Zayfa bergerak ke kiri dan kanan berkali kali sejak mendapat panggilan daripada papanya. Memberitahu segala yang di lakukan oleh Luth Adryian beberapa waktu lalu. Dia menggigit halus kuku ibu jari tangannya sambil bermundar mandir memikirkan sebab utama mengapa pemuda itu sanggup menelefon mamanya dengan menggunakan telefon Zayfa sendiri.
Benda apa lagi yang dia kena hadap dengan perangai gila Luth Adryian.Mata Zayfa melirik ke arah telefon rumah menanti papanya untuk menelefon lagi kerana tadi papanya terpaksa menamatkan panggilan dengan tergesa apabila mamanya datang mendekati. Zarif Haikal risau kalau isterinya mendengar dan mengetahui perbualan mereka.
Mujur tindakan refleks dia terus berpura seakan berbual dengan kawan sekerjanya jadi Zara tidak akan berfikir buruk. Tak lama selepas Zayfa mendudukkan diri di atas sofa telefon kedengaran berbunyi. Lantas dengan sigap dia bangun mengangkat panggilan tersebut. Tapi badannya berubah kaku dengan tangan mengenggam gagang telefon erat.
Anak matanya tertumpu pada meja sahaja. Di seberang sana ada satu suara tangisan budak yang Zayfa kenal itu milik siapa. Edzhar. Sesaat muncul pula suara tawa garau.
" Zayfa kau dengarkan bunyi tu. Bunyi budak kecil menangis. Actually, aku tak tahu macam mana nak suruh dia berhenti menangis. Sebab kalau aku naikkan tangan aku, aku rasa dia akan berhenti menangis buat selama lamanya."
" Tolong jangan buat apa apa dekat Edzhar, Luth—Adryian ".
Cepat Zayfa menghalang Luth Adryian di seberang sana dengan wajah gelisahnya memikirkan tangisan Edzhar yang terkesan menyedihkan. Macam mana dia nak lupakan budak kecil itu jika tangisannya sahaja membuatkan hati Zayfa berubah sayu dan turut sedih. Luth Adryian memang gila. Sanggup mengancam Zayfa dengan mengunakan kekerasan terhadap Edzhar.
" Okay, aku tak akan sentuh dia tapi kalau budak ni still menangis jangan salahkan aku kalau tangan aku cekik di hidup hidup ".
Luth Adryian bercakap seolah nyawa Edzhar tak berharga sama sekali. Senang saja mulutnya melontarkan ayat tersebut. Zayfa sudah menangis teresak teresak sambil memegang dahinya mengawal perasaan yang bercampur baur.
" Jangan!! Jangan Luth. Jangan buat Edzhar macamtu! Jangan sentuh dia! Jangan pegang dia! To–long Luth! Tolong ".
Dengan lajunya Zayfa menjerit agar Luth Adryian tidak menyakitkan Edzhar. Luth Adryian berjeda lama mendiamkan diri mendengar tangisan Zayfa di balik telefon bersama sudut bibir yang menyungging naik. Bukan ke dia dah kata Zayfa akan datang pada dia kembali. Nampaknya jarinya akan selamat dari terpotong bukan.
" Keluar sekarang dan datang sini cepat kalau kau nak tengok budak ni masih bernafas. Aku tunggu kau Zayfa ".
Setelah itu, Luth Adryian mematikan panggilan yang mana menyebabkan Zayfa menjadi kalut. Matanya yang berair merenung gagang telefon terbabit sebelum meletakkan dengan tergesa gesa dan membuka langkah berlari menuju ke arah pintu apartment. Namun kakinya terhenti apabila dirasakan tindakan dia salah. Macam mana kalau dia pergi dan dia tak dapat keluar lagi.
Pasti papanya akan mencari lagi. Tapi— Edzhar. Kalau dia tak datang sekarang kemungkinan besar anaknya tak bernyawa lagi. Air matanya meluncur laju jatuh sehingga kelopak matanya terpejam erat beberapa saat sambil berfikir apa yang patut dia lakukan. Anak matanya hanya merenung lurus pemegang pintu dengan keadaan hati yang bercelaru.
Kepalanya hanya ada sesosok tubuh kecil Edzhar sahaja. Tanpa berfikir lebih lanjut dia membuka pintu dan berlari keluar turun ke bawah dengan niat yang sudah tamat. Dia akan menyelamatkan Edzhar walau apa pun yang terjadi. Semasa keluar melepasi lift dia berlari laju. Sekarang dah malam teksi apa yang akan bawa dia ke rumah Luth Adryian.
Dalam kelam kabut bersama hati yang tak enak dia teruskan berlari sehingga di simpang badannya tersentak apabila ada satu kereta menghalangnya meneruskan larian. Pintu terbuka kemudian berdirinya Ray di luar memberi isyarat tangan supaya Zayfa menaiki kereta yang tersedia. Satu perkara terdetik di kepala dia. Semua ini sudah berada di tangan Luth Adryian.
YOU ARE READING
The Insane of Luth Adryian
De TodoPertemuan Zayfa Ayana dengan Luth Adryian telah menghancurkan hati Zayfa dengan kelakuan buruk Luth Adryian. " Tak guna? Aku tak guna?. Kau nak aku tunjuk apa maksud tak guna tu ke perempuan.. ". Luth Adryian mencengkam rambut Zayfa di balik tudung...