PROLOG

138 8 11
                                    

Hadir engkau membawa sinar,
Namun aku tahu ia hanya sementara,  keegoan aku tanam dalam jiwa.

Perpisahan menjadi galang ganti setiap kedukaan,
Kedukaan yang membawa kegembiraan. Akhirnya terlerai jua.

▪▪▪▪

"Kamu dan segala kenangan menyatu dalam waktu yang berjalan. "

▪▪▪▪

Suasana hujan pada petang itu betul mengamit hati aku,  tidak aku sangka sejak perpisahan antara aku dan dia berlaku, terlalu banyak yang aku lalui sendiri.

Menyesal,

Serba salah,

Kecewa.

Ketiga-tiga perkara itu telah ditanam menjadi satu, hidup tak kalanya kau akan berada di atas malah,  kau juga akan jatuh jika kau tersilap langkah.

Perut yang sudah membusung besar aku usap.  Semoga anak mama sentiasa berada di dalam jagaanNya...

Air hujan yang turun dengan lebatnya aku amati. Terasa kosong...  sudah kering air mata dek menagis setiap saat, setiap masa.  Kenapa hidup terlalu sukar?

Kalau aku tahu begini rasanya... tak akan aku buat keputusan terburu, ikut perasaan. Mengigati itu air mata deras turun walau,  menagis sebanyak mana pun ia tak akan mampu merubah.

Tidak ada yang lebih pedih daripada kehilangan dirimu...

Lagu yang dimainkan di corong radio benar-benar membuat aku tersentuh.

Cintaku tak mungkin beralih sampai mati hanya cinta padamu...

Tapi beza pada aku, cinta?  Pfttt...  cinta ke kau Rana?  Cuba kau fikir balik layanan kau pada dia?  Macam itu cinta?

Cinta bukan hanya berlandaskan perkataan mahupun,  nafsu tetapi... cinta berlandaskan hati, hati yang ikhlas. Bila mana dia mampu membimbing kau menjadi lebih baik itu adalah sebenar-benar cinta.

Walau masih bisa senyum namun tidak selepas dulu kini aku kesepian.

Cukup sampai sini aje, makin dengar makin terbawa-bawa pula. Kesian anak mama nanti ya...  jangan bila keluar nanti asyik menagis sudah, boleh pengsan mama.

"Rana. Tak tidur lagi? " Suara lembut menyapa gegendang telinga, kepala menoleh ke arah suara tersebut. Senyuman nipis terlakar.

"Belum,  tak mengantuk."

"Not good for your baby... kenapalah ibu mengandung ni degil. "

"Amboi!  Balik-balik aje terus membebel..." tangan sudah aku tekup pada telinga, bingit kalau Alma memulakan mukadimah.

"Tengok tu...  degil! Orang cakap tutup telinga haihlah,  aku harap anak kau tak degil nanti.  Kalau tidak,  jenuh mahu melayan kedua sekali. "

"Tak mahu layan kami tak kesah pun... kan baby" sesambil itu,  tangan aku mengurut perut yang berbukit. Setiap kali menyentuh pasti akan ada tendangan.

"Baby nanti pesan kat mama jangan banyak bergerak okey?" Tangan Alma juga memegang perutku.  Kebiasaan kami jika Alma balik kerja pasti dia akan berbuat demikian.

Selepas sembang kosong Alma memulakan tugas memasak. Ada perkara yang ingin aku bertanyakan tapi...  aku takut Alma masih dengan keputusan dia.

"Alma. " Namanya aku seru lemah.

"Ya, Rana? Kalau kau nak tanya pasal dia aku tak ada jawapan. Please Rana almost 6month korang bercerai. Kalau kau nak rujuk sekalipun, macam mana? Dia dah pergi."

Penat, hampir setiap hari dia kena menjawab pertanyaan sebegitu.  Hatinya juga turut terkesan, apa boleh buat Rana juga silap dalam hal ini.

"Tapi Alma tak ada peluang ke?  Aku juga mahu membesarkan anak aku dalam keluarga yang lengkap.  Tak boleh ke Alma? " Air mata kembali menemani aku.

"It's not about boleh ataupun tak. It's about kau dan dia, kita tak boleh buat apa Rana melainkan berdoa dan terus berdoa... "

Telinga sudah lali mendengar jawapan Alma. Tiap kali ditanya, tiap kali itu juga jawapan yang sama aku terima. Nampaknya memang tiada ruang aku dan dia menyatu.

'It's okey baby... If baby tak dapat jumpa papa, mama kan ada. '

Hati dipegut sayu dengan bicara sendiri. Baby ada mama, mama akan protect baby even mama mati sekalipun.

Bahu diusap oleh Alma.

"Jangan risau... tak ada dia pun,  aku akan jaga kau dan baby,  tak nak lah nagis..." tipu kalau kata tak tersentuh dengan setiap bait perkataan itu.

Tubuh badan itu aku dakap.  Ya Allah terima kasih kau hadirkan dia dalam hidupku...  dia sangat istimewa Alhamdulillah.

"Aku janji Rana.  Aku akan jaga kau dan baby... biarlah aku tak kahwin sekalipun,  asalkan korang tetap dengan aku... "

"Alma, dah banyak kau berkorban... you do the best.  Alma lepas aje baby ni lahir aku janji aku tak ganggu kau... "

"No!  Selagi tak ada yang jaga kau, kau bawah tanggungjawab aku.  Faham?" Bahu aku ditolak perlahan. Matanya memandang mata aku. 

"Thank you! Kau jaga aku,  aku jaga kau baru fair" bergema ruang tamu dengan gelak ketawa kami berdua.

"Aku bersyukur dapat jadi kawan kau... "

"Aku pun... "

Tiba-tiba perut aku terasa seperti perit, sakitnya membuatkan aku tertunduk. Segera tangan dibawa ke bawah perut.

"Rana kenapa ni? " Suara cemas Alma hanya kedengaran sipi-sipi sahaja, kesakitan membataskan segalanya.

"Sa-kit... " terketar-ketar aku menuturkan ayat.

"Rana... ya Allah! " Terkejut Alma apabila melihat darah pada kain yang dipakai oleh Rana.

"Sa-kit... "

"Bertahan Rana, bertahan... " Alma terus berlari mencapai telefon bimbit, nombor kecemasan segera didail.

'Biarlah aku yang pergi jika itu mampu mengembalikan dia kepada aku, aku sudah bersedia... Qutzam baliklah... saya perlukan awak, baby pun. '

Dalam kesakitan yang aku rasai, aku tetap memikirkan dia. Padahal segala punca yang terjadi disebabkan diri sendiri. Mata mula memberat padangan kabur dan akhirnya...

"Rana! "

Buat Qutzam, ke mana pun engkau... aku harap kau baik-baik sahaja, aku berharap dapat jumpa kau. Walaupun,  hanya sekali...

Setelah lama senyap,  saya baru keluarkan prolog.  Bab sebelum ni saya tak jamin masih sama... sebab terfikir nak buat yang baru.

Jika bab ni ada kesalahan tegurlah ya.

2.1.2021

RANA RAFANDAWhere stories live. Discover now