"Erghh! Sakitnya kepala aku.." Gempa yang baru sedar memegang kepalanya yang sudah berbalut.
"Gempa!!!" tubuh abang sulung dipeluk erat oleh Hali dan Taufan.
"Eeii! Lepaslah! Rimas tahu tak?!!" Halilintar dan Taufan melepaskan pelukan.
Mereka menundukkan muka kerana sedih dengan tindakan Gempa memarahi mereka. Fang pula terus memanggil doktor sebaik sahaja melihat Gempa yang sudah sedar.
"Keadaan dia sudah stabil. Cuma,saya berharap.. kejadian seperti ini tidak berulang supaya kesihatan dia tidak terjejas."
"Baiklah doktor,saya faham." kata seorang guru lelaki yang telah membawa Gempa ke hospital.
Gempa memandang guru lelaki itu dengan pandangan pelik. Dia seperti pernah melihat wajah cikgu itu.
"Cikgu ni,guru baru di sekolah kami ke? Sebab..kami tak pernah nampak cikgu pun sebelum ni." tanya Fang.
Guru lelaki itu hanya tersenyum.
"Ya,saya guru baru di sekolah kamu. Kamu semua boleh panggil saya,cikgu Afif."
"Selamat berkenalan cikgu. Saya Taufan."
"Saya Halilintar."
"Cikgu boleh panggil saya Fang."
Mereka semua memperkenalkan diri kecuali Gempa. Dia turun dari katil dan ingin berjalan keluar.
"Gem,hormatlah cikgu Afif sikit. At least ucaplah terima kasih ke apa? Kalau bukan sebab cikgu tolong bawa ke kau hospital, mesti kau dah-"
"Apa? Mesti aku dah mati, macam tu? Heh,aku tak minta pun sesiapa untuk bawa aku ke hospital. Yang korang memandai sangat tu kenapa? Tch! Maaf ya, cikgu Afif. Saya bukan nak kurang ajar dengan cikgu ke apa.. cuma...takde apa lah." Gempa terus keluar.
Fang hanya memerhati Gempa yang sudah berjalan keluar. Halilintar dan Taufan pula sudah menangis kerana mereka rasa bersalah yang amat terhadap Gempa.
Cikgu Afif pula?
Dia masih kekal bersama mereka bertiga. Soalan diajukan kepada Fang.
"Kalau kamu tidak keberatan, boleh saya tahu macam mana dia boleh cedera teruk sampai macam tu? Dan,kamu semua ni ada bergaduh ke?"
Fang menarik nafas panjang sebelum menceritakan segalanya kepada cikgu Afif.
"Ouh..jadi..begitu ya ceritanya... Cikgu rasa elok kalau kamu beri dia sedikit ruang. Mungkin dia tengah stres ke apa? Tapi takpe, cikgu akan cuba pujuk dia." kata cikgu Afif dengan yakin.
******
"Hurm..sampai bila aku nak layan diorang camtu. Kesian pula aku tengok Ufan dengan Hali..." Gempa menutup mata sambil menikmati tiupan angin.
YOU ARE READING
OUR HAPPINESS (slow-update)
Fanfic"Our happiness will never end." Kebahagiaan itu bukan dinilai dari segi harta yang banyak, rumah besar, kereta mewah dan sebagainya. Kebahagiaan yang sebenar adalah apabila bersama orang tersayang. [ BoBoiBoy adalah milik Monsta. Author hanya pinj...