa yang patut dia dan yang lain buat untuk mengagalkan sistem itu.

Remaja di sebelah mencuri pandang ke arah Nayla. Meja yang bersebelahan lagi ialah gadis-gadis yang datang untuk menyiapkan assignment tapi terganggu bila memandang ke arah meja Ash. Masing-masing sangat fokus melakukan kerja.

Hanya dalam masa 10minit kerja mereka telah selesai. Nayla terus meminta diri untuk sambung kerjanya. Nayla tidak mahu semua mata tertumpu pada dirinya.

Kedai hampir tutup tapi Kyle masih lagi duduk disitu manakala Ash dan Luke sudah lama pulang. Kyle hanya perhati Nayla dari tadi. Bila Nayla pandang Kyle, Kyle akan melambai tangan. Nayla pula akan pura-pura tidak nampak.

Semua orang pelik bila melihat Kyle. Ramai yang bertanya kepada Nayla siapa Kyle tapi Nayla mengelak.

Nayla datang ke arah Kyle yang sedang fokus memandang telefon nya.

"Kau tak nak balik ke?" tanya Nayla.

"Aku tunggu kau. Aku hantar kau balik."

"Aku boleh balik sendiri."

"Aku nak hantar kau balik hari ni je. Besok kau balik sendiri,okey?"balas Kyle.

"Aku ambil kereta jap."

"Aku ambil beg kejap."

Nayla menunggu Kyle di bawah pokok. Ada yang pandang Nayla tapi Nayla mengabaikan.

Kereta Audi R8 berhenti di hadapan Nayla. Nayla mahu membuka pintu tapi di halang oleh Kyle. Kyle keluar dari kereta demi membukakan pintu untuk Nayla.

"Aku boleh buka sendiri." ujar Nayla.

"Aku rasa macam nak layan kau macam princess hari ni."balas Kyle sambil tersenyum.

Kyle berhentu dihadapan rumah Nayla. Nayla turun dari kereta begitu juga Kyle.

"Kenapa kau keluar?"

"Aku nak salam mak ayah kau."balas Kyle.

"Tak payah." balas Nayla dingin.

Nayla masuk ke dalam rumah untuk bersiap. Kyle pula tunggu didalam kereta. Kyle tidak mahu nampak teruk sebab itu dia mahu bersalaman dengan mak dan ayah Nayla. Tapi Nayla tidak mengizinkan.

(Hiatus)The Hidden FlowerWhere stories live. Discover now