Part 21

11.5K 811 119
                                    

Puas Zayfa mengundur sehingga dia tersentak kecil kerana belakang badannya berlanggar dengan dinding. Luth Adryian masih meneruskan langkah perlahannya bersama wajah yang penuh maksud tersembunyi. Matanya hanya menatap Zayfa tanpa lepas. Dalam diam dia melepaskan decihan melihat betapa takutnya gadis kecil itu.

Zayfa meliarkan anak matanya ke segala arah mencari benda untuk melindungi dirinya daripada tindakan buruk yang bakal di lakukan oleh Luth Adryian sebentar lagi. Akhirnya pandangan Zayfa tertuju pada katil—Di mana pistol milik Luth Adryian terletak di situ.

" Jangan takut.. Aku dah cakap aku nak bersembang dengan kau je. Janganlah bagi ekspresi macam aku ni orang jahat ". Suara rendah Luth Adryian bukannya menenangkan Zayfa malah membuatkan Zayfa bertambah takut dan ingin melarikan diri.

Lebih kurang tiga langkah lagi Luth Adryian mahu menghampiri Zayfa yang berdiri. Zayfa terlebih dahulu membuka langkah besarnya berlari ke arah matanya tertuju tadi. Luth Adryian mengapai tangan Zayfa yang melarikan diri tapi gadis itu lebih cepat berlari sehingga tiba berdekatan dengan katil.

Sejurus itu, benda berbahaya yang seumur hidup Zayfa tak pernah nampak atau pegang sudah berada di dalam tangannya lalu di halakan ke arah Luth Adryian. Bukannya gementar, gerun atau takut Luth Adryian menayangkan riak wajah sinisnya apabila tangan Zayfa yang memegang pistol tersebut jelas menggigil di matanya.

" Ka-Kalau.. A-Aw-Awak cu-cuba dekat—dengan saya— Sa-Saya akan– akan– tembak awak.. ". Zayfa meneguk air liurnya dengan susah payah. Baru kali pertama Zayfa menyentuh benda berbahaya ini. Sempat matanya mengerling tangannya yang menggigil tanpa henti.

Peluh turut menitis bersama. Menjelaskan betapa takutnya seorang gadis memegang benda berbahaya tersebut. Luth Adryian mencebik sesaat lalu membuka selangkah ingin mendekati Zayfa tapi reaksi yang dia terima adalah Zayfa menggerakkan pistol tersebut dengan gelabah sambil mengundur ke belakang. 

Siapa penakut dan siapa pemberani sebenarnya ni? Terjungkit sebelah kening Luth Adryian dan meletuskan tawanya. Zayfa hampir menautkan dahinya apabila mendengar suara Luth Adryian ketawa. Zayfa ada buat lawak ke tadi atau lelaki itu tiada perasaan takut sama sekali.

" Little girl.. Calm down little girl.. Budak budak mana boleh main benda macam tu.. Letak balik dekat tempat asal dia tadi. Jangan takut kan aku dah kata aku cuma nak bersembang dengan kau. Itu je ". Luth Adryian menaikkan bahunya seketika seraya menapak ke depan.

" Saya cakap jangan dekat dengan saya kalau tak saya akan tembak awak! ". Akibat terlampau gelabah, Zayfa menggerakkan pistol itu laju seakan menunjukkan dia akan melepaskan tembakan jika Luth Adryian semakin menghampiri keberadaanya.

Luth Adryian terus berhenti sesuai jeritan halus Zayfa tadi. Peluh Zayfa semakin menjadi jadi sehingga kedua tangannya menjadi basah. Luth Adryian mengangkat kedua tangannya ke sisi kiri dan kanan kepala.

" Tembaklah ". Ujar Luth Adryian biasa mengarahkan Zayfa melakukan perkara yang tak akan pernah gadis itu bayangkan iaitu menembak seseorang dengan menggunakan kedua tangannya sendiri.

Zayfa menggeletar kecil dengan kelopak mata berkedip tanpa henti merenung lurus ke arah Luth Adryian. Zayfa tak akan buat seperti apa yang Luth Adryian katakan tadi. Niatnya hanya mahu mengugut dan menakutkan lelaki itu bukannya menembak dalam realiti. Kenapa tak seperti yang Zayfa fikirkan.

" Ha?... ". Zayfa mengeluarkan suaranya yang tertahan dengan nafas tak teraturnya. Mungkin telinga Zayfa tersilap dengar tadi. Dia sendiri tak tahu bagaimana cara menggunakan benda berbahaya ini dan dekat mana yang perlu dia tekan.

Seketika Zayfa teringat beberapa waktu lalu pistol Luth Adryian sudah berbunyi bukan? Jadi kemungkinan Zayfa hanya perlu menekan pelatuknya sahaja. Tapi— Zayfa tak mempunyai keberanian. Seumur hidup Zayfa tak pernah fikir untuk membunuh orang. Hal itu mungkin akan menyebabkan dirinya menjadi trauma.

The Insane of Luth AdryianWhere stories live. Discover now