Part 2

2 0 0
                                    


Seminggu kemudian,


Youngji mula pergi ke sekolah berseorangan. Kai berjalan ingin menuju ke sekolah ternampak Youngji di hadapan. Dia mula berasa aneh kerana selalu melihat Youngji berjalan sendirian ke sekolah. Selalunya dia akan pergi ke sekolah dengan Jackson. Kenapa dengan mereka berdua? Bergaduh ke? Muka Youngji pun nampak kusam je, ujarnya.

Kai terus berlari untuk datang lebih dekat dengan Youngji. "Youngji, awak okey tak? Muka awak nampak kusam," tanya Kai. "Awak berseorang lagi. Mana Jackson?" tanya Kai lagi.

Youngji mengukirkan senyumannya apabila dia melihat Kai. "Saya okey je. Tak ada apa-apa pun. Saya tak akan pergi sekolah dengan Jackson lagilah sebab  dia dah ada girlfriend. Jadi, dia pergi dengan girlfriend dia" jawab Youngji dengan biasa. Walaupun hatinya sakit tapi dia tetapkan kuatkan semangatnya di hadapan orang.

"Mwo?! Jackson ada girlfriend! Siapa?" tanya Kai. Tak sangka Jackson ada girlfriend. Aku ingat dia suka Youngji sebab dia kenal Youngji dari kecil lagi. Tak mungkin aku salah fikir. Cara pandangan dia tu. Aduh sakit kepala aku.

"Kang Seulgi," jawab Youngji. 

"Seulgi! Anak pengetua sekolah ni! Dia pelajar cantik dekat sekolah ni tapi, bagi saya biasa-biasa sahaja. Dengan awak lagi cantik," gurau Kai. Dia tahu Youngji tengah bersedih. 

"Mengarutlah awak ni. Seulgi tu cantik. Saya bukan cantik pun," cakap Youngji dengan ketawa. Kai turut ketawa.

Youngji dan Kai masuk ke dalam kelas bersama-sama sambil ketawa. Mata Youngji melihat Jackson sedang berbual dengan Seulgi. Mereka berdua rancak berbual. Youngji berjalan menuju ke tempat duduk dia. Begitu juga dengan Kai. 

"Morning Youngji, my chingu. Lambat kau sampai sekolah. Kau jalan sama-sama dengan Kai ke? Aku nampak kau masuk kelas sama-sama dengan Kai," tanya Kai.

"Aku terserempak dengan Kai masa nak pergi sekolah," jawab Youngji. Matanya memandang Seulgi yang duduk ditempatnya. Kenapa Seulgi duduk kat tempat aku? Sebab nak berbual dengan Jackson?

Seulgi menyedar bahawa Youngji melihatnya. "Sorry Youngji. Saya tumpang duduk kat tempat awak sekejap sebab saya nak bercakap dengan Jackson," cakap Seulgi lalu bangun.

"Tak apa," balas Youngji lalu mengukirkan senyumannya.

"Youngji, boleh tak kau tukar tempat? Kau duduk tempat Seulgi. Boleh tak?" tanya Jackson.

Youngji terkejut dengan pertanyaan Jackson. Kai yang baru ingin membuka buku turut terkejut juga apabila mendengar pertanyaan Jackson. Sebelah tempat duduk Kai ialah Seulgi.

Youngji menarik nafas dalam-dalam. Dia menahan sedih. "Boleh je. Seulgi boleh duduk tempat aku. Berbual elok-elok tu. Seulgi, awak boleh duduk dekat tempat saya," balasnya lalu berjalan menuju ke tempat duduk Seulgi.

"Terima kasih Youngji," cakap Seulgi lalu duduk kembali di tempat Youngji. 

"Thanks, my chingu," cakap Jackson dengan gembira.

Kai memandang Youngji yang duduk di sebelahnya. "Youngji, awak betul ke okey? Muka awak memang nampak sedih," tanyanya. Dia risau kepada Youngji.

"Apa awak cakap ni? Saya okey jelah. Jangan risaulah," balas Youngji lalu mengukirkan senyumannya. Matanya melihat Jackson dan Seulgi yang sedang rancak berbual. Hatinya sakit.



Sudah beberapa hari Youngji bersendirian. Jackson juga jarang berbual atau keluar bersama-sama dengannya. Youngji bersyukur kerana Kai sudi menemannya. Tiba-tiba air matanya jatuh apabila terpandang Jackson sedang bergurau senda bersama Seulgi yang tidak berapa jauh di tempat Youngji. Kai yang ingin pergi ke arah Youngji terkejut kerana terlihat Youngji menangis.

Youngji perasan kehadiran Kai, dia segera mengelap air matanya. "Kai, awak buat apa dekat sini?" tanya Youngji lalu mengukirkan senyuman kepada Kai. 

"Youngji, boleh tak awak jangan paksa diri awak," cakap Kai. Dia tak larat melihat Youngji dalam kesedihan. 

"Paksa apanya? Saya tak paksa apa-apa pun," tipu Youngji. 

"Youngji, sorry kalau saya suka jaga tepi kain awak tapi, saya dah tak tahan tengok awak merana macam ni," ujar Kai. 

"Apa awak merepek ni? Bila masa pula saya merana?" tanya Youngji yang masih ingin mempertahankan dirinya. 

"Youngji, saya baru nampak awak menangis. Saya tahan je selama ini. Saya boleh nampak awak menangis. Hati awak tu sakit sangat melihat Jackson bersama dengan Seulgi," cakap Kai. 

Selepas mendengar kata-kata Kai, Youngji menitiskan air matanya. Semua Kai yang katakan benar. Kai boleh nampak penderitaan yang dia lalui. Menahan sahaja bukan caranya. Malah, ia akan lebih menyakiti lagi. 

Kai berasa sedih melihat Youngji menangis di hadapannya lalu memeluk Youngji dengan erat. "Awak boleh nangis sepuas-puasnya. Saya bagi pinjam dada saya untuk awak lepaskan kesedihan awak," cakap Kai sambil mengosok belakang badan Youngji. Youngji menangis sekuat hati. Sungguh hatinya berasa sakit sekali. 

Beberapa minit kemudian, Youngji telah reda menangis. "Terima kasih Kai sebab sanggup mendengar tangisan saya. Kalau tak ada awak, tak tahulah saya jadi macam mana" cakap Youngji sambil mengelap air matanya. 

"Tak apa. Saya tak kisah. Jadi, awak memang suka kepada Jackson?," tanya Kai. Youngji mengangguk perlahan. Kai mengeluh kecil. "Kenapa awak buat macam ni? Kenapa awak tak luahkan perasaan awak dekat dia? Kenapa awak buat diri awak merana seorang diri?," tanyanya lagi. 

"Saya takut dia tak cintakan saya. Saya takut juga akan menjejaskan persahabatan saya dengan Jackson. Saya terima yang dia cintakan orang lain. Saya sanggup jadi kawan dia sampai seumur hidup," jawab Youngji. 

"Perasaan awak tak penting ke? Janganfikir tentang orang lain! Pentingkan diri awak juga! Itu yang lebih penting," cakap Kai. Dia terkejut Youngji boleh fikirkan semua ini.

"Tak apalah Kai. Saya terima takdir diri saya," cakap Youngji lalu mengukirkan senyuman. "Terima kasih sebab risaukan saya dan terima kasih jugak sebab sudi menjadi kawan saya. Bermula pada esok, saya akan pindah sekolah," ujarnya lagi.

Kai terkejut. "Apa? Awak nak pindah sekolah? Awak tak boleh buat keputusan macam ni. Awak baru sahaja jadi kawan saya, tak mungkin awak nak tinggalkan saya." Kai berasa sedih. Dia baru sahaja ingin menjadi orang yang penting dalam hidup Youngji.

"Sorry Kai. Hanya ini sahaja satu-satunya saya boleh hilangkan perasaan saya dekat Jackson. Saya tak mampu melihat kemesraan Jackson dengan Seulgi. Saya yakin Jackson tak akan sedih kalau saya pergi sebab dia dah gembira dengan Seulgi. Kai, saya nak minta tolong dengan awak. Boleh tak awak beri surat ini kepada Jackson selepas saya pergi?" tanyanya lalu menghulur sepucuk surat kepada Kai.

Hati Kai berat untuk menerimanya. Dia berasa sedih sekali. Dengan hati yang berat dia mengambil sepucuk surat itu. "Okey, Youngji. Saya akan beri surat itu kepada Jackson," balasnya.

"Terima kasih banyak-banyak, Kai. Saya tak akan lupakan jasa awak," cakap Youngji lalu mengukirkan senyumanya.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 11, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Chingu, My Love?Where stories live. Discover now