Chapter 5

13 1 0
                                    



Mata saling bertentang. Bahu Nayla terasa sakit tapi Nayla hanya biarkan.

Kyle sedar akan apa yang dia buat. Bahu Nayla dilepaskan.

"Aku minta maaf. Aku.." Kyle tidak tahu apa yang harus dikatakan.

"Ash suruh datang mansion." Nayla pandang ke hadapan semula.


Skip



Ash, Kyle dan Luke sedang berbincang manakala Nayla sibuk menyiapkan virus untuk merosakkan sistem. Nayla harus tinggal di mansion kerana Ash mendapat ugutan. Nayla pula seorang yang bijak dalam bidang programmer dan seorang hacker.

Nayla sangat fokus kerana besok virus itu akan digunakan. Nayla teringat apa yang Kyle cakap semasa di dalam kereta. Mungkin orang nampak dia seperti tiada perasaan tapi Nayla tidak kisah. Dia..sudah terbiasa.

Habis sahaja perbincangan mereka, mereka menonton bola. Ash dan Luke fokus pada perlawanan bola tapi Kyle rasa bersalah bila marah Nayla begitu. Kerana peristiwa itu, dia benci orang yang melibatkan ahli keluarga dan mengugut untuk bunuh. Kyle melihat tangannya yang mengenggam kuat bahu Nayla tapi Nayla tiada reaksi.

Kyle terus menggenggam bahu Ash dan Luke.

"Sakit!" marah Ash.

"Bodoh sakitlah!" marah Luke lalu mengetuk kepala Kyle dengan botol air coke.

"Sakit ke?" tanya Kyle seolah tidak percaya.

"Kau tu fighter. Memang sakitlah." balas Luke.

Kyle bingkas bangun dan pergi ke bilik Nayla. Berkali-kali mengetuk pintu tapi tiada jawapan.

Seorang pembantu rumah lalu dihadapan Kyle lalu Kyle menahan.

"Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" kata makcik yang sudah pertengahan umur itu.

"Mak Mah tolong saya boleh tak?"




Pintu bilik Nayla dibuka perlahan-lahan. Mak Mah masuk dan dibelakang nya ada Kyle. Kelihatan tubuh kecil itu tertidur saat sedang melakukan kerja. Kyle mengangkat tubuh kecil itu dan membaringkan di atas katil. Pertama kali melihat wajah Nayla nyenyak tidur membuat Kyle makin rasa bersalah.

"Mak Mah tolong tengokkan bahu dia. Kalau ada apa-apa bagitahu saya. Saya tunggu dekat luar bilik." kata Kyle.

Kyle keluar dari bilik. Terduduk Kyle bila ingat peristiwa adiknya dan wajah kosong Nayla bila dia dimarah.

Pantas Kyle bangun dari lantai bila Mak Mah keluar dari bilik Nayla.

"Okey tak?" tanya Kyle.

"Bahu dia biru. Kedua belah bahu dia ada kesan biru. Mak Mah nak ambil krim nak sapu." Mak Mah terus pergi dari situ untuk mengambil krim.

Semakin serba salah Kyle. Gadis itu tidak mengaduh kesakitan malah muka nya tampak kosong.

Kyle menunggu Mak Mah kerana ingin melihat Nayla. Kyle tidak berani untuk masuk seorang diri. Pintu bilik Nayla dibuka perlahan-lahan kerana tidak mahu mengejutkan Nayla. Saat pintu terbuka, Nayla duduk dan hanya memakai singlet. Mata Nayla bertemu mata Kyle. Kyle tidak semoat melihat bahu Nayla yang lebam kerana dia. Nayla terus menjerit dan melemparkan bantal ke arah Kyle.

"Yaaaaa!!!"

Kyle cepat-cepat keluar dari bilik Nayla. Muka Kyle merah bila nampak Nayla yang baru bangun tidur.

Ash dan Luke segera datang ke bilik Nayla. Ash melihat Kyle yang menutup mukanya.

"Kenapa dengan Nayla?" tanya Ash.

"Aku datang nak minta maaf tapi aku tak sengaja..." makin merah muka Kyle.

"Dia apa?" soal Luke yang tidak sabar.

Belum sempat Kyle menghabiskan ayatnya, Luke terus menolak daun pintu bilik Nayla. Luke dan Ash terus meredah masuk. Sekali lagi Nayla menjerit.

"Arrrrrhhhhhhh! Teruk!!!" jerit Nayla.

Kali ini muka Luke pula yang merah.
Ash pun sama.

Masing-masing terdiam.

Pintu bilik Nayla terbuka. Mak Mah memandang ke arah tiga orang anak muda itu.

"Nayla bagitahu makcik yang dia nak tidur. Kamu bertiga pun dah boleh tidur. Lewat dah ni. Kalau tidur lewat muka dah tak handsome. " kata Mak Mah sambil senyum.

(Hiatus)The Hidden FlowerWhere stories live. Discover now