Segala perancangannya hancur begitu sahaja akibat desakan hati supaya berhenti. Beria dia mahu menyeksa Jungkook kononnya, mahu membalas dendam. Tetapi gagal. Dia tidak dapat menahan rasa sakit yang begitu lama ditanggung oleh dirinya disebabkan Jungkook walaupun lelaki itu cukup hebat membuat dirinya hilang arah.
Entah kenapa, Min Young rasa dirinya berubah. Rasa sayang untuk Jungkook berkurang sekelip mata. Rasa cinta, apatah lagi. Dia sedar diri kerana jika Jungkook tahu ada rahsia yang lebih besar disimpan, pasti lelaki itu akan menggila. Silap hari bulan, dia akan dibunuh kejam.
Min Young langsung tidak kisah dia dibunuh sekalipun. Sekurang-kurangnya dia sempat meluahkan rasa hati yang satu itu. Rasa sedih dan kecewanya terhadap Jungkook.
Tubuhnya terbaring di atas bangku kayu yang berada di hadapan rumahnya. Rumah di Pulau Tiara. Pulau keturunan keluarga dan kini jatuh di tangannya. Ada rumah banglo mewah yang sedang diduduki sekarang ini dan beberapa kilometer lagi ada kawasan pelancongan. Pulau Tiara bukanlah tempat untuk dia melarikan diri sahaja. Tempat ini juga merupakan tempat yang boleh dikunjungi oleh orang awam. Cuma.. ada ruang privasi sahaja.
Min Young pejamkan mata. Terasa ingin lelapkan mata namun apabila terasa dirinya didekati oleh seseorang, pasti Min Young buka mata dan terus bangun dari baringnya.
"Kenapa bangun? Tidur jelah." Jungkook tanpa dipelawa terus melabuhkan punggung di atas bangku panjang itu. Dirinya masih dihurung rasa serba salah. Dia mahu menebus kembali segala kesalahannya tetapi dia tidak tahu caranya.
"Kenapa keluar?" soal Min Young, dingin. Wajah Jungkook sikit pun dia tak pandang.
"Sunyi. Tak ada sesiapa dekat dalam." Kata Jungkook. Dia cuba untuk mencapai tangan Min Young diriba tetapi pantas juga tangan itu bergalih. Jungkook ketap bibir.
"Tahu pula sunyi." Bibir Min Young tersungging senyunan sinis. Matanya memandang bentangan laut yang luas.
"Saya separuh mati kesunyian. Tak ada pula awak fikir." Ujar Min Young lagi. Jungkook menarik nafas panjang. Cuba kuatkan hatinya yang betul-betul serba salah ini. Duduk dibetulkan supaya menghadap sisi tubuh Min Young yang langsung tidak memandangnya. Begitu ketara perubahan itu.
"Saya minta maaf, sayang. Saya tahu memang salah saya. Semuanya salah saya."
Mendengarkan pengakuan itu, Min Young berpaling. Air mata gugur lagi. Senyuman sinis muncul lagi.
"Dah terlambat." Min Young bangun dan ingin beredar. Tetapo pantas sekali lengannya diraih Jungkook. Min Young tidak menolak dan tidak membantah. Dia hanya diam.
"Bagi saya peluang untuk berubah?"
"Untuk apa? Hmm?"
"Untuk kita."
Tubuh Min Young mula menghadap Jungkook yang sedang duduk di atas bangku itu. Sungguh, dia seperti mahu menampar wajah suaminya ini. Rasa marahnya begity membuak.
"Saya dah kata semuanya dah terlambat. Untuk apa lagi nak berubah? Tak payahlah, Jungkook. Orang yang dah mati pun awak sibuk nak pertahankan hak. Hak apa lagi, saya pun tak tahu. Saya yang sepatutnya awak peduli, tapi tak pernah sekalipun saya rasa awak ambil berat pasal saya. Tapi abang awak yang dah memang takdir dia mati dekat Korea Utara, awak sibuk nak pergi ke sana juga semata nak balas dendam. Ada awak fikir isteri awak yang masih perlukan awak ni? Hmm?"
Terdiam Jungkook. Dirinya terus ditembak dengan panahan kata Min Young sehingga tiada ruang dia hendak mencelah. Setiap inci sudut hatinya dipanah hebat. Semakin lama, semakin sakit.
"Sebelum kita kahwin lagi awak banyak lebihkan keluarga awak dari saya. Saya tak kisah pun sebenarnya waktu tu. Awak ada keluarga. Tapi sampai satu tahap, awak pentingkan diri, pentingkan orang lain berbanding saya, awak tinggalkan saya walaupun saya dah minta tolong masa tu.. saya rasa sabar saya dah tak setebal dulu. Sumpah, demi tuhan, saya masih ingat sampai sekarang, Jungkook. Saya masih ingat awak tinggalkan saya macam tu je. Saya tengah bertarung nyawa dalam tandas nak selamatkan anak kita. Tapi awak..."
YOU ARE READING
[ON-GOING] 50 Days Before Leaving 출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)
FanficSeorang Jungkook yang terlupa tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Dan seorang Min Young yang terlalu memendam rasa dalam hati sehinggakan berlaku kejam terhadap diri sendiri. Satu perancangan diatur kononnya untuk membalas dendam terhadap si su...