11

121 17 2
                                    

areum kembali ke markasnya setelah puas menangis, dia benar benar tidak sangka jihoon akan memanggilnya monster

ya, dia sedar dia monster. tetapi monster ini sudah berada dengannya sejak dia fetus lagi. dia tidak mampu mengubah segala nasib yang telah ditentukan. dia harus menjaga perniagaan ibu bapanya jika dia ingin meneruskan hidup.

tetapi bagaimana dia ingin meneruskan hidup jika manusia yang menganggap dia suci seperti anak kecil kini membencinya?

"bad ending i guess?" kata hyunwoo sinis, dia masih terikat di kerusi

hyunwoo sangat gembira melihat tenaga areum yang sudah lemah dan mukanya yang sembap itu. budak park jihoon itu memang kelemahannya

"lepaskan dia" arah areum

daeyol sedikit terkejut dengan arahan areum, melepaskan hyunwoo, sebaik sahaja dia melepaskan hyunwoo, lelaki itu menumbuk pipi daeyol sehingga dia tersungkur, kemudian hyunwoo mendekati areum dan mencekik areum dengan kuat

areum memegang lengan hyunwoo– cuba untuk melepaskn diri dari cengkamannya yang kuat itu, mata areum kembali berair, mukanya menjadi merah.

dia menepuk-nepuk lengan hyunwoo dengan kuat namun gagal, abangnya benar benar tekad untuk membunuhnya malamni. daeyol juga segera menarik tubuh hyunwoo, tetapi apakan daya hyunwoo tetap tidak melepaskan genggamannya

areum memandang wajah abangnya itu, kemudian gadis itu membayangkan wajah takut jihoon melihatnya. dia ialah monster; luar dan dalam. jihoon tidak layak sama sekali untuknya

'sedar diri, lelaki baik macam jihoon tak layak untuk perempuan keji macam kau'

'kau ingin rosakkan jihoon? kau memang teruk! lagi teruk dari perbuatan membunuh kau'

'kau raksasa dan ingin menjaga seorang kanak kanak kecil? kau hanya menakutkan dia'

ayat ayat yang keluar dari kepalanya menyedarkan areum, dia ada jihoon sahaja di dunia ini. kini dia sudah tiada siapa-siapa lagi. baik dia mati je kan?

dengan perlahan areum melepaskan peganggannya dari lengan hyunwoo, dia terima apa yang akan terjadi kepadanya nanti

"j–jaga j–jun" kata areum sebelum pandangannya bertukar gelap

positions / p.jihoonWhere stories live. Discover now