BAB 1

69 6 16
                                    


Imbas kembali.

KASUT tumit tinggi yang berdetak-detak membuatkan nafas kami terasa sempit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KASUT tumit tinggi yang berdetak-detak membuatkan nafas kami terasa sempit. Bunyi itu makin lama makin menghampiri.

"Sampai bila kita nak menyorok?" Tanya Alma dalam suara yang ditahan agar tidak terlalu kuat.

"Diamlah, jangan bising nanti kita kena tangkap!"

"Entah, kau ni semaklah..."

"Diamlah! Korang pun sama bising!" Aku pula yang geram bila asyik menyalahkan Alma, sedangkan mereka pun begitu.

Bunyi pintu dibuka, membuatkan peluh tidak berhenti merembes. Kalau buat jahat ni memang takkan hidup aman.

"Cukuplah kamu berempat menyorok! Saya sudah dapat laporan, asyik kerja memonteng. Keluar!" Mendengarkan suara petir dari cikgu disiplin itu terus kami keluar dari persembunyian.

Muka ditunduk takut hendak berbalas renungan...

"Ini bukan kali pertama, apa masalah kamu berempat ya?"

"Saya tak ada masalah dengan cikgu,  bagi aje kami ponteng. Kenapa cikgu perlu sibuk hal kami?" Kini,  suara Fira pula yang memetir.

"Betul tu!  Cikgu tak usah sibuk pasal kami! " Aik... berani betul minah dua ekor ni, aku pula yang terkulat-kulat.

"Amboi, sedap bahasa kamu berdua ye! Eh... kamu berempat saya rasa saya macam nak call ayah kamu semua!"

Alamak! Cikgu ni memang saja buat aku cuak ke apa? Ayah-ayah jangan main takut woi!

"Cikgu benda boleh bincang jangan macam ni..." rayuan daripada Fira hanya dibalas dengan senyuman sinis.  Kurang ajar betul!

"Bilik pengetua now!" Amboi ingat kami takut? Padahal cuak juga tapi masih berdiri tercongok.

"Kamu berempat tak faham bahasa ke? Saya kata pergi bilik pengetua sekarang! " Bergegar sekolah dengar cikgu Zarifah punya menyinga.  Tidak mahu jadi kecoh kami pun ikutkan aja.

"APA nak jadi dengan kamu ni? Fira, Qisya, Alma dan kamu Rana?" Aku masih menunduk, mulut dizip tak tahu reaksi apa yang patut diberi.

"Perlu ke saya maklumkan kepada ibubapa kamu semua?" Hergh... tolong jangan, nak aje aku bersuara tapi nanti nampak macam terdesak takut pula.

"Saya bersyukur, Qutzam melaporkan kepada cikgu disiplin tentang kamu berempat." Kepala yang menunduk terus memanah mata pengetua.

"Qutzam, yang bagitahu?" Aku perlukan jawapan. Mana tahu salah dengar jadi fitnah nanti.

"Ya! Kenapa?" Aku buat tak layan lepastu.

"Amaran terakhir lagi sekali saya dapat laporan memang kena kamu!" Setelah itu kami diberikan arahan untuk keluar.

'Kau memang cari nahaslah Qutzam,  budak sombong bodoh! Ee... geram je aku!'

"Qutzam tu memang bodoh kan?" Fira dah mula mengutuk Qutzam. Mamat tu memang suka cari pasal dengan kitaorang dah lah nerd!

"Dia tu bodoh tak serik!" Nafas aku menjadi turun naik, turun naik. Terlalu geram.

"Kita kena ajar dia wei..." aku tersenyum sinis, bagus aku patut ajar mamat tak guna tu. Dia bukan ada kawan pun kesian kadang.

Retina mata aku terpaku pada seorang remaja lelaki yang duduk di bawah pokok redup, bersebelahan kantin.

"Gais... tu dia. Biar aku settle." Tanpa menunggu jawapan dari mulut mereka aku terus pergi ke tempat tersebut.

Sampai sahaja di sana, aku melihat dia seperti berada di dalam dunia imaginasi sendiri. Mana tidaknya asyik leka dengan buku, tak ada benda lain agaknya.

"Ehem!" Aku berdehem supaya dia perasan akan kehadiran aku,  tetapi dia hanya memandang sekilas dan leka dengan buku kembali. Aku dah mula panas.

"Best kan jadi spy tak berbayar ni... menyibuk hal orang macam tak ada tepi kain sendiri, eh lupa dia mana pakai kain, dia kan pakai seluar." Mata aku masih tidak bergerak dari menatap dia.

"Ada apa ya, cik Rana? Kalau tak ada apa boleh bla rasanya." Buntang mata aku bila dia dengan selamba badak cuba untuk menghalau aku.

"Kau siapa nak halau aku!" Akibat terlalu marah, aku mencengkam rambutnya dengan kuat, padan muka siapa suruh cari gaduh!

"Lepas Rana!" Apasal dia tenang aje aku tarik rambut dia? Makin kuat pegangan pada rambutnya. Tiba-tiba dia mencengkam tangan aku yang menarik rambutnya tadi dengan kuat.

"Bla." Satu ayat aje, tapi aku tahu dia sedang menahan marah, peduli apa aku dengan dia. Senyuman mengejek aku tayangkan.

"Kau. Jangan. Sibuk. Pasal aku lagi!" Sepatah-sepatah aku cakap, supaya mamat ni faham bahasa sikit.  Terus aku rentap tangan yang dicengkam olehnya tadi, dan berlalu dari situ.

Tamat imbas kembali.

SEORANG gadis keluar daripada kereta Audi r8. Pandangan mata penuntut di situ tidak beralih,  masakan ingin beralih sedangkan itulah,bidadari yang ingin mereka dampingi.

Kaca mata hitam yang tersangkut pada pucuk kepala, ditarik menutupi mata. Siulan nakal dari banyak pihak membuatkan rasa tidak selesa.

Dari kejauhan sudah dapat dilihat ketiga-tiga kawan aku sedang berjalan kearah aku, dengan lenggok gediknya.

"Hi,girls! " Kami berpelukan sesama sendiri sambil mencium kedua belah pipi. 

"Gediknya,padahal baru semalam jumpa."

"Macam tak jumpa setahun pula... "

Kata-kata toxic dari kalangan pelajar di situ, dihiraukan malas mahu melayan, salah ke kami nak berpelukan? 

"Abaikan,  jom girls!" Kami jalan beriringan untuk masuk ke kelas. Siulan nakal dari lelaki hanya dibiarkan sepi.

Mata terarah pada sudut yang tersembunyi kelihatan seorang lelaki berkaca mata sedang membaca buku.  Senyuman sinis terlakar.

'Masih sama, nerd!' Desis hatiku.

Bahu aku yang dicuit menghentikan penglihatan aku terhadap lelaki tadi. Kini, mata terarah pada boyfriend kesayanganku...

"Hi baby!" Sapa aku manja.

"Hi sayang!" Pipi aku dikucup manja, aku hanya merelakan dan tersenyum manis.

"Eh, sudah drama tak berbayar, jom cari tempat duduk." Suara petir itu terus menghentikan hajat aku untuk terus berdrama. 




 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Selamat membaca!
Jumpa next bab bye2...

10.03.2021

RANA RAFANDAWhere stories live. Discover now