| 2 | katak |

34 10 0
                                    

Sepiring nasi dan ayam masak merah aku hulurkan padanya.

Jangan cakap aku kedekut eh.

Cukuplah sepiring kan? Perut katak bukan besar pun. Kalau dia nak lagi tambah je la kat dapur bukan susah pun.

"Terima kasih.." ujarnya perlahan. Dia malu mungkin.

"No hal lah." Balasku. Setakat nasi sepiring tak luak pun. Kalau aku membazir nanti tok marah. Lagi sakit telinga aku nak tahan bebelan tu.

"Wei, nak tanya..." Aku meminta izin. Manalah tahu katak ni jenis hati lembut ke. Kang ada yang menangis sampai banjir pulak

"Emmm" balasnya sambil mengunyah makanan dengan lahap. Berapa lama kau tak makan katak. Kebulur sangat aku tengok tu. Huhuhu.

"Katak boleh makan nasi eh?"

Uhuk! Uhuk!! Tersembur nasi yang dimakannya.

"Maaf-maaf. Aku tanye je. Katak kan makan serangga bukan makan nasi."

Aku menghulurkan cawan kecil berwarna pink kearahnya. Aku jumpa kat dapur. Cawan mainan adik sepupu aku kut. Comel. Cenonet je aku tengok.

Dia hanya diam. Tidak menjawab pertanyaan aku.

Tak apalah. Siapalah aku nak tanya kan?

"Aku.....bukannya katak betul."

"Hah!!" Dia hanya mengangguk.

"Kau nak cakap yang kau ni putera kacak yang turun dari kayangan pastu kena sumpah la ni?" Kutuk aku.

Kalau tak sarkastik tu bukan Ana namanya.

Dia terdiam.

"Mengarut je aku ni kan?Wahahahhahaha!"

Aku gelak bersungguh-sungguh. Suka hati aku je buat andaian sendiri. Terhibur jap.

Dia berhenti makan dan melihat aku.

"Aku bukan nak cakap ape.. tapi aku tak nafikan apa yang kau cakap tu." Dia balas sambil meneruskan suapan makanannya.

Gelak aku terhenti.

Takkanlah!

Mengarut je. Aku jumpa katak bercakap pun dah cukup mengarut. Dia mengaku yang dia putera kayangan. Makin mengarut kisah aku ni.

"Aku tak percaya."

"Up to you.."

Suasana sepi. Aku terdiam. Dia pula sedang khusyuk menyambung makan tanpa mempedulikan aku yang kebingungan.

Aku memerhatikan dia. Kadangkala aku lihat dia mengeluh. Seperti memikirkan suatu yang berat.

Aku sedang cuba menghadap apa yang berlaku. Pagi tadi tidur aku terganggu sebab katak ni. Lepas tu katak ni boleh cakap macam manusia. Pagi ini dia cakap dia mengaku dia putera kayangan yang kena sumpah jadi katak.

Nonsense!

"Ana!! Bangun nak subuh dah!!!" Tersentak aku.

"Haa!!" Laungku sedikit kuat. Takut tok tak dengar maklumlah dah tua. Orang tua kan kurang sikit pendengaran dia.

Dia tak tau cucu dia ni dah segar-bugar kat dalam bilik ini. Maklumlah jumpa katak bercakap kan?

Bukan katak bercakap, tapi putera raja. Uhuuu. Jangan korang fikir aku nak berangan duduk atas pelamin dengan anak raja eh!

I'm not that type okay!

Ni bukan kisah putera katak tu. Kena cium katak baru jadi manusia. Geli aku. Tengok kulit dia yang hijau lembik-lembik tu. Geli geleman aku.

Harith'sWhere stories live. Discover now