4. Kufur Nikmat

15 1 5
                                    

Tanpa menjeling ke arah tanda harga yang terpapar, blaus designer yang berharga sekitar 9 ribu ringgit itu dicapainya lalu dicampaknya dengan selamba ke dalam pelukan si pengawal peribadinya. Emma, pengawal peribadi berusia sekitar pertengahan 30-an itu menjuihkan bibir. Dalam pelukannya, tidak kurang daripada 10 helai pakaian hasil pilihan Isabella Maureen binti Datuk Seri Omar, salah seorang pelanggan tetap butik ternama dari Perancis ini. Di belakang mereka, seorang gadis pembantu jualan yang berketurunan Cina dan sebaya Bella sedang mengekori dua wanita cantik di hadapannya. Gadis Cina itu telah diberi amaran oleh bosnya agar sentiasa bersikap lembut dan bersopan kepada Bella. Kerana Bella merupakan pelanggan setia mereka.

Emma menjuih bibir. Tak kuasa nak layan perangai diva Isabella. Emma satu-satunya pengawal peribadi yang masih berkhidmat kepada keluarga ternama pewaris Kumpulan Budi Hartanah Holdings itu selepas semua anak buahnya terpaksa diberhentikan kerana Tristan hanya mempunyai akses terhad kepada seluruh kekayaan keluarganya.

Bagaikan seorang srikandi Melayu, Emma merupakan bekas anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) dan memiliki lencana payung terjun. Dia mempunyai latar belakang seni mempertahankan diri Silat Cekak Hanafi yang amat ekstensif. Arwah bapanya merupakan tok guru silat. Berbeza dengan dirinya, bekas teman lelakinya yang merupakan seorang komando Grup Gerak Khas (GGK) itu pula sangat handal Muay Thai. Emma amat cekap dalam tempur jarak dekat (CQC) atau tempur tanpa senjata (hand-to-hand combat). Pistol Sig Sauer P226, dua batang katridj peluru, pisau lipat, lampu suluh kecil dan penyembur lada sentiasa bersamanya sebagai langkah waspada. Walaupun sangat hebat dan mampu melindungi Bella daripada sebarang marabahaya, Emma tetap merendah diri dan tetap lembut sesuai dengan fitrah seorang wanita.

Dia juga amat penyabar dalam menghadapi kerenah diva Bella. Mendengar keluh kesah Bella tentang teman lelakinya yang bodoh. Cuma semalam, dia betul-betul tidak sempat membendung Bella daripada diperdaya untuk meneguk minuman keras. Habis dikilasnya Tengku yang cuba membawa Bella ke ranjang semalam. Nyaris sahaja ibu jari lelaki durjana itu dipatahkannya. Sempat dia memberi amaran keras kepada kerabat diraja itu agar menjauhi Bella.

"Kak Emma, can you please put all the clothes over the counter?"

Teguran Bella mengembalikan Emma ke alam realiti. Lekas-lekas Emma meletakkan semua pakaian yang dipegangnya itu ke atas kaunter. Juruwang hanya tersenyum bersama pembantu jualannya tatkala melihat betapa banyaknya barangan yang hendak dibeli oleh gadis diva ini.

Si pembantu jualan membantu juruwang memasukkan semua barangan Bella ke dalam beg kertas yang tertulis nama butik.

"Banyaknya Bell shopping? Nanti abang Bell marah nanti macam mana?" Tegur Emma dengan perasaan risau.

"Biarlah. Padan muka dia! You tahu tak, Kak Emma, early this morning dia marah I for his wife?! He chose her over me! Bell ni adik dia tau! Bell betul-betul takde mood. Semalam, Bell dengan Aiden putus. Rupanya orang ketiga selama ni ialah Anna! OMG Kak Emma! I can't believe it! Why does it have to be me! Dunia ni kejam, tak adil! Apa dosa Bell, Kak Emma?! Apa dosa Bell?!" Mulalah keluar drama diva dia.

Emma merangkul bahu Bella. Tanpa dapat menahan tangisnya, tubuh Emma yang fit dan toned itu dipeluknya erat. Dia menangis teresak-esak di bahu pengawal peribadinya sehingga wanita itu seperti tersentak. Namun Emma tetap membalas pelukan Bella dan menggosok-gosok belakang tubuhnya. Bertahun-tahun berkhidmat di sisi Bella, Emma akui dia menyayangi Bella seperti seorang kakak yang amat menyayangi sang adik.

"Bell, shhh... Relaks. Aiden buta, dia bodoh. Bell lawa. Baik, sweet. Kak Emma rasa ramai lelaki yang baik-baik kat luar sana deserve Bell lebih dari Aiden." Ujar Emma sambil mengesat airmata Bella.

"Miss, the total is RM35,486.40."

Suara si juruwang menarik perhatian kedua-dua.

"Oh, really..?" Sambil menyedut hingusnya, Bella meraba-raba tote bag Guccinya.

Persona Non GrataWhere stories live. Discover now