09

125 16 0
                                    

jihoon pov

" bye loveeeeeee " aku melambaikan tangan ke arah areum yang berada di dalam kereta itu. aku memastikan keretanya hilang dari pandangan aku dulu baru aku memasuki apartment aku.

baru sahaja aku ingin menekan password di pagar apartment, seseorang memanggil namaku.

aku menoleh, aku sedikit terkejut melihat seorang lelaki yang berpakaian casual dibelakang aku, mukanya agak familliar.

"nuguseyo?" soalku, macam mana dia tahu nama aku, sedangkan aku tak kenal dia?

lelaki itu hanya ketawa sinis sebagai balasan

"lee hyunwoo, abang areum" dia perkenalkan dirinya

abang areum!? setahu aku, areum anak tunggal?

sekali lagi lelaki itu ketawa kerana melihat reaksi aku

+.*

kini kami berada di kedai coffee yang tidak terlalu jauh dari rumah aku, aku hanya diam. banyak perkara yang menjadi tanda tanya, lagi pun hyunwoo tu pun diam je.

coffee dihadapan aku ni langsung tak diusik, aku jadi makin tak selesa, tangan ni gatal je nak mesej areum, suruh dia datang.

"jangan bagitahu areum aku jumpa kau" kata hyunwoo

aku menelan air liur ku, dia ni ada super power ke!?

"ani" balasku lalu menghirup kopi ais yang dipesan tadi.

"aku datang ni, niat aku baik. putuskan hubungan kau dengan areum kalau kau nak selamat" katanya

aku mengerutkan dahiku, apa dia merapu ni?

"mian, tapi itu bukan alasan yang kukuh untuk saya lepaskan areum, saya sayang dia. dan saya yakin dia rasa selamat dengan saya" kataku

hyunwoo mengeluh

"dengar sini, areum bukan dari keluarga yang baik. kami golongan mafia"

jantung aku hampir terberhenti bila hyunwoo ni kata areum tu mafia? gila ke perempuan comel macamtu,, mafia!?

"hyung jangan reka cerita, ya saya faham keluarga hyung kaya, kalau hyung rasa saya nak kikis duit areum, hyung salah. saya amat cintakan dia" kata aku

hyunwoo kemudiannya bersandar di kerusi kafe itu dan memandang aku dengan pandangan tidak percaya

"areum memang pandai sorokkan identiti dia" kata hyunwoo kemudian dia menekan skrin phonenya

ding!

telefon aku berbunyi menandakan mesej masuk

" itu mesej dari aku, takperlu simpan number aku. lepas kau tengok mesej tu, datang rumah areum pukul 9 malam ni" kata hyunwoo lalu meninggalkan aku seorang disitu.

+.*

aku masuk ke dalam bilik aku dan mengunci pintu. aku tertanya tanya video apa yang dihantar oleh abang areum sebentar tadi.

[rakaman cctv di sebuah bar menunjukkan areum masuk ke dalamnya dengan memakai leather coat berwarna hitam. gadis itu masuk ke dalam bar dan pekerja bar itu menundukkan kepala mereka sebagai tanda hormat]

[gadis itu kemudiannya mengeluarkan pistol dari dalam poket coatnya dan menembak lelaki pertengahan umur yang sedang berbual bersama kawan-kawannya di bahagian kaki. mereka yang terkejut itu segera menyerang areum, namun konco-konco areum menyelamatkan gadis itu dan mereka bergaduh besar]

[ "aku dengar kau taknak bayar duit yang aku laburkan kepada syarikat kecil kau" kata areum, dia mengangkat dagu lelaki tua itu supaya memandangnya.]

["kau kecil lagi untuk semua ni. jika kau mahu duit, duduk dengan aku." katanya. areum tersenyum sinis, dia mengambil botol arak di atas meja itu dan mengetuk botol itu ke kepala lelaki itu sehingga pecah, lelaki itu sudah terbaring di lantai kerana sakit, badannya basah akibat arak itu tumpah keseluruh badannya.]

[areum tersenyum sinis dan mengeluarkan lighter dari poketnya.]

["jangan! jangan! aku janji aku akan bayar! tolong jangan bunuh aku! aku minta maaf!!" rayu lelaki itu. "too late" kata areum lalu mencampak lighter itu kebadan lelaki itu menyebabkan lelaki itu terbakar hidup-hidup, jeritannya jelas kedengaran. areum tersenyum sinis lalu keluar dari bar itu bagai tiada apa-apa yang berlaku]

positions / p.jihoonWhere stories live. Discover now