04

179 21 0
                                    

"dia hack security system kita, sekarang ni kami tengah baiki security system supaya lebih ketat" kata lelaki yang ditugaskan di bahagian security

areum hanya menghembuskan asap dari rokok elektronik yang dihisapnya, gadis itu membuat isyarat 'pergi' setelah lelaki itu selesai urusan dengannya.

"agasshi, kenapa agasshi benarkan luciel patahkan kaki agasshi?" soal daeyol

"sebab, it's okay untuk mengotorkan tangan demi kepuasan. hari ini hari dia, esok lusa aku sendiri akan bunuh dia, dasar abang bodoh!" kata areum lalu mencampakkan rokok elektroniknya ke tanah.

"bawa aku ke atas" arah areum

daeyol dengan segera memapah areum ke atas,markas areum berada di bawah tanah rumah banglo yang besar ini, jadi segala jeritan dan bunyi tembakan tidak dapat didengari dari bawah ini.

"agasshi, encik jihoon datang" kata pembantu rumah

daeyol segera turun ke markas dan areum pula duduk bersandar di sofa, kakinya yang berbalut diletakkan di atas meja kaca dihadapannya itu.

"jihoon" areum menepuk nepuk sofa disebelahnya untuk menyuruh jihoon duduk disitu,di sebelahnya.

"nah, aku masakkan bulgogi untuk kau. favourite kau kan?" jihoon membuka tupperware yang berisi daging yang dipanggang bersama nasi dibawahnya

"waaa, nampak sedap!"kata areum

"tentula, chef jihoon yang masak" kata jihoon dalam nada yang bangga

areum tertawa kecil kemudian menyuruh pembantu rumahnya membawakan chopstick dan jus oren untuk mereka berdua

"terima kasih" ucap jihoon apabila pembantu rumah areum menghidangkan jus oren dan chopstick untuk mereka

"suapkan" kata areum dalam nada yang comel

"ee mengada, kaki yang patah tau" kata jihoon lalu menyuapkan nasi dan daging ke dalam mulutnya sendiri

areum mencebik lalu mencubit lengan jihoon, lelaki disebelahnya mengadu sakit dan ketawa

memang manja betulla areum ni!

"okay bukak mulut kapal terbang nak mendarat" kata jihoon dan membuat aksi kapal terbang sebelum memasukkan makanan itu ke dalam mulut areum

mereka berdua tertawa sesama sendiri dengan tindakan mereka seakan budak kecil.

selesai makan, jihoon dan areum bersandar di sofa, kepala areum bersandar dibahu jihoon dan kepala jihoon pula bersandar di atas kepala areum.

pipi areum mula merah kerana jarang jihoon menyandarkan kepalanya ke areum, biasanya jihoon akan membelai rambut areum apabila areum berada di posisi sebegitu

"kaki kau tu lambat lagi ke nak elok? rindu nak pergi sekolah sama sama" kata jihoon

"bulan depan baru masuk sekolah, doctor nak check nanti tulang dah cantum ke belum" jelas areum

jihoon mengeluh dan memeluk bahu areum dengan ketat

"rindu" kata jihoon

satu perkataan yang keluar dari mulut jihoon itu mampu membuatkan perut areum berbunga bunga!

positions / p.jihoonWhere stories live. Discover now