BAM!
Pintu kelas muzik dimana Riko berada dibuka kasar oleh Gojou. "AMANAI!" Jeritnya, dan kesemua yang berada di dalam kelas itu terus memandang kearahnya dengan riak terkejut.
"Ehhhhhhhh?!" Habis riuh semua yang ada didalam kelas. Guru muzik mereka juga sampai tidak berkelip mata melihat Gojou di daun pintu. Riko pula sudah bertepuk dahi menahan malu kerana menjadi pusat perhatian.
"Riko, boyfriend kau ke tu?!"
"Tingginya dia!"
"Buka kaca mata sikit!"
"Kitaorang nak tengok muka!"
Maka dengan itu Gojou membuka kaca matanya sambil membuat muka hensem.
"KYAAAA!!"
"HENSEMNYA!!"
"HOTSS"
Habis berfangirling classmate Riko setelah melihat kekacakkan Gojou Satoru.
"Okay semua diam! Melalak macam anjing, buat malu je" Kata guru muzik mereka yang kini sudah bercekak pinggang. Satu keluhan ia lepaskan sebelum berjalan mendekati Gojou. "Sepatutnya awak tak boleh main terjah je masa class, kena buat appointment kat pejabat sekolah dulu. Apa-apapun ni number saya-"
"HA!?"
"MANA BOLEH MACAM TU SENSEI!"
"Sensei lagi tua!"
"Diam! engkorang fikir senang ke nak cari jodoh bila dah tua cenggini?"
Bertambah-tambah riuh kelas tersebut. Masing-masing tidak berpuas hati dengan guru muzik mereka yang sudah mengambil langkah pertama. Dan pada akhirnya mereka di diamkan oleh satu suara baru.
"Lelaki ni tak available" celah y/n sambil memandang kesemua gadis-gadis itu dengan pandangan tajam sebelum menjegilkan matanya kearah Gojou.
"Y/n-chan~?" Gojou sudah menyengetkan kepalanya sedikit, tersenyum sinis pabila melihat reaksi y/n. Y/n pula membalas sengihan Gojou itu dengan memutarkan bola matanya.
"S-siapa tu?"
"Girlfriend dia ke?"
"Aura dia lain macam!"
"Nape yang hensem semuanya dah taken??!"
Mendengar saja perkataan girlfriend dari salah seorang pelajar itu, Gojou terus tersenyum-senyum sambil menganggukkan kepalanya sebagai tanda betul. Gojou kemudian melirik kearah y/n yang kini sudah memberikannya pandangan maut.
"Heh simpan sikit tangan tu y/n-chan. Aku gurau je" katanya setelah melihat buku lima y/n.
Y/n melepaskan satu keluhan kecil lalu memberi signal kepada Gojou untuk maju. Gojou yang faham akan maksud signal tersebut terus menarik baju Riko dan mengangkatnya keluar daripada kelas, sementara y/n mengejarnya dari belakang.
"OI aku kata jangan mucul kan?!" Marah Riko pabila Gojou dan y/n menganggu sesi pembelajarannya.
"Kita diserang" singkat Gojou memberikan informasi.
"Dan kita akan terus balik ke Jujutsu High. Kau taknak kawan kau terlibat kan?" sambung y/n dengan nada yang serius. Riko sudah mengetap bibirnya lalu menunduk bawah. Setelah itu, dia pun mengangguk perlahan.
Setelah beberapa minit berlari, mereka berhenti diatas sebuah bangunan. Tenang saja Gojou dan y/n memandang sumpahan-sumpahan yang berada di hadapan mereka, sementara Riko sudah ketakutan.
"I see.. dua tiga empat.. semuanya sama. Shikigami ke?" gumam Gojou lalu tersenyum sinis.
Y/n terlebih dahulu membaling pedang sumpahannya pada sumpahan-sumpahan tersebut namun pedangnya itu tidak memberi kesan pada mereka. "Rasanya bukan"
(an : shikigami ialah familiar curse. cek gugel kalau taktau )
"Sumpahan tu tak hilang?! habistu mana satu yang real?" Riko sudah mula panik pabila pedang darah y/n tidak berjaya menumpaskan musuh mereka.
"Bukan shikigami. Itu clone.. dan mereka semua real" kata Gojou dan mengambil beberapa langkah kehadapan, membiarkan y/n menjaga Riko dari serangan lain.
Bahu kanan Riko dipegang lembut oleh y/n. "Jangan risau. Satoru kuat" katanya.
Dan tepat sekali dengan apa yang dikatakan, tidak sampai lima minit kesemua sumpahan itu sudah habis ditewaskan oleh Gojou Satoru. Terus sahaja si albino itu melihat y/n dengan pandangan 'pujilah-aku'. Jika diperhatikan betul-betul, boleh nampak hidungnya kembang 5 cm.
"Ya ya.. kau hebat"
"Hehe ^^"
"Alamak!" Jeritan Riko berjaya menarik perhatian Gojou dan y/n. Dengan mata yang membulat, Riko menunjukkan telefon bimbitnya kepada mereka, gambar Kuroi yang kini diikat dengan tali.
"Kuroi dah ditangkap!"
BONUS
"Mari jumpa Suguru" Kata y/n. Belum sempat y/n membuka langkah, dia dihentikan oleh seorang lelaki berbadan sasa. "Uh.."
Terus saja Gojou berdiri dihadapan y/n, melihat lelaki berambut hijau itu atas dan bawah. "Ya bro?" soalnya, memandang lelaki itu dengan pandangan curiga. Siapa saja yang kehulur-kehilir membawa tiga pedang? Hm, sangat mencurigakan. Sekali lagi Gojou bertanya, "Apehal?"
"..."
"...?"
"..."
"...???"
"...Dimana laut?"
TBC
@edited
YOU ARE READING
𝐇𝐈𝐒 | ɢᴏᴊᴏᴜ ꜱᴀᴛᴏʀᴜ x ʀᴇᴀᴅᴇʀ [HEAVILY EDITING]
Фанфик"Cuaca sekarang baik. Lagipun, kat sini tak banyak sumpahan berbanding di Tokyo. DAN YANG PALING PENTING! y/n pakai bikini" bisik Gojou pada ayat yang terakhir. "Kau seyes ah..?" ___ [ ON-EDITING for real this time] [ Malay Fanfic ー contain spoiler...