✨Bab 40✨

519 77 5
                                    

Dada Jungkook bagai nak pecah. Terasa ringan tangannya ingin menampar wajah Felia yang jelas sekali dalam ketakutan. Mati-mati dia menyangkakan bahawa Felia itu Min Young. Sekali dia buka mata, wanita kacuk ini pula yang mengucupnya, bukan Min Young.

"Kau dah kenapa? Dah hilang akal ke?!" Suara Jungkook keras tertahan-tahan. Dia berdiri, kerusi entah apa jadi terlangkup ke lantai, meja pula sudah beralih dari kedudukan asal. Jungkook menikam tajam anak mata Felia yang sedang bergetar itu.

"Awak, saya..."

"Dari haritu aku curiga dengan kau. Kau masuk bilik aku sesuka hati, kerap datang sini, dah macam tak ada tujuan hidup, dah macam tak ada rumah sendiri. Kau nak apa sebenarnya?" Begitu garang Jungkook menyoal sehingga tiada sepatah kata langsung keluar dari mulut Felia. Dia terdiam seketika mendengar setiap bait kata yang menikam masuk ke hati itu.

"Saya minta maaf, Jungkook. Saya sebenarnya..."

"Ada apa ni? Kenapa kau kat sini, Fel?"

Tumpuan Felia dan Jungkook kini terarah pada pintu bilik yang terbuka luas. Susuk tubuh Min Young kelihatan. Wajahnya jelas sekali tegang dengan situasi yang tidak disangka-sangka ini. Hairan sungguh dia apabila melihat ada sepasang sandal wanita berada di hadapan pintu rumahnya. Lagi mengejutkan apabila itu adalah milik rakan baiknya dan setelah dilihat, ini rupanya keadaan yang berlaku ketika dia tiada di rumah. 

"Aku datang sini sebab nak jumpa kau. Tapi kau tak ada."

"Kau dah tahu aku tak ada, kenapa kau tak balik je. And sejak bila kau pandai naik sampai masuk bilik aku ni?" Serang Min Young lagi. Felia hampir hilang ayat tetapi dia perlu jujur memandangkan tiada lagi tempat untuk dia berselindung.

"Min Young, aku... aku tak ada niat nak sakitkan hati kau. Tapi aku..." Felia telan liur. Betul ke apa aku buat ni? Demi hati sendiri, aku sanggup buat macam ni. Hati Felia berbisik ragu. Selagi dia tidak menjelaskan hal yang sebetulnya dan tidak memberitahu tentang perasannya terhadap Jungkook, dia tidak akan tenang walaupun dia tahu kesan dan akibatnya. 

"Tapi apa?"

Jungkook cuma diam walaupun dia goyang. Terasa seperti Min Young akan menuduh yang bukan-bukan selepas ini walaupun sepasang mata itu tidak langsung memandangnya, ulas bibir itu langsung tidak menyebut namanya.

"Tapi aku kena jujur juga. Aku tak boleh simpan lagi. Aku nak kau tahu apa yang aku nak cakap ni."

"Apa yang kau nak aku tahu?" Soal Min Young, tak sabar. Tangan memeluk tubuh. 

"Sebenarnya.. aku sukakan suami kau." Suasana serta merta menjadi sunyi sepi. Tiada satu bunyi pun yang keluar. Mata Min Young memandang Felia dan Jungkook silih berganti sebelum tangan yang memeluk tubuh tadi akhirnya terjatuh lemah. Felia menunduk melihat reaksi itu dan Jungkook jelas sekali ternganga luas. Tidak percaya. 

"Aku sukakan dia sejak kali pertama aku jumpa dia dekat rumah ni. Aku tahu aku jahat, tapi selagi aku tak luahkan perasaan aku, aku takkan tenang." Kata Felia lagi. Dia memandang Min Young lama. Hati bercampur-baur manakala Min Young pula tiada kata yang keluar dari mulut. Tidak tahu ayat apa yang sesuai buat Felia. 

"Aku minta maaf, Min Young." 

"Kau ni dah gila ke?" Jungkook mencelah geram. Terasa seperti telinganya ditampar kuat dan menghasilkan bunyi desing yang dahsyat. Pengakuan Felia seperti sengaja ingin menempah lubang kubur. 

"Kawan jenis apa kau ni? Hmm? Kau sedar tak kau cakap apa?" Soal Jungkook lagi. Sungguh, dia benar tidak peduli tentang perkara lain. Dia cuma pedulikan emosi isterinya yang jelas sekali terjejas kerana Felia.

"Saya minta maaf, Jungkook. Saya... saya tak tahu macam mana. Perasaan tu datang.. datang sendiri."

"Haah, memang pun perasaan tu boleh datang sendiri sampai tak boleh dikawal. Aku ni, suami Min Young. Min Young tu, kawan kau. Tangan aku ni dah menggigil. Selagi tak dapat nak tampar muka kau, aku takkan puas." Bergetar suara Jungkook menahan rasa amuk di dada. Tangan membentuk penumbuk, cuba kawal rasa gigil yang begitu kuat. Betapa dia marah benar dengan Felia sekarang ini. Tetapi Felia seperti tidak terkesan langsung dengan situasi yang berlaku. Malah setitik air mata pun tidak jatuh dari sepasang mata cantik itu. 

Min Young bersandar di jenang pintu sambil memegang dahi. Pening kepalanya. Hati memang curiga. Bukan setakat dengan Felia sahaja, Jungkook pun sama. Dia curiga kedua-duanya. Tapi disabarkan hati agar bertahan sedikit lama walaupun kaki terasa lemah terkulai. 

"Maafkan saya, Jungkook. Min Young, aku..."

"Keluar. Aku tak nak tengok muka kau kat sini." Senafas ayat itu dilafaz Min Young. Sesaat pun matanya tidak memandang Felia. Dia hanya memeluk tubuh dan menanti Felia untuk keluar dari bilik ini. 

Felia ketap bibir. Terasa kesal dengan diri sendiri. Namun dia gagahkan kaki untuk melangkah walaupun sebenarnya dia berat hati. 

Jungkook di meja kerja bercekak pinggang, menunggu wanita itu beredar sepenuhnya dari rumah mereka. 

"Aku minta maaf, Min..."

"Diam, sebelum aku benci kau sampai aku mati." Felia terus senyap dan tanpa menoleh dan meminta maaf lagi, dia terus mengatur langkah lebar keluar dari bilik dan terdengar juga bunyi pintu rumah terkatup. Min Young menarik nafas panjang dan lelah. Mata terpejam rapat, cuba kuatkan diri dengan perkara yang baru sahaja terjadi ini. 

"Sayang..." Jungkook mendekati, terasa tangannya dipegang tetapi segera ditepis. Min Young mengangkat kepala memandang Jungkook yang kini sudah berada dekat dengannya. Wajah itu dipandang lama. Entah kenapa, dia rasa curiga. Bukan setakat Felia sahaja, malah rasa curiga dan ragu-ragu itu berjangkit sekali pada Jungkook. 

"Kenapa ni?"

"Awak tanya saya kenapa?" Soal Min Young. Jungkook telan liur. Dah agak. 

"Saya sendiri tak tahu kenapa kawan awak macam tu. Saya tak faham." 

"Tak faham atau buat-buat tak faham?" Min Young bertanya sinis. Bibirnya bergetar menahan tangis yang begitu lama dia sabarkan supaya tidak terhambur di hadapan Felia. Tetapi kali ini dia lemah dan dia tidak mampu untuk halang air matanya keluar. Dia terlalu sedih. Terasa seperti dirinya dikhianati.

"Sayang, saya tak pernah sekalipun terfikir nak curang. Awak kenal saya. Awak tahu saya macam mana, kan? Saya tak pernah ada kawan perempuan pun."

"Habis tu Felia? Macam mana dia boleh suka? Sejak pertama kali dia datang sini dia dah suka dekat awak. Masa tu kita belum berbaik lagi. Saya tak ada dekat rumah masa tu. Tiba-tiba je saya masuk rumah awak duduk dekat-dekat dengan dia. Awak ingat saya tak curiga ke? Hmm?" Tanya Min Young berkali-kali membuatkan Jungkook ternganga. Tak faham.

"Awak sendiri tahu apa jadi masa tu kan? Kenapa nak ungkit benda yang dah lepas?"

"See? Awak rasa saya ungkit sebab itu memang salah awak, right? Jungkook, Felia tu tak pernah bercinta seumur hidup dia, tak pernah sukakan mana-mana lelaki. Hidup dia cuma fokus dekat kerja, family dengan kawan je. Semua lelaki yang suka dia, tak ada satu pun yang dia suka. Tak ada langsung yang berkenan dekat hati dia. Tapi kenapa hari ni dia cakap dia sukakan awak pula?"

Jungkook mengeluh berat. Dia menahan tangan pada jenang pintu, cuba untuk tidak menaikkan suara dan menidakkan tuduhan Min Young yang tidak berasas itu. Merepek sungguh. 

"Sumpah, saya tak tahu apa-apa. Saya.."

"Tak ada pokok yang bergoyang kalau tak ada angin dan takkan ada tetamu yang masuk rumah kalau tuan rumah tak buka pintu." Jungkook terdiam mendengar kiasan pedas itu. Walaupun bukan salahnya tetapi dia yang tertuduh. Tiba-tiba Min Young meletakkan segala kesalahan di bahunya. Perkara yang tak sepatutnya masuk dalam perbincangan ini juga terlibat. 

"Awak cakap apa ni? Sayang, please." Rayuannya tidak dipedulikan. Min Young pusingkan tubuh dan berjalan perlahan menuju ke bilik satu lagi yang berada di hujung sekali. Jungkook cuma memerhati. Tidak pula dia menahan atau bersuara. Dia tahu, Min Young perlukan masa. Dalam keadaan isterinya mengandung dan hampir mencecah 6 bulan, pasti emosi Min Young kurang baik. Ditambah pula dengan situasi yang berlaku tanpa dapat dijangka seperti ini. 

Melihat Min Young tutup pintu bilik tanpa dikunci, Jungkook tersenyum nipis. Dia tahu Min Young perlukan masa untuk bersendirian. Jika Min Young sudah bersedia dan bertenang, dia akan datang semula kepada Jungkook dengan hati yang rela. Buat masa ini, biarlah Min Young ambil masa dahulu. Dia tidak akan menganggu walau sesaat pun. 

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now