✨Bab 3✨

751 127 1
                                    

Jungkook cuba untuk lelapkan mata. Tetapi sukar. Hatinya sedang bergaduh dengan dirinya sendiri. Dia ada keluarga dan dia ada isteri. Tapi kerana keluarga, dia perlu juga membuka langkah kaki sebagai asbab keluarganya mendapat keadilan atas kematian si abang tiri.

Cuma yang dia bingung, dia perlu memilih antara keluarga dan isteri. Dia mampu menggalas kedua-dua tanggungjawab tetapi oleh kerana yang keluarga menjadi lebih berat dari biasa, si isteri pula terpaksa diletak dihujung hati. Jauh sekali dari tempat asalnya.

Tubuh yang sedari tadi terlentang kini kian mengesot jauh sehingga ke birai katil. Dipalingkan tubuhnya supaya membelakangkan Min Young yang nyenyak tidur itu. Isteri yang dikahwininya setahun yang lalu. Masih baru dan masih lagi ada rasa hendak bercinta. Manakan tidak hati ini galau sendiri. Hendak ditinggal, takut. Tidak ditinggal, sendiri yang sakit. Jungkook runsing.

Telefon bimbit di atas meja lampu sisi katil dicapai. Aplikasi perbualan dibuka dan mencari nama insan yang bakal membantunya nanti.

Satu per satu dia baca. Rumit. Memang rumit. Tetapi mahu atau tidak, terpaksa atau tidak, dia perlu juga bertindak begini demi menegakkan keadilan si abang tiri yang sudah meninggal dunia.

"Aku bersumpah atas nama kau, aku akan balas semua yang kau terima masa dekat dunia. Aku sanggup korbankan perasaan sendiri demi kau, Taehyung. Aku sanggup gadaikan darah aku sebagai galang ganti atas kematian kau."

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now