Puteri yang lena setelah sekian lama akhirnya membuka mata. Pemandangan pertama yang menyapa iris hanyalah dinding kayu yang telah dimamah oleh anai-anai. Bumbung yang beratapkan daun kering. Jika ribut melanda, pasti akan terbang dibawa angin kencang. Rongga hidungnya terhidu bau-bauan seperti ubat. Ubat inilah yang selalu Ferlisa berikan kepadanya saat dia terluka angkara berlatih melawan pedang dengan kesatria Wyndollyne.
Tragedi berdarah terlintas di ruang mata. Ruangan, jeritan dan tangisan di istana kedengaran jelas di gegendang telinganya. Masih terngiang-ngiang di telinga seperti putaran suara yang tiada henti. Wajah syahdu milik ayahanda dan Ferlisa terimbas jelas di dalam fikirannya. Wajah yang meminta agar dia melarikan diri. Hidup demi mereka. Manik-manik jernih membasahi pipi. Teresak-esak di dalam pembaringan.
Bagaimana dia mahu teruskan hidup jika cahaya dan kekuatannya lenyap dengan sekelip mata? Dia tidak berhak meneruskan kehidupan kerana telah membiarkan satu-satunya keluarga yang dia pergi. Apa gunanya dia hidup jika dia sendiri tidak mampu menyelamatkan mereka?
Dan dia tidak berhak tinggal di sini dengan membebankan penghuni rumah ini.
Fleurisella bangkit. Dia menyedari sesuatu. Baju yang dipakainya tidak lagi diperbuat daripada sutera yang ditenun dengan tangan. Pakaiannya bukan lagi berkualiti tinggi semahal emas dan pertama. Tiada renda yang cantik. Tiada mutiara yang menyerikan pakaiannya. Apa yang tersarung di tubuhnya hanyalah kain lusuh yang berpuluh kali disarung sehingga hilang warnanya.
Krikkk!
Bunyi kayu kedengaran. Dia bukan lagi berada di dalam istana yang penuhi dengan gelak tawa dayang mahupun perlindungan kesatria Wyndollyne. Dia memijak tanah dengan berkaki ayam menyedarkan dirinya bahawa mimpi di awangan sudah berakhir. Wataknya sebagai puteri raja yang hidup serba kemewahan telah pun tamat. Fleurisella sedar yang dia telah hilang semuanya dalam satu sedar.
Langkah dihayun dengan longlai tanpa arah tuju. Kawasan pondok itu dikelilingi semak-samun yang tinggi. Mungkin dia berada di pinggir kampung.
Buk!
Kakinya tersadung batu kecil menyebabkan dia jatuh tersembam di atas tanah. Dia kekal berkeadaan begitu. Tangan yang menongkat badan mencengkam tanah dengan perasaan sedih, marah, kecewa malah putus asa yang membuak-buak di pekung dada. Air matanya tumpah sekian kalinya.
"ARGHHHH!!!"
"KENAPA?"
"KENAPA?"
"KENAPA?"
"ARGHHHH!!!"
"Kenapa..."
Jeritan yang bersulamkan tangisan dilepaskan sepuas-puasnya. Perasaan yang menyesakkan dada masih bergulung di dalam jiwa walau sekuat mana dia menjerit dan meraung. Dia mengongoi sambil duduk tersungkur di atas tanah.
Kenapa dia seorang sahaja yang hidup?
Kenapa dia seorang sahaja yang masih bernyawa?
Kenapa dia seorang sahaja yang masih boleh merasa degupan jantung ini?
Kenapa biarkan dia hidup?
Kenapa biarkan dia melepaskan diri seorang diri?
Kenapa tidak membiarkan dia mati bersama keluarganya lain?
"Kenapa..."
YOU ARE READING
Book 3: Lagenda Castreiland: Alive (✓)
FantasyFleurisella bangkit dari mimpi. Hidupnya musnah dalam satu malam. Peristiwa berdarah itu menjadi satu mimpi ngeri. Dendam dan bencimenjadi satu. Dia tekad untuk merampas kembali takhta Kerajaan Wyndollyne. Namun, dia tewas di saat dia mahu bangkit s...