Nayla pergi ke meja makan untuk sarapan bersama mereka yang lain. Memakai baju berlengan panjang dan seluar tidur kemudian rambut diikat tapi tidak kemas. Muka segar dari ladang. Muka baru bangun tidur.Nayla duduk jarak satu kerusi dari Kyle. Ash, Kyle dan Luke melihat sesama sendiri kerana kelakuan Nayla itu. Nayla buat muka seperti tiada apa yang berlaku. Mereka sarapan tanpa berbunyi suara. Hanya bunyi sudu dan pinggan kedengaran. Ash pandang ke arah Nayla, Nayla makan tanpa memperdulikan mereka.
"Aku busy hari ni, mohon ketuk pintu sebelum masuk." ujar Nayla lalu menjeling ke arah mereka bertiga. Nayla beredar dari situ dan terus masuk ke dalam bilik.
Skip
Malam itu mereka ada misi untuk mendapatkan dokumen penting dari mansion Mr. Kim. Dokumen itu tentang penyelinapan duit syarikat dan saham syarikat. Mereka harus dapatkan dokumen itu dan serahkan pada klien mereka.
Ash memakai pakaian formal dan kemas. Kyle menemani Ash manakala Luke menyamar menjadi seorang waiter yang bertugas di situ.Nayla pula cuba untuk mendapatkan dokumen tersebut.
Suasana majlis yang mewah dan meriah. Tetamu yang hadir semuanya tetamu terhormat. Ash dan Kyle mempalsukan identiti mereka. Ash berpecah dengan Kyle supaya mereka tidak dicurigai. Di tie mereka Nayla telah pasang microphone kecil supaya memudahkan mereka untuk berkomunikasi. Mata Kyle memandang sekeliling. Ash pula cuba untuk beramah dengan tetamu yang lain supaya tidak kelihatan mencurigakan.
Seorang wanita muda mendekati Luke dan mengambil air yang berada di atas dulang yang dipegang oleh Luke. Luke membalas senyuman wanita muda itu. Kelihatan seperti wanita itu ialah anak kepada Mr. Kim. Luke perasan di belakang wanita itu berdirinya Mr. Kim. disebelah Mr. Kim ada dua orang pengawal pribadinya yang sasa.
"Line clear." kata Ash apabila melihat Mr. Kim dan anak perempuannya berada berhampiran dengan Luke.
Nayla yang berada di mansion Mr. Kim cuba untuk masuk kedalam bilik pejabat Mr.Kim dengan menyamar sebagai pembantu rumah.Nayla melihat ke kiri dan kanan untuk memastikan tiada siapa yang akan nampak dia masuk ke dalam.
Perlahan-lahan pintu pejabat dibuka apabila keadaan selamat, Nayla masuk dan menutup pintu dengan berhati-hati. Hiasan dan seni reka bentuk di dalam tampak mewah. Nayla pergi ke arah laci yang berhampiran dengan meja. Satu persatu almari dan laci diperiksa. Hampir semua diperiksa tapi masih tidak jumpa dokumen tersebut. Nayla memperiksa di dalam album gambar keluarga dan satu sampul surat yang besar dijumpai. Apabila Nayla memperiksa isi kandungan fail tersebut, ini lah dokumen yang dicarinya dari tadi.
Misi Nayla telah pun selesai. Sekarang Nayla hanya perlu keluar dari situ dengan selamat dan tanpa dicurigai oleh pengawal dirumah itu. Apabila Nayla membuka pintu, seorang pengawal berdiri betul-betul dihadapan pintu bilik tersebut. Nayla terus menyerang perut pengawal tersebut dengan menggunakan lutut lalu menendang 'adik'nya dan lari. Nayla lari dengan pantas untuk mengelak dari tertangkap.
"Aku dah dapat!" kata Nayla melalui mic itu.
Yang lain berasa lega kerana Nayla telah berjaya. Tapi dari jauh Kiara memerhatikan Ash. Kiara tahu siapa Ash. Kiara menghampiri Ash.
"Hi, Ash." sapa Kiara dengan lembut.
"Hi." balas Ash.
Pakaian Kiara tampak mewah dan menarik perhatian. Gaun merah paras lutut dan make up yang cantik mampu membuat siapa yang melihat terpesona akan kecantikan yang ditonjol itu.
"I think your's name isn't in list, am I right?"
"So?"
"What's your motive for coming here?"
"I just nak ucapkan tahniah untuk your dad. And btw, I gotta go now. Nice to meet you." balas Ash lalu beredar dari situ.
Kiara hanya memperhatikan Ash beredar dari situ. Seorang pengawal pribadi Kiara datang dan membisikkan sesuatu. Kiara senyum sinis.
"Kau memang something kan?" Kiara bermonolog sendiri.
Suasana di mansion Mr.Kim sangat kecoh kerana Nayla. Nayla berjaya keluar dari mansion tersebut. Nayla hanya perlu keluar dari kawasan itu tapi kawalan keselamatan dikawasan itu sangat ketat. Nayla nampak hanya dua orang pengawal yang menjaga dipintu pagar.
Malam itu hanya diterangi oleh cahaya bulan. Nayla datang menyerang salah seorang pengawal itu dengan menendang belakang sehingga terjatuh. Pengawal yang lagi satu mengacukan pistol ke arah Nayla.
BANG!
Pengawal itu menembak kawannya sendiri. Nayla sempat menjadikan pengawal yang pengsan tadi sebagai pelindung. Nayla baru sahaja mahu menyerang pengawal itu tapi...
STRECCCHHHH!! BANG!
Sebuah kereta muncul dihadapan Nayla dan seorang lelaki dari kereta itu menembak pengawal itu tepat di kepala. Lelaki itu turun dari kereta dan menghampiri Nayla. Nayla cuba untuk melawan tapi lelaki itu bersenjata.
Skip
"Strong but you're still a girl. Bye Ash and the geng."
"Kita hilang jejak Nayla. Orang tu macam tahu yang kita pasang penjejak pada Nayla." kata Luke.
Ash dan yang lain cuba untuk menyelamatkan Nayla kerana sepanjang misi Nayla di mansion Mr.Kim mereka dengar.
Seorang pembantu di mansion itu melaporkan pada Ash kejadian yang berlaku disitu. Rakaman cctv diberikan pada Luke supaya memudahkan kerja untuk menjejak Nayla tapi rakaman cctv telah dipadam oleh orang lain. Kyle cuba untuk menyiasat setiap musuh mereka tapi masih tidak ditemui. Ash rasa dia tahu siapa yang menculi Nayla. Walaupun suara itu tak berapa jelas tapi Ash yakin dia lah orangnya kerana dia suka membuat serangan mengejut.
YOU ARE READING
(Hiatus)The Hidden Flower
Romance"It's okay to believe in me." - Ash "Don't be so emotionless." -Kyle "You're the stronger girl I've ever see." - Luke "Just die! You don't deserve this." - ?