HARI ini adalah hari di mana misi akan dijalankan. Rasa macam terpaksa sangat, bukan mudah nak paksa diri untuk buat benda tak minat. Tapi apakan daya demi menyenangkan hati kawan dan supaya dia orang puas hati.
"Rana, bersedia ke?" Bagai baru terbangun dari mimpi aku menoleh ke sebelah. Muka cantik Alma menghiasi retina mata.
"Tak. Kau?" Tiada mood aku nak bahas bab ini, rasa jiwa meronta suruh jangan lakukan. Tapi otak seolah menolak sekerasnya, otak masih berfikir pandangan mereka.
"Mestilah tak juga, aku tu dahlah anti sangat dengan mamat tu, bukan senang tiba-tiba nak buka hati. No I mean buka hati jalankan misi." Amboi belum mula dah tersasul. Aku hanya tertawa kecil.
"Eh... tersasul eh... macam nanti betul-betul ada bunga-bunga cinta gituw!" Saja aku membuat situasi tidak canggung.
"Main-mainlah kau Rana. Jangan nanti kau pula terjatuh cinta dengan ehem...ehem." Terbeliak mata aku, pantas tangan menampar peha Alma.
"Jangan eh... tak kuasa aku." Aku dengan dia? Takut... boleh gila aku rasa kalau aku dengan dia, baru sehari dah minta putus.
"Ala... selalu yang taknak tulah dapat."
"Haha.. kau cakap je orang, kau pun sama eh. Kita tengok ajelah siapa yang akan jatuh cinta dulu, aku boleh jamin aku tak." Dengan bangga aku melontarkan ayat itu.
"Hmmm... dah lah, tak payah yakin sangat." Alma membuat muka meluat dan berjalan mendahului aku.
"SEDIA?" Soalan bodoh, mantap!
"Tak ada soalan lagi bodoh ke nak tanya? Kau nampak kita orang ni macam sedia ke?"
"Ala... rilek Rana, nah kitkat." satu paket kitakat yang belum terbuka lagi dihulurkan.
"Taknak! Herghh..." Aku mendegus kuat. Macam bodoh, orang tengah sakit hati lagi nak bergurau tapi malang hambar.
Sedang asyik aku melayan perasaan tiba-tiba bahuku dirempuh dengan kuat dari arah sebelah kanan menyebabkan aku hampir mencium lantai. Tapi nampaknya aku bernasib baik kerana hanya mencium badan hamba Allah... ingin aku berterima kasih kepada dia kerana telah lalu dikawasan ini.
"Terima ka-" belum sempat aku menghabiskan ayat kedengaran siulan maha hebat tepat ke gegendang telinga.
"Amboi sweetnya... pasangan baru kahwin." Akibat kepelikkan aku memandang gerangan yang baru sahaja menolong aku tadi, bagaikan biji mata mahu tersembul melihat manusia itu. Ini bukan bernasib baik tapi nasib malang. masa-masa begini pula nak lalu sini tempat lain ada sini juga nak jalan.
Baru sahaja kaki melangkah meninggalkan koridor tersebut, tanganku ditarik lembut dan berbisik berbunyi... "Bila nak jalankan misi? Peluang jangan dipersiakan." Terkedu sebentar boleh pula terlupa hal yang satu itu, padahal tadi ingat aje. Tak boleh jadi aku kena juga buat misi ni, mana boleh gagal.
Qutzam sudah jauh berlalu aku kejar. Nampak tak, gigihnya seorang Rana Rafanda demi misi. Heels berdetak-detak mengejar langkah besar lelaki itu, aduh... letih siot kejar gajah berbentuk manusia ni... kalau pakai dress maun terselak tunjuk free show karang. Disebabkan nafas aku dah tercungap macam nak mampus baru otak suruh panggil dia aje. Kadang teruk juga otak aku.
"Qutzam!" Laungku tapi dia hanya menonong aje.
"Qutzam! Woi!" Ya Allah... letih menjerit dia langsung tak ada niat nak pandang. Sudahlah kesabaran aku senipis kulit bawang dia boleh buat tak layan. memang minta penampar aku rasa.
"Qutzam Qhaulalhaq! Rana Rafanda panggil ni!" Jeritku dengan lantangnya sehingga semua penuntut yang berada di situ memandang sebal. Kesah pula aku, mereka memang tak suka aku, jadi let's do it whatever we want arrr gituw!
KEPALANYA terus berpusing akibat jeritan yang maha hebat itu, kalah zoo negara. Kelihatan gadis gedik itu menghampiri dirinya dengan wajah ceria. Rasanya bukan kali pertama wajah minah tersebut menunjukkan kedua lekuk di kiri dan kanan wajahnya. Manis itu ada tidak dinafikan namun dia lebih tahu muslihat gadis itu, mana tidaknya sekolah rendah sampai menengah dia dijadikan 'pemuas misi'.
"Yes, miss?" Tanya dia dengan kening yang terjungkit.
kerek!
"Hmmm... kau dah assignment haritu?" Tiba tanya pasal assignment insaf ke misi baru? dia kena hati-hati.
"Dah, why?"
"Nak pinjam boleh? sebab aku tak siaplah..."
Tangan disilangkan pada dada, pandangan atas bawah dia berikan disertakan dengan gelengan. Cantik tapi sayang pemalas nak mampus.
"Apa tujuan kau sambung study eh?" Pertanyaan itu betul-betul menyesakkan aku. Jawapan apa patut aku kasi ni...
"Lah... baru sekali, bukan aku pernah minta pun kan..." Memang betul kali ini aku tak siap pun sebab terlalu fikirkan benda ni. Salah aku, alang-alang misi baik aku ambil kesempatan sikit. sikit aje bukan banyak pun...
"Entah... buatlah sendiri, aku bukan kuli kau." Dia terus berjalan meninggalkan aku seorang diri walaupun ayatnya berbekas tapi misi harus diteruskan. Mati juga aku kalau tak siap. Kali pertama aku buat hal tak siapkan menyesal!
"WHO did not send the assignment given after tomorrow do not ask why your maks are empty. Think about it!"
Shit!
Zap!
Pandangan mataku tepat memanah ke arah Qutzam, masalah kenapalah aku tak sama kelas dengan Qisya, Alma dan Fira, kalau tidak boleh tiru. Balasan daftar last minute.
Tak apa, sekejap lagi memang aku terus aje pergi minta dekat dia, harap dia lembut hati nak bagi pinjam. Aamiin!
28.5.2021
Jumpa next bab bye!
YOU ARE READING
RANA RAFANDA
Romance"Semoga awak bertemu orang yang lebih baik dari saya." - Qutzam "Kau tahu, tanpa kau aku lebih bahagia." - Rana "Rana, aku lepaskan kau. Pergilah mencari kebahagian yang kau inginkan." - Qutzam _____________________________________________ Mungkin...