" Izzana duduk sini dulu sementara Aunty dengan kak Zayfa masak makanan untuk tengah hari ". Ujar Zara sambil mengeluarkan bahan mentah untuk di masak. Zayfa mendorong bahu Izzana agar duduk ke atas kerusi meja makan. Izzana dengan kekoknya hanya menuruti.
Zayfa mengambil sebuah mangkuk sambil mengendong Edzhar. Sesekali terdengar bayi kecil itu merengek kerana mamanya tidak berhenti bergerak. Izzana jadi tak sedap hati pula, dah lah datang tanpa di jemput lepastu di ajak makan bersama nanti dan di bawa ke dapur pula.
Tapi tidak melakukan apa apa. Rasa segannya meninggi. Izzana memandang mama dan kakak Zariel yang mula sibuk dengan kerja mereka. Mata gadis itu melihat Edzhar yang mengeliat gelisah lalu terdengar suaranya merengek kecil.
" Izzana satu kelas dengan Zariel ke dekat sekolah? ". Tanya Zara kepada Izzana yang sedang duduk tegak dengan sikap malunya. Zara memandang Izzana sekilas sambil membasuh tangan sebelum memulakan aktiviti memasaknya.
" Izzana tak satu kelas Zariel. Zariel kelas lain Izzana kelas lain. Cuma dekat sekolah jumpa jumpa macam tu je ". Izzana menjawab dengan penuh sopan sambil menatap ke arah Zara. Zara mengangguk perlahan.
" Ohh akak ingatkan Izzana dengan Zariel satu kelas tadi. Zariel dekat sekolah macam mana? Kasar kan? ". Kini Zayfa pula ikut bertanya dengan suara berubah seakan berbisik di hujung ayat. Izzana tersenyum tipis tak tahu nak jawab apa.
" Zayfa cuba letak Edzhar dekat atas kerusi ke meja tu dulu. Kesian mama dengar budak kecil ni asyik merengek je.. ". Zara menegur anak gadisnya yang masih mengendong Edzhar. Kesian Edzhar merengek je dari tadi.
" Nanti takut Edzhar jatuh lah mama. Biar Zayfa pegang macam ni kejap lagi diam lah tu ". Zayfa menyapu kepala Edzhar dengan lembut seraya memberikan sebuah ciuman sekilas. Sayang dengan anak lelaki dia ni.
Izzana melihat moment manis daripada mama dan kakak Zariel ikut tersenyum. Mendengar cerita orang luar keluarga Zariel ni agak menakutkan tapi rupanya tidak seseram yang Izzana bayangkan. Malah mama dan kakak Zariel tersangat baik pada orang luar seperti Izzana.
Cuma yang menakutkan dalam keluarga Zariel bagi Izzana ada empat orang iaitu papa, abang kembar Zariel dan Zariel sekali. Bagi Izzana empat manusia itu agak menakutkan.
" Ada yang boleh Izzana tolong ke Aunty— Kakak... ". Izzana bangkit daripada duduk setelah beberapa minit hanya menjadi penonton. Mendengar suara gadis sebaya Zariel itu ingin membantunya lekas Zara menyuruh duduk kembali.
" Tak payah Izzana kamu duduk je situ kejap lagi siap lah aunty masak ni ". Zara menolak bantuan Izzana secara halus. Tidak mahu menyusahkan tetamunya.
" Haah, Izzana tak payah tolong kami masak. Izzana tolong jagakan Edzhar sekejap boleh? ". Zayfa turut menghalang Izzana daripada membantu mereka memasak dan sempat lagi Zayfa meminta budak berusia tujuh belas tahun itu menjaga anaknya.
" Ha? Bo–Boleh boleh.. ". Di sebabkan Izzana tak boleh buat sebarang kerja jadi lebih baik Izzana membantu kak Zayfa menjaga Edzhar. Zayfa menghulurkan Edzhar ke arah riba Izzana dan terus di sambut baik oleh Izzana.
" Izzana jangan risau. Budak kecil botak ni. Kalau dengan perempuan dia tak menangis tapi kalau dengan lelaki dia mula lah buat perangai mengada dia tu ". Zayfa mencubit pipi tembam Edzhar yang duduk di atas riba Izzana. Izzana menggerakkan bibir bergumam ookay.
Awalnya Edzhar seakan menolak . Tak nak duduk dengan orang tak kenal tapi lepas elok je dah ada atas riba Izzana terus diam dengan kepala mendongak bersama mata bulat menatap Izzana penuh minat. Kedua tangannya membuat gaya meremas ke arah wajah Izzana.
Zayfa dan Zara ketawa dengan gelagat nakal Edzhar. Kecil kecil dah ada sifat gatal tu ya. Izzana mengagah tubuh kecil Edzhar lalu pipi tembam bayi itu di cium penuh minat. Izzana suka budak budak lagi lagi yang macam ni. Rasa nak gomol kuat kuat. Izzana membalikkan badan Edzhar menghadap dirinya.
YOU ARE READING
The Insane of Luth Adryian
AléatoirePertemuan Zayfa Ayana dengan Luth Adryian telah menghancurkan hati Zayfa dengan kelakuan buruk Luth Adryian. " Tak guna? Aku tak guna?. Kau nak aku tunjuk apa maksud tak guna tu ke perempuan.. ". Luth Adryian mencengkam rambut Zayfa di balik tudung...