Part 6

801 91 18
                                    

15 tahun kemudian...

"...rick!"

Suara yang tenggelam timbul memanggil namanya buat dia terkejut. Peluh sudah membasahi dahinya kerana dia keluar tanpa izin neneknya. Kalau nenek mendapati dia keluar tanpa kebenaran, pasti dia akan didenda oleh datuknya yang garang.

"Elrick!"

Dia cepat-cepat pulang ke rumah dan terus menuju ke bilik tidurnya. Selimut ditarik menyelubungi badan sehingga kepala. Bunyi derapan tapak kaki membuatkan dadanya berdebar tidak tentu arah. Matanya dipejam rapat berpura-pura tidur.

"Elrick, bangun! Kamu tak nak pergi sekolah ke?" soal Diana apabila melihat si cucu kesayangan masih berbungkus dengan kain selimut. Bunyi dengkuran kanak-kanak itu buat dia mencengkak pinggang.

"Budak ni... Kalau tak bangun, atuk kamu denda basuh kandang kuda," ugut Diana.

"Nak bangun la ni." Elrick keluar daripada selimut lalu melompat turun daripada katil. Dia menyambar tuala di penyidai lalu berlari masuk ke dalam bilik air.

Selesai mandi, dia mengenakan pakaian biasa yang dipakainya baju yang lusuh dengan seluar yang bercompang-camping. Elrick menuju ke dapur untuk menikmati sarapan bersama datuk dan neneknya.

"Selamat pagi, Putera Elrick," sapa Lancelot.

Kanak-kanak itu tarik muncung apabila diusik oleh datuknya. Jika dia lambat bangun, pasti akan diusik oleh Lancelot. Dia tidak suka dipanggil dengan gelaran itu. Diana meletakkan sepinggan roti dan juga dua mangkuk sup cendawan. Teh herba dituangkan ke dalam cawan.

"Atuk, nenek... Apa yang jadi pada Puteri Fleurisella selepas dia cuba membunuh Puteri Drian pada malam tu?" soal Elrick dengan penuh minat.

Lancelot dan Diana membalas pandangan. Peristiwa lima tahun berlalu masih segar di ingatan mereka. Sang puteri pergi dengan meninggalkan sekeping nota untuk membalas dendam kepada Putera Drian. Berita yang dia dapat setelah malam itu sangat menyayat hati mereka. Puteri Fleurisella mati dibunuh oleh Penanggal Maut.

"Elrick tahu! Puteri diselamatkan oleh seorang putera lalu mereka jatuh cinta dan berkahwin. Kalau mereka tak kahwin, Elrick takkan ada di sini, kan?" Elrick senyum.

"Elrick, bonda dan ayahanda kamu sangat menyayangi kamu sehingga ke akhir hayat mereka. Nenek dan atuk jadi saksi betapa mereka sangat sayang kamu. Kasih sayang mereka tak berbelah bahagi," ucap Diana dengan linangan air mata.

"Tapi kenapa mereka tiada? Kenapa bonda dan ayahanda tinggalkan Elrick?" Wajah kanak-kanak itu sugul.

"Mereka lelah dengan manusia. Manusia yang tamak, kejam dan tidak berperikemanusiaan. Apa gunanya mereka terus hidup jika nyawa mereka selalu diburu? Tapi mereka enggan berputus asa sehingga hembusan nafas terakhir kerana mereka ada kamu. Kampung ini dibina untuk kamu agar kamu hidup bahagia tidak seperti mereka yang selalu menderita," tutur Diana menahan sebak.

Elrick mengepal tangannya. Kisah lagenda Castreiland dan keruntuhan kerajaan Wyndollyne sentiasa tersemat kemas di dalam mindanya. Ayahandanya yang selalu ditindas, dihina dan didera oleh manusia. Bondanya yang dikhianati dan diseksa oleh manusia. Dia tidak dapat membayangkan penderitaan yang dihadapi oleh ibu bapanya. Tetapi mereka cekal kerana dia.

"Elrick, live for yourself. Fight for yourself. Believe yourself. Trust yourself. Love yourself. That's the only way you can revenge your parents."

Saat itu...

Tika itu...

Satu matlamat, satu tujuan bergelora di dalam jiwa kanak-kanak itu. Dendam ibu bapanya akan ditunaikan dengan darah si pengkhianat. Dia akan membalas dendam terhadap manusia yang menyakiti ibu bapanya.

Aku Elrick Nicaise Lycidas...

Akan aku takluk dunia ini dan menjadikannya neraka kepada manusia...

-THE END-

Book 3: Lagenda Castreiland: Alive (✓)Where stories live. Discover now