BAB 3

62 6 36
                                    

"SUDAHLAH Rana tak payah nak menagis sebab jantan kaparat tu!" Setelah sahaja aku melepaskan segala emosi di bus stop terus aku menghubungi mereka ingin bertemu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SUDAHLAH Rana tak payah nak menagis sebab jantan kaparat tu!" Setelah sahaja aku melepaskan segala emosi di bus stop terus aku menghubungi mereka ingin bertemu.

"Macam mana aku tak sedih semua benda kami lalui bersama." Hingus yang meleleh aku hembus pada tisu. Mata sudah sembap dek terlalu banyak menagis.

"Aku kata dah kau patut letak garisan antara kau dan dia. Ini kau main redah aje jadi terima ajelah." Semakin serabut aku rasa bila meluahkan kepada mereka.

"Korang, kenapa cakap tak serupa bikin. Rana tengah sedih bagilah kata semangat. Bukan down-kan dia lagi." Terharu pula aku dengan si Alma.

"Ha, dengar tu." Aku saja ingin mengapi-apikan.

"Bukan tak pernah nasihat, nasihat pun bukan nak dengar pun. Makin menjadi adalah tengoklah, berapa kali entah tukar partner." Betul juga apa Qisya cakap, bukan mereka tak pernah nasihat. Aku aje degil.

"Kalau dia taknak dengar biarlah. Asalkan kita dah bagi nasihat."

"Eh, Alma kitaorang lupa nak tanya." Dah rasa diri kalah mungkin sebab itu tukar topik.

"Apa?"

"Apa jadi dengan pak ustaz yang kau duk puja tu?" Melihat aje air muka Alma, tahu sangat apa yang jadi.

"Entahlah... tetap sama, tak ada perubahan masih sama taknak pandang aku..."

"Itu aku cakap, tak kuasa pak ustaz nak pandang kau... tengoklah diri tu, pakai terdedah sana, terdedah sini. Pak ustaz ni dia suka jenis bertutup-litup. Bukan macam kita, sebab itu aku kata sebelum nak suka seseorang tengok pada diri. Kau pun Rana!"

Haih... bila Fira start mukadimah aku rasa macam malas sangat nak dengar, macamlah kami berdua ni boleh sekat perasaan kami dari suka orang. Dia pun begitu, mungkin taknak kami turut sakit macam dia? Entahlah.

"Fira kau dah patahkan semangat aku!"

"Bukan patahkan semangat, tu suruh kau sedar diri. Ha! Korang tahukan deal kita? Sejak dulu lagi jangan buat-buat lupa." Aku dan Alma terus mengerutkan dahi tanda kami terlupa sesuatu.

"Eleh... nak mengelaklah tu... jangan harap eh. Rana, Alma dare. Jangan pura-pura lupa. Alma kami bagi masa 4bulan buat ustaz tu suka kau. Tapi takda kan? Rana kau dah break so? Tahukan, bukan kali pertama."

Haih... boleh pula lupa pasal perjanjian persahabatan kami.

"Perjanjian persahabatan!
Rana, Alma, Qisya dan Fira.

Jika Salah seorang daripada kamu menyukai seseorang maka, kamu harus memikatnya dalam masa 4bulan jika result-nya gagal! Kamu harus melakukan dare dari sahabat Yang lain.

RANA RAFANDAWhere stories live. Discover now