Cursed Energy - Sumpahan Tenaga/Tenaga sumpahan
____
"Maafkan aku! ampun! aku akan undur diri! Q pun! kami undur diri! aku akan berhenti kerja, ya! aku akan berhenti kerja!"
Berhabis-habisan Kokun meminta maaf agar dirinya dilepaskan. Ingin dia hentikan ciuman dan jilatan sumpahan milik Getou itu. Akan tetapi, perbuatannya itu sia-sia kerana Getou tidak ada niat untuk bersuara mahupun memandangnya.
Getou sibuk memandang skrin telefon bimbitnya yang memaparkan mesej dari kawan albinonya dibawah. Al maklumlah, kini dia berada di dalam apartment yang meletup tadi. Disebelahnya pula terdapat seorang perempuan remaja yang disahkan star plasma vessel, dan seorang lagi si pengasuh vessel itu. Kedua-duanya sedang pengsan.
"Oi! aku tau kau boleh dengar!" jerit Kokun.
"Apadia?" Balas Getou dengan nada yang malas. Sengaja ia letakkan tangan kanannya ditelinga ; berpura-pura tidak dengar.
"Cis! budak macam kau ni apa je boleh buat? kami ada Vayer dan Vale! Tentera Q yang terkuat-"
"Oh? maksud kau diorang ni ke?" potong Getou sambil menunjukkan satu gambar ditelefonnya- gambar Gojou yang tersenyum dihadapan kamera dan backgroundnya adalah y/n yang sedang melihat Vale dan Vayer pengsan.
Mata Kokun terus membulat. Gulp. Tentera terkuat mereka sudah dikalahkan. Maka dengan itu, tentera Q pun berundur diri.
_
"Ah y/n-chan-" Gojou memulakan kata. Mereka berdua kini dalam perjalanan hendak ke tempat Getou. Y/n yang berada disebelahnya hanya menaikkan kening.
"You know, aku dah lama nak tanya kau ni- sumpahan tenaga kau tu.."
Y/n sedikit terkejut pabila mendengar kata-kata Gojou. Benar. Walau berapa lama sekalipun dia berdiam diri tentang asal kelahirannya. Orang lain akan tetap tahu siapa dia melalui sumpahan tenaganya itu.
Satu keluhan kecil dia lepaskan setelah memori lama berjaya kembali menjenguk di minda. Wajah samar-samar ayahnya terlihat dan kemudian imej jelas ibunya pula berganti.
Sementara Gojou sudah menggaru belakang kepalanya pabila tidak mendapat sebarang respon. Risau juga dia kalau gadis berambut hitam itu terasa hati.
"Uh.. aku bukan nak menyibok ke ape. Aku cuma tertanya-tanya.. aku perasan yang kau tak pernah sebut full name kau-"
Kata-katanya terhenti setelah terdengar tawaan kecil dari si gadis. Dan yang membuatkan hatinya terhenti sesaat, pabila y/n memberikannya senyuman yang cukup manis. Oh boi, hati Gojou belum bisa menerima damagenya.
"Aku tarik balik kata-kata aku sebelum ni. Maybe kau ni taklah bodoh" kata y/n lembut.
Gojou terus memegang dadanya dengan begitu dramatik.
"Fuh! berdamage sungguh! ah~ hati aku.. senyum lagi please aku nak gamba-"
Buk! dan kepalanya ditumbuk.
"Oww!"
Terus saja y/n mempercepatkan langkahnya ; meninggalkan Gojou Satoru dengan benjolan kecil dikepala.
"yyy/nnnnnnn" panggil Gojou dibelakang. Berlari anak dia mengejar y/n namun si gadis itu langsung tidak menoleh mahupun menyahut.
"Ala janganlah palau aku ><"
"..."
"y/nnnn"
"..."
"y/n y/n!"
(╬° ー °)
"y/n y/n y/n y/n!"
(╬╬° ー °)
"y/n y/n y/n-"
"APA?!" Fedup y/n dibuatnya. Apa Gojou ni budak lima tahun? soalnya dalam hati.
"Hehe^^ layan pun~"
Y/n terus menggulingkan matanya. Menyampah betul dengan kawan sekelasnya yang berambut putih ni. Makin dilayan, makin menjadi-jadi.
"Fuh- sexy do kau guling mata. cer buat lagi sekali" Kata Gojou selamba.
"Gi mati" balas y/n lalu mengeluarkan pedang darahnya.
Everyone, doakan keselamatan Gojou.
TBC
@edited
For reader lama, aku tak tukar banyak pun. Maybe. Scene lama aku biarkan but ada sesetengah ayat tu aku tukar ngan ayat lain bagi menyodapkan pembacaan. Kemungkinan juga ada scene baru k, mungkin ya mungkin.
YOU ARE READING
𝐇𝐈𝐒 | ɢᴏᴊᴏᴜ ꜱᴀᴛᴏʀᴜ x ʀᴇᴀᴅᴇʀ [HEAVILY EDITING]
Fanfiction"Cuaca sekarang baik. Lagipun, kat sini tak banyak sumpahan berbanding di Tokyo. DAN YANG PALING PENTING! y/n pakai bikini" bisik Gojou pada ayat yang terakhir. "Kau seyes ah..?" ___ [ ON-EDITING for real this time] [ Malay Fanfic ー contain spoiler...