Empat puluh tujuh✨

7.1K 222 0
                                    

Sarah mengusap perutnya itu.Sedar tak sedar kandungan anak dia dan Adam sudah 9 bulan.Tinggal masa sahaja untuk dilahirkan.Sarah berjalan perlahan duduk di atas sofa.Dia menunggu Siti datang kerana kata Siti hendak membawanya jalan-jalan di taman bersama.Awalnya Adam berat hati untuk membenarkan isterinya itu keluar walaupun taman yg mereka pergi itu tidaklah jauh dari rumah tapi Adam mampu pasrah kerana isterinya nak sangat keluar.Dia pun membenarkan Sarah keluar tapi dengan syarat wanita itu perlu menjaga diri.

Ding dong

Loceng rumah berbunyi dan Sarah mula berjalan membuka pintu.Terlihat Siti yg baru sampai bersama bakul berkelah di tangan

"Dah sedia Sarah ?"-tanya Siti teruja

Sarah tersenyum dan mengangguk.Mereka mula berjalan keluar dari rumah sambil memegang tangan

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

"Aku rasa tk sedap hatilah Khai..."

"Kenapa ni Dam ?"

Khairul berjalan ke arah Adam yg elok bersandar pada dinding pejabatnya dengan berbaju kemejanya

"Aku rasa mcm ada something akan berlaku..."-kata Adam

"Ish kau jangan.Kata-kata satu doa.Siti ada tau dengan Sarah jadi kau jangan risaulah"-kata Khairul

"Setakat Siti tu.Apa dia boleh buat ? Dia pun perempuan juga"-kata Adam

"Kau jangan pandang remeh perempuan aku.Kalau kau nk tahu dia pandai bertaekwondo tau"-kata Khairul

Adam mengangkat kening

"Mana kau tahu ?"-tanya Adam

"Taulah hari tu aku peluk dia,terus dia belasah aku.Huhu sakit woo ada bekas lagi.Kesian aku.Tunang sendiri yg hensem yarobbi ni di tumbuk"-kata Khairul menunjuk bekas merah di pipinya yg masih kelihatan

"Hahaha aku ingat tu bekas kau langgar pintu"-kata Adam tertawa kerana dia masih ingat dahulu Khairul seorang yg cuai dan diboleh katakan nerd.Dia pun tk faham kenapa dia kawan dengan nerd.Dia fikir nerd tk banyak cakap tapi membebel mengalahkan ibunya ada lah.Tak habis fizik,kimia,sains dan sejarah.Memang tk lah dia nk dengar.Baik dia habiskan masanya yg 'lebih' berfaedah dengan mengusya gadis pujaannya itu.Siapa lagi kalau Putri Nur Sarah

"Ha ye lah.Aku tau dulu aku selalu langgar barang je.Bukan sengaja.Kau tahukan cermin mata yg bapak aku bagi tu besar sangat sampai aku jadi tk nampak jalan"-kata Khairul

"Heh alasan"

Khairul hanya menjeling Adam.Adam tahu lelaki itu berkata 'Tak percaya sudah'.Tengok reaksi Khairul pun dh tahu

"Kau ni lemah betul.Dengan perempuan pun kalah"-kata Adam

"Ye lah perempuan kan nk menang je"-kata Khairul

"Wow kau berani cakap eh.Aku dh rakam ni nnti aku hantar kt Siti kau tu"-kata Adam

"Eh janganlah bro.Apa ni ugut-ugut !"

Khairul cuba merampas phone Adam tapi Adam selamba sahaja mengelak dari Khairul sambil tersenyum sinis

"Lembap betul kau ni"-kata Adam

"Tak guna kau dam.Aku dpt tahu kau hantar rakaman tu kt Siti,siap kau"-kata Khairul

"Ala relax lah.Aku gurau je...aku takkan buat mcm tu kt kau...seperti yg kau cakap,tak boleh bergurau ke ?"

Khairul terdiam tapi beberapa saat senyuman manis terukir di bibirnya.Ternyata Adam masih mengingat ayatnya dahulu.Lelaki itu betul-betul sudah berubah.Mungkin sebb nk jadi papa kot ?

"Thank you bro"

Adam tersenyum tipis dan terus Khairul menepuk bahu Adam

"Jom lah aku belanja ais batu campur tepi jalan sana"

"Baiknya kau ni"-kata Adam

"Aku memang baik pun dari dulu"-kata Khairul tertawa.Adam menjeling tapi tk lama kemudian dia turut tertawa.Dalam hati sebenarnya dia gelisah.Entah kenapa hatinya rasa tak sedap sahaja

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

"Sarah jom duduk sana !"-ajak Siti menarik tangan Sarah lembut duduk di sebelah buaian.Sebelum duduk dia sudah sedia membentangkan kain picnic yg dibawanya itu

Sarah hanya mengikut langkah Siti dan perlahan-lahan duduk pada kain itu.Siti ikut duduk dan mengeluarkan bekal makanan untuk mereka

"Taman ni sunyi"-kata Sarah melihat sekeliling

"Yes.Ni kan weekend tapi aku tak faham kenapa suami kau tu sibuk kerja.Isteri dah nk melahirkan pun still dengan kerja ! Tak bertanggungjawab betul !"-ketus Siti

"Tak ada apa lah Siti.Sarah tk kesah pun sebenarnya.Siti dh ada teman Sarah.Lagipun Sarah faham Abg Adam sibuk bekerja"-kata Sarah

"Sibuk,sibuk dh buat tk reti tanggung !"-marah Siti

Sarah hanya tertawa kecil

"Oh ya.Siti bila kahwin ?"-tanya Sarah

"Lepas kau selamat melahirkan anak dan habis pantang mengandung kau"-kata Siti

"Tapi..lambat lagi tu"-kata Sarah

"Tak pe lah.Okylah tu.Takkan aku nk biarkan kawan baik aku kt hospital masih terlatar ?"

"Kalau Siti nk kahwin cepat,kahwin lah"-kata Sarah

"No,no.Aku nk kawan baik aku ada dalam majlis aku nnti"-kata Siti

"Tapi kesian Khairul tu"-kata Sarah

"Kenapa dengan dia ?"

"Dia tak sabar tu"-kata Sarah membuat wajah Siti memerah

"Bi-Biarlah dia !"

Sarah hanya tertawa melihat wajah Siti yg memerah itu.Siti pula tersenyum tipis

"Sebenarnya aku rindu.Kau ingat tak dulu-dulu kita selalu picnic kt kampung ?"-tanya Siti

Sarah terdiam sesaat tapi dia mengangguk tak lama kemudian.Dia masih ingat mereka picnic di sebelah air terjun atas bukit rumah Mak Rokeah.Hari itu adalah hari paling indah.Mereka berenang bersama,melihat awan bersama,bercerita tentang apa yg mereka buat dh besar nanti dan berjanji akan bersama susah senang bersama kerana mereka kawan baik.Tak ! Mereka sudah seperti keluarga bagi Sarah

"Aku masih boleh dengar tawa kita tergiang-giang.Rindu sangat.Masa tu ada kau...aku..dan--"

Buk !

"Si-Siti ?!"

Sarah kelam kabut melihat ke arah Siti yg pengsan di sebelahnya itu.Dia cemas.Dia mengeluarkan phone untuk membuat panggilan.Baru sahaja dia hendak mendail nombor suaminya itu,tiba-tiba ada pisau yg betul-betul berada di sebelahnya.Sarah tidak sempat memandang siapa org itu kerana mulutnya ditekup org itu.Matanya kabur dan dia hanya memikirkan seorang sahaja saat ini

"A-Adam..."

Bidadari Milik Dia (Tamat)Where stories live. Discover now