✨//-2-//✨

383 48 34
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







"Yeay!! aku sampai dulu!! Hali kalah!! Hali kalah!!" Taufan sudah melompat keriangan.

"Cis!! Aku saja je bagi peluang kat kau..Eh,kejap. Mana Gempa??" Hali memandang kiri,kanan, depan, belakang tapi Gempa masih tidak kelihatan.

"Mungkin Gempa dah kalah. Lepastu,dia terus je pergi ke gerai atok sebab malu. Yelah,loser katakan..."

Taufan ketawa terbahak-bahak. Hali yang sudah menyampah dengan Taufan terus memukul kepalanya.

"Adoi!! Sakitlah!!" Taufan mengusap kepalanya yang sudah benjol itu.

"Tak elok kau cakap macam tu!! Boleh tak jangan bangga diri sangat!! Kesian Gempa tau!!"

"Yelah,aku minta maaf. Alah,bukan selalu kan..." kata Taufan sambil membuat muka comel.

"Jangan minta maaf pada aku. Tapi,pada Gempa." kata Hali dingin.

"Hurm..yelah..."

Baru sahaja mereka berdua mahu melangkah masuk ke dalam rumah, terdengar sahutan seseorang memanggil nama mereka.

"Hali!! Taufan!!"

Ya,itu suara Tok Aba memanggil mereka.

"Ye tok,ada apa ni?? Kitorang baru je balik..baju sekolah pun tak tukar lagi.." kata Hali. Wajah penat jelas terlihat di mukanya.

"Haahlah tok. Kalau atok nak suruh kitorang tolong kat gerai tu..tak payahlah.. Gempa kan ada.." kata Taufan.

"Haih..kalau Gempa dah tolong atok kat gerai tu..buat apa atok panggil korang?? Alah,kejap je.."

"Eh?? Maksud atok,Gempa takde kat gerai lah ni?? Sebab tu,atok nak minta tolong kat kitorang pulak kan??" kata Taufan. Dia sudah mengetap bibir.

"Iya..dah!! Cepat tukar baju, lepastu terus tolong atok. Harini ramai pulak pelanggan yang datang." kata Tok Aba. Tok Aba pergi semula ke gerainya setelah melihat ada orang yang seperti mahu memesan makanan.

Hali dan Taufan membuat mesyuarat tingkap.

"Wei Hali. Kalau Gempa takde kat gerai atok,dia pergi mana? Takkanlah dia masih kat kebun kelapa sawit tu?"

"Aku rasa mungkin dia memang betul ada kat kebun kelapa sawit tu lagi. Jom cepat cari Gempa,aku takutlah...kalau jadi apa-apa pada dia."

"Hish!! Mulut kau ni memang masin kan!!"

Maka,setelah Hali dan Taufan sudah menukar baju,mereka berdua senyap-senyap lari ke kebun kelapa sawit untuk mencari Gempa.


******


"Uhuk-Uhuk..sesiapa..tolong..."

Gempa hampir memejamkan matanya, tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kaki seseorang terpijak pelepah kelapa sawit.

OUR HAPPINESS (slow-update)Where stories live. Discover now