Aku terjaga. Percikan halus air mengenai wajahku. Mataku terkedip-kedip melawan sinaran matahari yang mula menyinar terang.Silau.
Aku mula berdiri. Pasir yang melekat di badanku dikibas-kibas.
Bunyi air dipercikkan mula menarik perhatian aku. Aku mula melangkah mendekati sungai.
Sebiji batu dibaling ke arah sungai. Air sungai terpercik ke muka aku. Aku lap wajahku kembali.
"Yea mama, next week Ana balik....."
Suara perempuan!
Pantas aku menoleh. Ingin melihat si pemilik suara dengan lebih dekat.
Sesusuk tubuh perempuan bertudung hitam membelakangi aku.
Dia menoleh ke arah aku.
Aku tersenyum.
Bukan perempuan tetapi lebih tepat lagi gadis.
'gadis sunti'
Semakin lebar senyumanku.
______________________________________
'bukanlah berat untuk mengangkat sumpahmu.....'
'kau cuma perlukan darah...'
'darah yang merah persis saga yang mengalir '
'darah gadis perawan sebagai penawar sumpahmu yang selalu berlaku durja padaku.'
Suara itu kembali berlegar di kepala aku.
Aku tersenyum sambil melihat gadis itu.
Mungkin ini masanya untuk aku bebas daripada sumpahan ini.
Gadis ini penawarnya.
Aku akan hidup seperti manusia kembali!
Aku akan pulang.
Aku melihat kaki aku.
Sudah tiada rupa. Hanya tiga juraian jari yang aneh bentuknya.
Begitu juga tanganku yang aneh.
Hijau.
Begitu juga badan aku yang langsung tiada seurat benang .
Kulitku juga berubah. Cecair melekit yang selalu keluar dari liang kulitku.
Aku melihat pantulan wajahku di sungai.
Aku bukan lagi manusia.
Aku hanyalah katak.
Seekor katak.
Seorang manusia yang disumpah.
"Ana ikut je mama.." aku tersentak.
Aku memandang kembali ke hadapan.
Terdapat sebatang sungai yang memisahkan kami.Gadis itu mula mengutip batu. Dibaling batu itu ke dalam sungai. Sebelah tangannya lagi memegang telefon. Sambil mulutnya yang berwarna merah mekar mula mengomel. Wajah cemberut ditayangkannya.
Sungguh jelita parasnya.
Bunyi guruh mula kedengaran di langit senja. Dan hujan mula turun menyembah bumi.
Aku tidak dapat mendengar dengan jelas. Bunyi arus sungai yang mengalir membataskan pendengaran aku. Ditambah lagi dengan bunyi kilat yang saling sambung menyambung.
Hujan turun dengan lebatnya. Gadis itu mula berlari anak meninggalkan kawasan ini.
Aku harus kejar.
YOU ARE READING
Harith's
FantasyIni hanyalah lakaran kisah khayalan si putera raja yang ingin memetik bunga yang telah lama dia idamkan menjadi miliknya. Bunga itu bukanlah seperti bunga-bunga lain yang tumbuh melata. Durinya sahaja bisa mengeluarkan bisa tatkala dia terluka. Be...