BAB 2

47 4 55
                                    

Muka si kacak di sebelah Aku tatap dengan sebelah tangan ditongkat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Muka si kacak di sebelah Aku tatap dengan sebelah tangan ditongkat. Dahinya berkerut mungkin tingkah laku aku sudah tertangkap. Matanya terus dihala menghadap aku, tangannya juga ditongkat.

"Kenapa ni sayang? I kacak sangat eh?" Usikan Joe membuatkan aku tertawa kecil seolah dunia itu hanya ada kami.

"You memang kacak, sebab tu I jatuh hati..." Setelah menutur kata pujian aku segera mengalihkan mata dari terus bertentangan.

"Ala... malu ke?"

"Ehem!" Suara deheman seseorang mematikan lagi sekali drama geli-geli tadi. Aku memandang gerangan tersebut, melihat sahaja wajah itu, aku rasa mahu memijak mukanya.

"Kau nak apa?" Tanya aku dengan nada malas.

"Madam Sara nak jumpa Joe dekat pejabat." Bila kami bertentangan mata dia terus menjeling.

'kau fikir, kau hensem ke nak jeling orang? Dah lah muka macam bangun tidur je.' Ngumpatku dalam hati.

"Sayang I pergi dulu tau, jangan rindu." Aku hanya membalas dengan senyuman manis.

Kepala aku pusing ke arah belakang.

"Ya, Rana?"

"Aku bosanlah korang, kenapa semenjak dua menjak ni selalu sangat madam Sara panggil Joe?" Aku agak was-was dengan perkara ini namun tidak pula aku ingin bertanya.

Mereka bertiga terus menatap aku sambil tersenyum.

"Tak payah fikirlah Rana, mungkin pasal assignment je tu." Pujuk Alma.

"Apa kau ni Alma, cukuplah sentiasa nak jadi positif, bukan sekali dua tau. Banyak kali." Pintas Fira.

"Haaa! Aku tahu, apa kata kita tanya budak Qutzam tu, dia kan semua benda tahu..." Idea bernas dari Qisya membuatkan mata aku menjadi bersinar.

"Okey tunggu jap."

Qutzam yang sedang leka menyiapkan tugasan akhirnya terganggu dengan jeritan nyaring daripada tiga orang gadis gedik.

'Kenapa diorang nak panggil aku?' Getus hatinya. Walaupun dia pelik tetap juga dia memandang gerangan tersebut. Kening dijongket. Isyarat menyuruh dia datang ke sana dihulurkan.

Dengan rasa yang sangat malas dia bangun juga, mungkin ada hal penting yang perlu dia tahu. Sesampai aje di sana dia terus bertanya.

"Apa?"

"Aku nak tanya, kenapa madam Sara selalu panggil Joe?" Rana berdiri di depan Qutzam sambil menyilang tangan.

"Mana aku tahu, aku just sampaikan pesan aje." Baru sahaja Qutzam ingin beredar tangannya terus di rentap oleh Rana.

"Baik kau jujur!" Entah kenapa perasaan Rana seolah Qutzam cuba untuk menipunya.

Tangan yang di rentap oleh Rana tadi, Qutzam rentap kembali agar terlerai pegangan tersebut.

"Aku tak tahu, better kau tanya dia sendiri!" Qutzam segera beredar, bukan boleh caya bahaya minah sorang tu buatnya dia goda aku, mati aku.

Tak boleh jadi, mesti dia tahu tapi dia nak rahsiakan. Apa sebenarnya hubungan Joe dengan madam Sara. Takkan diorang ada hubungan? Membulat mata aku.

"Gais! Kau rasa madam Sara dengan Joe ada hubungan istimewa ke wei?"

"Apa kau merepek Rana. Takkan taste Joe gitu kot..."

"Mana tahu betul." Mood aku terus down
Sampai hati dia, kata Aku adalah yang terbaik.

"Cukup overthinking Rana, nanti kau tanyalah dia. Jangan buat andaian merapu sendiri, lepastu broken tak tentu pasal."

Aku hanya diam, otak seolah tak mampu mencerna apa yang dinasihati.

MEREKA sudah balik, aku masih lagi setia menanti Joe. Aku harus tahu kenapa dia selalu sangat kena jumpa madam Sara . Kalau dalam call semua boleh menipu, kalau depan-depan kita akan nampak jika dia berbohong.

Kelibat yang dicari akhirnya menunjukkan muka. Sudahlah sampai akhir kelas dia masih tak balik dari jumpa madam Sara .

"Sayang!" Langkahnya terhenti dan muka dia agak terkejut melihat aku.

"Buat apa dekat sini?"

"I perlukan jawapan. Kenapa you selalu sangat jumpa madam Sara?"

"Rana... I rasa kita patut hentikan hubungan ini." Membulat mata aku akibat terlalu terkejut. Jantung seperti terhenti, dunia juga turut berhenti berputar.

"What do you mean?"

"Kita putus. I sebenarnya tunang orang, madam Sara bakal mak mertua I, jadi I harap you faham. Cukuplah hubungan kita selama 2tahun ini Rana... I hargai, tapi I tak cintakan you."

Hati aku bagai disiat-siat mendengar segala yang dilontarkan, bukan masa yang singkat 2tahun, 2tahun menjalinkan hubungan tapi...

"Apa? Ingat senang je ke? Kita dah buat macam-macam selama ni then, kau dengan senangnya cakap tak cintakan Aku. Habistu segala layanan kau bagi? Hanya satu penipuan?" Suara aku sudah menunjukkan berangnya.

"You know the lines Rana, kau tahu batas antara kita tapi kau tetap juga benarkan aku sentuh kau. So still aku yang salah?"

PANG!

Laju sahaja tangan aku menampar muka jantan kaparat itu, bodoh! Dengan mudah dia berkata begitu dengan aku.

"Dengar sini, aku tak rugi apa pun bila kau pergi. Kau orang paling tak guna yang pernah aku jumpa. Lega hati aku, sebab bukan aku yang jadi tunang kau yang Malang... dicurangi tanpa disedari. Cau!" Puas hati aku.

Aku terus pergi meninggalkan dia seorang diri. Tipu kalau aku tidak terkesan dengan perpisahan ini. 2tahun bukan sekejap Malah, terlalu Banyak kita lalui bersama.

Langit pun kelihatan sudah gelap menandakan hujan bakal turun. Seiringan dengan perasaan gudah dalam hati. Aku melabuhkan punggung di perhentian bas. Aku rasa terlalu lemah untuk memandu.

"Sayang! Hujanlah nanti demam." Aku hanya menghiraukan, aku terlalu gembira .

"Sinilah join!" Dia tersenyum manis dan menghampiri aku tapi membawa payung. Hilang terus senyuman yang tadi ceria terlakar di bibirku.

Apabila hujan tidak lagi menyingah di kepala, tahulah aku bahawa dia telah memayungkan aku. Kepala mendongak mata bertentangan, senyuman berbalas senyuman.

Air mata menitis untuk pertama kali aku menagis kerana mencintai seseorang yang jelas hanya berpura. Hanya mencintai aku dengan pandangan nafsu bukan pada hati.

 Hanya mencintai aku dengan pandangan nafsu bukan pada hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selamat membaca!
Jumpa next bab.

15.03.2021

RANA RAFANDAWhere stories live. Discover now