Part 4

604 91 1
                                    

Kekejaman tentera Glaimore terhadap Wyndollyne tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Golongan bangsawan Wyndollyne dipancung di hadapan khalayak ramai. Yang tua mahupun yang muda. Kanak-kanak malah bayi. Semuanya mati dibunuh di tangan Glaimore. Mayat mereka dijadikan pameran di setiap jalan sebagai ingatan jika rakyat Wyndollyne bangkit menentang. Tujuannya adalah satu untuk menunjukkan bahawa Glaimore telah menakluki Wyndollyne.

Berita Wyndollyne telah musnah tersebar di setiap pelosok dunia. Raja yang berhati rakyat mangkat bersama dua puterinya. Golongan bangsawan yang sepatutnya menjaga kebajikan rakyat selepas raja juga dihapuskan dalam sekelip mata. Rakyat hidup dalam ketakutan dengan kehadiran Penanggal Maut yang menjadikan mereka bahan untuk mengamal ilmu hitam. Tidak lupa dijadikan makanan kepada raksasa yang datang menyerang.

Kehidupan mereka musnah.

Harapan mereka lenyap.

Rumah mereka dirampas.

Apa lagi yang ada untuk mereka terus berdiri mempertahankan hak mereka di Wyndollyne? Perlahan-lahan mereka mula menyerah diri membiarkan Glaimore dan Penanggal Maut menguasai mereka. Ada pula yang sanggup menjadi balaci penjajah. Ada yang menindas sesama rakyat sendiri demi kepentingan diri sendiri. Kerana Wyndollyne yang dulu aman damai telah ranap ditelan Glaimore.

"Wyndollyne... Betapa mudahnya kau terpedaya dengan satu ikatan bernama perdamaian dan persahabatan." Drian, si Putera dari Glaimore yang datang dengan alasan mahu mengeratkan hubungan diplomatik antara dua buah negara rupa-rupanya menyimpan pedang di dalam bajunya.

Glaimore yang dulu selalu ditindas oleh kerajaan lain mendapat perlindungan daripada Wyndollyne. Disebabkan itu, Glaimore dapat bangkit dan meluaskan kuasanya menakluki daerah kecil yang berdekatan dan akhirnya menikam rakan yang bersusah payah membantunya. Dan sekarang menjadi sebuah kerajaan yang paling besar dan kuat setelah menjajah Wyndollyne.

"Mudahnya sebuah pengkhianatan namun betapa manisnya menjadi sebuah kuasa yang digeruni ramai," kata Putera Drian sambil duduk di atas takhta Wyndollyne. Takhta yang diperolehi setelah menumpahkan darah Raja Ferdinand.

Kawasan singgahsana yang dicemari dengan darah raja tersebut dibiarkan kering pada lantai. Itu tanda kemenangan terhadap penaklukannya. Tiada hadiah yang lebih berharga berbanding darah raja kerajaan Wyndollyne. Masih segar di ingatan betapa hangat darah raja itu membasahi tangannya.

Malam itu hanya kepala Raja Ferdinand dan Ferlisa sahaja yang dapat dipancung. Puteri bongsu Wyndollyne berjaya melarikan diri dengan bantuan kesatria mereka. Tentera Glaimore dapat menjejaki mereka tetapi mereka licik melarikan diri sehingga ke Hutan Castreiland. Hutan belantara yang digeruni oleh sesiapa sahaja. Termasuklah Penanggal Maut yang dikatakan makhluk paling kuat gentar akan hutan itu.

"BODOH! BODOH! BODOH!" jerkah Putera Drian. Satu-satunya darah diraja Wyndollyne terlepas. Fleurisella boleh muncul bila-bila masa merampas takhta berdarah ini.

"Jejak terakhir yang dilihat di pinggir Hutan Castreiland. Lima Penanggal Maut cuba merentasi hutan belantara itu hilang dalam sekelip mata. Seperti Penghuni Hutan Castreiland mengenakan sumpahan kepada sesiapa yang cuba masuk ke dalam hutan itu."

"Bagaimana puteri itu boleh masuk ke dalam hutan itu?! Cari dia sampai dapat! Aku mahukan jasadnya. Bernyawa ataupun tidak!"

Resah dan gelisah.

Jika puteri bongsu itu masih hidup, besar kemungkinan pemberontakan yang akan diketuai oleh Fleurisella untuk merebut kembali takhta berdarah ini. Tidak! Dia tidak akan membiarkan kerajaan itu terlepas daripada genggamannya.

"Akan aku buru kau sampai ke neraka!"

Book 3: Lagenda Castreiland: Alive (✓)Where stories live. Discover now