- 02

1.3K 132 19
                                    

[ Seterusnya, di daerah Shizuoka, bandar Hamamatsu — berlakunya letupan yang misteri di kawasan tersebut tengah hari tadi. Adakah itu semua berpunca daripada masalah paip yang lama atau sebaliknya? Hal ini masih lagi menjadi tanda tanya semua dan pihak polis masih.. ]

Kuat saja suara pemberita dari kaca TV kedengaran.

Duduknya dihadapan Masamichi Yaga ialah pelajar second year Jujutsu High dengan susunan dari kiri ke kanan ; Shoko, Y/n, Gojou dan Getou. Keempat-empat mereka kini duduk melutut di atas lantai.

"Ada yang kata nak letak screen..." Yaga mula membuka bicara dan keempat-empat kepala dihadapannya pun mula tunduk memandang lantai.

"eh eh lipas"

"Satoru shh-"

"..kemudian dia tinggalkan pembantu manager dan lupa letak screen" sambung Yaga lagi sambil memandang tepat kearah satu-satunya albino disitu.

Gojou yang merasakan jelingan itu terus berdehem dan mengangkat tangan kanannya dengan sopan. "Sensei, saya rasa tak baik tau kita main tuduh-tuduh" ujarnya. Namun, Shoko, y/n dan Getou terlebih dahulu menundingkan jari kearahnya.

Terus muncul urat dikepala Yaga. Tangannya pula digenggam kuat akibat geram dengan pelajarnya yang berambut putih itu. "Kau rupanya.."

Dan BUK! Untuk yang ke sekian kalinya, kepala Gojou dipukul atau lebih tepat lagi ditumbuk oleh guru mereka.

'Oh patutlah y/n suka tumbuk kat kepala orang' bisik hati Getou sambil melihat penderitaan kawan baiknya itu. Silap hari bulan, boleh amnesia Gojou dibuatnya.

Untuk pengetahuan, y/n dan Yaga sangatlah rapat. In fact, Yaga lah yang menjaga y/n sejak umurnya sepuluh tahun lagi. Jadi tidak hairanlah kalau tumbukan padu Yaga itu diwarisi oleh y/n.

Setelah itu, Yaga keluar daripada kelas tersebut dan dibelakangnya terdapat y/n yang membontoti langkahnya - meninggalkan Gojou, Shoko dan Getou sendiri disitu. 

"Perlu ke screen tu? Bukannya orang biasa boleh nampak sumpahan tu pun" kata Gojou, ingin cuba untuk men'defend' dirinya.

Kini, mereka bertiga duduk disatu meja.

"Mestilah. Kalau ada yang nampak, nanti jadi kecoh. Sebab tulah kita kena tutup dengan screen" jawab Getou, menjelaskan bahawa pentingnya kegunaan screen ketika menghapuskan sumpahan.

Gojou berdecit. "Buat apa nak jaga orang lemah?"

Terus saja nada Getou bertukar serius. "Satoru.. shaman wujud untuk lindungi non-shaman"

"Hehh.. nak jadi baik hati lah ni? aku bencilah benda tu" balas si albino sambil tersenyum sinis.

"Hah?" Getou sudah memandang mata biru Gojou yang berlapikkan kaca mata hitam itu dengan tajam. Dilepaskan sedikit aura tenaga sumpahannya.

Gojou juga membuat hal yang sama.

Shoko yang menjadi pemerhati sudah memandang mereka berdua silih berganti. 'Mana y/n bila kita perlukan?!!' bisik hatinya. Dan akhinya, dia mengambil keputusan untuk lari mencari y/n.

"Mari kita pergi kat luar, Satoru" kata Getou dengan senyuman.

"Hehh kau sorang je?" balas Gojou sambil tertawa sinis.

KEDEPAK!

Pintu kelas dibuka kuat oleh y/n.

"??"

"hehe ^^"

"Hi y/n ^^"

Y/n terdiam sejenak pabila melihat mereka berdua yang entah mengapa duduk dengan begitu sopan sekali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Y/n terdiam sejenak pabila melihat mereka berdua yang entah mengapa duduk dengan begitu sopan sekali."Um.. mana Shoko?"

"Entahlah~" jawab Getou.

"Tandas kot~?" sambung Gojou dengan nada yang sama.

"Err.. apa-apa pun Yaga-sensei ada misi untuk korang berdua"

Mendengar sahaja perkataan 'berdua', terus kedua-dua nya membuat muka menyampah.

Mendengar sahaja perkataan 'berdua', terus kedua-dua nya membuat muka menyampah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terangkat terus sebelah kening y/n. "Asal muka korang camtu?" soalnya.

"Takde pape^^"

Tanpa melengahkan masa, y/n menerangkan format dan tujuan misi mereka. Ia berkaitan dengan Master Tengen yang memerlukan vessel star plasma. Kini, keberadaan vessel itu sudah pun heboh dikalangan ahli jujutsu lain. Jika vessel itu jatuh ditangan yang salah, boleh jadi bencana.

"...dan aku akan ikut sekali misi ni" akhir kata y/n.

Riang terus si albino itu pabila mengetahui gadis kegemarannya akan turut serta. "Nice!"

"Benci sangat ke kau kalau kita berdua je, Satoru?" Kata Getou.

"Apa-apa pun. Misi ni penting untuk master Tengen, sekolah ni, dan termasuklah keselamatan dunia. Kalau gagal, habislah kita" sambung y/n.

"Come on.. ni Gojou Satoru lah. Takkan gagal punya" yakin saja Gojou berkata.

"Well, aku harap kau tak lupa lagi letak screen" celah Getou.

"HUH?!"

Y/n hanya mampu tersenyum melihat mereka berdua. Mungkin dia terlalu overthinking, tapi jauh disudut hatinya, ia tidak dapat menepis perasaan kurang senang.

'Harap-harap misi ni berjalan dengan lancar'

TBC

Star Plasma tu ada dalam badan sorang perempuan ni, that's why dia dipanggil star plasma vessel. Macam sukuna dan itadori. Itadori dipanggil 'vessel sukuna' sebab dalam badan dia ada sukuna. get it?

Dan kalau tertanya-tanya siapa Master Tengen ni, dia yang buat barrier diseluruh sekolah jujutsu tu. Boleh rujuk pakcik google dan abang Wikipedia dengan lebih lanjut.

@edited

𝐇𝐈𝐒 | ɢᴏᴊᴏᴜ ꜱᴀᴛᴏʀᴜ x ʀᴇᴀᴅᴇʀ [HEAVILY EDITING]Where stories live. Discover now