Zayfa mengangkat sesuatu ke awangan tepat di depan matanya. Dia duduk di atas katil merenung benda berwarna silver tersebut. Sebuah kunci. Dia tak tahu apa fungsi kunci tu? Nak buka apa? Kemudian dia menurunkan kunci tersebut dan diletakkan di atas kotak pemberian Luth Adryian.
Benar, kunci itu salah satu benda yang ada dalam hadiah yang lelaki itu berikan semalam. Papanya sempat datang untuk melihat bersama apa hadiah yang Luth Adryian berikan. Zarif Haikal ingatkan pemuda itu menghadiah anaknya barang berbahaya seperti sepucuk pistol atau bom.
Yelah siapa boleh jangka apa yang tersimpan dalam fikiran seorang Luth Adryian. Setelah mengetahui hanya sebuah kunci. Zarif Haikal bernafas lega.
Kunci je? Untuk apa Luth Adryian menghadiahkan sebuah kunci yang tidak diketahui untuk membuka apa. Selepas itu, Zarif Haikal keluar kerana sudah memastikan apa hadiah tersebut. Sekarang Zayfa mengambi benda lain yang ada di sebelah kunci yang dia letakkan tadi.
Memang ketika papanya ada bersama dia. Hanya nampak kunci itu sahaja. Namun selepas papanya pergi. Zayfa baru perasan ada benda lain di dalam sana yang tersorok. Black card. Zayfa pernah nampak black card itu sama macam along dan angahnya miliki. Kenapa Luth Adryian memberi dia black card?
Nak rasuah Zayfa untuk terima Luth Adryian ke? Rasa teruja tak muncul dalam diri Zayfa sedikitpun. Bukan dia tak bersyukur atau gembira. Tapi kalau orang lain yang bagi mesti dia berterima kasih bersungguh sungguh namun ini adalah pemberian Luth Adryian. Lelaki yang mempunyai seribu satu helah.
Zayfa akan memulangkan hadiah ini kepada Luth Adryian semula. Dia tak nak kunci yang pelik tu. Dia tak nak black card tu. Yang dia nak sekarang ni Luth Adryian pergi dan tidak menganggu dirinya lagi. Hanya itu sahaja sudah cukup. Deringan telefon miliknya berbunyi. Lekas dia menjawabnya.
" Macam mana suka dengan hadiah aku, Zayfa.".
Panjang umur Luth Adryian. Zayfa baru memikirkan tentang lelaki itu. Dia tidak menjawab melainkan diam menahan nafas kerana geram. Terdengar tawa rendah Luth Adryian dari seberang sana. Ada yang lawak ke? Zayfa mengerutkan wajahnya berdiri dari duduk dan berjalan ke balkoni bilik.
" Ambil balik hadiah yang awak bagi dekat saya semalam. ".
Zayfa menekankan suaranya berharap Luth Adryian akan mengambil serta memahami kenapa dia tak nak hadiah tersebut. Luth Adryian senyap beberapa waktu. Zayfa menjauhkan telefon melihat sama ada masih bersambung ataupun tidak.
Masih bersambung tapi kenapa Luth Adryian diam je. Di sana, Luth Adryian bersandar pada kerusi kulit mahalnya tanpa berpakaian hanya seluar panjang menutupi dari pinggang ke bawah. Dalam fikirannya mereka senario reaksi Zayfa jika melihat dia dalam keadaan seperti ini.
" Saya nak jumpa awak. Saya akan pulangkan hadiah awak ni balik. Awak dengar tak apa yang saya cakapkan sekarang ni? ".
Luth Adryian mendesis perlahan selepas mendengar suara Zayfa makin mengeras seperti menahan marah. Pasti gadis itu cantik semasa marah. Zayfa rasa Luth Adryian sengaja membuat emosinya meningkat naik.
" Aku orang yang sibuk Zayfa.".
Sahut Luth Adryian lagi tenang. Zayfa mengenggam jarinya erat sambil mengetap bibirnya. Ingat dia sorang jeke yang sibuk?
" Aku ambil kau Zayfa, ".
" Tak payah! Jangan ambil saya! Saya datang jumpa awak sendiri. J-Jangan datang rumah keluarga saya.".
Laju Zayfa memintas menghalang Luth Adryian yang ingin menjemputnya. Tak. Tak boleh. Dia tak nak lelaki tu ambil dia. Rahang Luth Adryian mengerat apabila menerima tentangan daripada Zayfa. Zayfa melepaskan nafas beratnya. Dia menggigit bibir kerana suaranya yang meninggi tanpa sedar.
YOU ARE READING
The Insane of Luth Adryian
РазноеPertemuan Zayfa Ayana dengan Luth Adryian telah menghancurkan hati Zayfa dengan kelakuan buruk Luth Adryian. " Tak guna? Aku tak guna?. Kau nak aku tunjuk apa maksud tak guna tu ke perempuan.. ". Luth Adryian mencengkam rambut Zayfa di balik tudung...