"Tuan Puteri..."
Fleurisella memanggung kepalanya melihat ke arah suara yang tahu akan identitinya. Matanya yang masih berkaca dengan air mata memandang ke arah wajah yang tidak asing baginya sejak dia kecil. Diana, pengasuh yang selalu menjaga dia sejak bayi berdiri dengan wajah yang membasahi air mata. Dia beralih pula ke arah kesatria yang berdiri di sebelah Diana. Lancelot, kesatria yang selalu menjadi gurunya saat dia mahu berlatih berlawan pedang.
"Puteri Fleurisella..."
Diana berlari menuju ke arahnya lalu duduk di hadapan mata si gadis itu. Kedua-dua belah pipinya dicekup oleh wanita itu. Air mata Diana kembali lebat mengalir di pipinya seraya itu mendakap erat tubuh cengkung di puteri. Kesatria yang selalu nampak dingin pada ketika dahulu tewas dengan air mata apabila melihat puteri yang dijaga sejak kecil kembali sihat.
"Tuan Puteri... Titah terakhir Raja Ferdinand adalah menyelamatkan tuan puteri. Patik enggan meninggalkan mereka tapi siapalah kami untuk menentang perintah raja patik? Kesatria mana yang tidak mahu menyelamatkan kerajaan yang dia bersumpah untuk berkorban nyawa? Sumpah patik bukan untuk seorang raja tapi untuk Wyndollyne."
Kata-kata kesatria itu sungguh mencengkam jiwa Fleurisella.
"Teruskan kehidupan ini walaupun pahit, tuan puteri. Jika tuan puteri sudah tiada lagi sebab untuk meneruskannya, jadikan kami sebabnya. Kami masih lagi rakyat tuan puteri yang akan menumpahkan segala setia dan taat kepada satu-satu pewaris yang layak memerintah Wyndollyne."
Fleurisella mengeratkan pelukan dengan pengasuhnya. Jika itu pilihannya, dia akan terus hidup dengan jasad ini demi mereka berdua. Nyawanya telah pergi bersama ayahanda dan Ferlisa. Hatinya telah mati saat mereka menghembuskan nafas buat kali terakhir. Perasaan yang dulu mewarnai hati kini telah lenyap bersama tragedi itu.
Semuanya angkara Glaimore yang tamak akan kuasa. Mereka sanggup mengkhianati perjanjian perdamaian yang telah termeterai. Mereka sanggup menikam Wyndollyne yang telah banyak membantu Glaimore dari segi ekonomi malah politik. Semuanya angkara kerakusan manusia yang sudah gelap mata dan hatinya. Kebaikan Wyndollyne dibalas dengan tuba sehingga merebak di pelosok kerajaan. Sanggup bersekongkol dengan kejahatan demi menumpaskan kawan yang setia.
Hati yang mati bersulam dengan dendam. Dendam yang tidak mampu dileraikan hanya dengan kata-kata. Tidak mampu dilunaskan dengan air mata. Dendam yang merajai hati sang puteri perlu dibayar dengan darah.
Setiap nyawa yang terkorban di Wyndollyne akan dibalas dengan nyawa Glaimore. Setiap darah yang menitik di tanah Wyndollyne akan ditumpahkan dengan darah Glaimore.
Akanku musnahkan semua keturunan kau dan juga kerajaan kau. Ini sumpah aku. Ini kutukan aku pada kau, Glaimore.
![](https://img.wattpad.com/cover/116119547-288-k87083.jpg)
YOU ARE READING
Book 3: Lagenda Castreiland: Alive (✓)
FantasíaFleurisella bangkit dari mimpi. Hidupnya musnah dalam satu malam. Peristiwa berdarah itu menjadi satu mimpi ngeri. Dendam dan bencimenjadi satu. Dia tekad untuk merampas kembali takhta Kerajaan Wyndollyne. Namun, dia tewas di saat dia mahu bangkit s...