Tok Aba menghela nafas panjang sebelum dia membuka mulut.
"Sebenarnya..."
"Maaf, waktu melawat sudah tamat. Para pelawat diminta untuk pulang dan mengosongkan wad. Sekian terima kasih dan sila datang lagi."
"Waktu melawat dah habis. Kita balik dulu ya, kamu semua mesti penat kan?" soal cikgu Afif sebaik sahaja mendengar makluman tersebut.
"Tapi, Tok Aba belum jawab persoalan Gem lagi," kata Gempa. Tangan disilangkan menunjukkan tanda ketidakpuashatian.
"Alahai kau ni, macam tiada hari esok pula." Fang mencelah.
"Jangan difikirkan Gem. Baik kau rehat, baru boleh cepat sembuh dan bersama dengan kitorang lagi. Sunyi juga rumah tu kalau kau tiada," ujar Taufan.
"Okey..." balas Gempa dengan nada pasrah.
Gempa membetulkan posisi baringnya supaya lebih selesa. Mata dipejam menunjukkan waktu untuk memasuki alam bawah sedar.
Kesemua mereka keluar dari wad Gempa dan yang terakhir keluar ialah cikgu Afif. Belum sempat menutup pintu, satu suara menegurnya.
"Tuna mayo."
"Caramel mocha," balas cikgu Afif.
Gempa hanya tersenyum kecil sebelum dia benar-benar terlena.
******
10.15 p.m.
"Apa hajat kamu kemari?" Amboi, ayat macam nak meminang anak dara orang je.
"Saya cuma nak menjenguk anak sedara sendiri. Salah ke, abah?" Dahi Tok Aba sedikit berkerut mendengar jawapan daripada pemuda di depannya.
"Nak jenguk ataupun nak bawa pulang? Kamu kena ingat satu perkara, ayah diorang bertiga tu masih hidup. Hak penjagaan masih milik Amato sepenuhnya."
"Itu saya tahu. Tapi untuk sementara waktu ni, biarlah saya yang jaga budak-budak tu. Kasihan saya tengok abah, nak kena bayar kos rumah, makan minum, yuran dan persekolahan diorang lagi."
Bukan dia tidak tahu perangai ayah mentuanya itu. Kalau sudah sayang, memang susah nak lepaskan. Sama halnya dengan kembar tiga tu. Sudah beberapa tahun bersama, hati pun berat mahu lepaskan.
"Kamu bayar sejuta pun abah tak akan terima. Biar sahaja abah yang uruskan diorang, selama ni elok je. Tiada siapa ambil peduli pun. Kenapa sekarang baru nak sibuk?" balas Tok Aba, sinis.
YOU ARE READING
OUR HAPPINESS (slow-update)
Fanfic"Our happiness will never end." Kebahagiaan itu bukan dinilai dari segi harta yang banyak, rumah besar, kereta mewah dan sebagainya. Kebahagiaan yang sebenar adalah apabila bersama orang tersayang. [ BoBoiBoy adalah milik Monsta. Author hanya pinj...