✨Bab 49✨

472 76 15
                                    

"Terima kasih." Jungkook keluar dari perut kereta teksi sebaik sahaja dia mengucapkan terima kasih kepada pemandu teksi tersebut. Bagasi yang berada di bonet kereta dikeluarkan, Jungkook tanpa berlengah segera ke pintu pagar. Lama dia tidak datang ke rumah ini. Bukan rumahnya dan Min Young, tetapi rumah keluarganya. Sungguh nampak tidak terurus dan usang. Rumput memanjang hampir paras lutut, dinding mula naik lumut.

Nafas Jungkook terhela panjang. Hidupnya kini sendiri. Tiada ahli keluarga, tiada isteri di sisi. Bukan kerana dia ego, tetapi kerana dia mahu memberi ruang dan waktu buat Min Young. Dia juga perlukan waktu dan sedia untuk isterinya. Dia cukup kenal Min Young. Min Young mempunyai hati yang sangat baik dan baik. Dia tidak perlu bertanya. Min Young sendiri yang akan datang kembali kepada dirinya jika wanita itu sudah bersedia dan memaafkan. Biarlah ikhlas daripada dia memaksa dan Min Young menerimanya kembali dan isterinya itu terima dalam keadaan tidak rela.

Jungkook masuk ke dalam rumah bersama bagasi besarnya. Penuh habuk dan agak tidak menyenangkan. Tiada bau wangi walau sedikit pun. Cuma bau habuk dan terkadang bau hanyir darah. Ketika kejadian meragut nyawa ibu dan ayahnya, darah itu masih lagi berbekas di atas lantai sehingga sekarang. Jungkook nampak dengan begitu jelas sekali aliran darah yang sudah kering itu merata di atas lantai, tangga rumah dan mungkin juga ada di lantai tingkat atas.

Keluhan panjang terlepas. Jungkook memasang niat. Dia mahu rumah ini dicuci bersih. Dia tidak mahu ada satu kenangan pun yang ada. Biarpun ahli keluarganya meninggal dunia kerana Min Young, dia tetap tidak akan meletakkan salah itu pada bahu Min Young sahaja. Punca Min Young jadi begitu kerana dia. Semuanya datang dari dirinya juga.

"Minta tolong orang kemas rumah jelah. Malas nak kemas sendiri." Belum sempat Jungkook hendak berbuat apa-apa, tangannya sudah pun menyeluk telefon bimbit di dalam poket jaket hitamnya. Nombor telefon agensi pembersih rumah dicari sebelum didail nombor tersebut.

"Helo, Tuan Jeon."

"Agensi pembersih rumah Seoul, kan?" Jungkook berjalan ke arah tingkap rumah. Langsir yang berhabuk itu ditolak ke tepi.

"Ya, Tuan Jeon. Saya kenal tuan. Tuan yang pegawai tentera tu kan?" Suara wanita itu kedengaran ceria. Jungkook tersenyum nipis. Kalau dah kenal, senang kerjanya.

"Ya betul. Saya nak minta tolong awak untuk cari seorang pembantu rumah. Tapi saya tak nak lama. Saya letak kontrak 2 bulan je untuk bersihkan rumah."

"Boleh, tuan. Lelaki? Perempuan?"

"Lelaki ada?"

Wanita di dalam talian itu senyap seketika. Kedengaran bunyi papan kekunci ditekan-tekan laju. Jungkook menanti dengan penuh sabar. Tidak terburu-buru, cuma dia mahu cepat sahaja memandangkan dia tiada masa untuk berlama-lama di sini. Esok dia perlu bersiap ke tempat latihan dan pengumpulan anggota dan pegawai sebagai tanda kembali bertugas. Jadi petang dan malam ini dia perlu bersenam untuk meningkatkan stamina tubuh yang kian menurun.

"Lelaki... setakat ni penuh, tuan. Yang ada perempuan, tu pun tinggal satu. Dia orang baru dekat agensi kami. Tak ada sesiapa lagi yang booking dia, tuan."

"Ohhh.. tua ke muda? Saya tak nak terlalu berusia sebab saya nak suruh kemas satu rumah saya ni. Termasuklah tebas rumput-rumput dekat luar, bersihkan pool dengan kolam ikan."

"Uish, kerja berat tu, tuan."

"Sebab tu lah saya nak pekerja lelaki." Kata Jungkook dengan suara meleret. Wanita yang bertugas melayan kerenahnya itu tertawa halus. Runsing juga kepala dengan pelanggan yang seorang ini. Agak cerewet dan dia sudah sedia maklum tentang itu kerana keluarga Jungkook pernah mengambil pembantu rumah dan agensinya ini.

"Hmm.. kalau macam tu, tuan kena tunggu pekerja lelaki masuk. Boleh, tuan?"

"Saya nak cepat. Tapi kalau tak ada, awak ambil jelah orang baru tu. Dia cuma perlu bersihkan dekat dalam rumah je. Dekat luar-luar tu nanti pandai-pandailah saya cari orang." Ujar Jungkook lagi. Kata putus diambil. Malas rasanya hendak peningkan kepala sendiri.

"Okey, baiklah. Kalau macam tu, saya uruskan pembantu rumah yang baru tu untuk tuan. Tuan nak settle sendiri atau saya yang uruskan semuanya?"

"Awak uruskan semua. Gaji untuk dua bulan tu saya bagi 1,714,877.00 won (RM6,200). Masuk kerja pukul 7 pagi, balik 6 petang. Tak perlu buat kerja kelam-kabut sebab saya bagi masa dua bulan untuk bersihkan dekat dalam. Semua tingkat, tak nak ada satu habuk pun bila saya balik nanti. Kalau saya nampak ada something yang tak best, ada benda yang hilang, saya cari awak dulu." Kata Jungkook lancar. Wanita tersebut faham dan cukup mengerti dengan permintaan lelaki ini.

"Lain, Tuan Jeon?"

"Dia tak boleh tidur atau bermalam dekat sini tanpa kebenaran saya. Nombor telefon dia nanti bagi dekat saya dan jangan lupa bagi nombor telefon saya dekat dia juga. Yang paling penting, saya nak dia tepati masa dan ikut arahan." Tokok Jungkook lagi.

"Amboi, tuan. Dah macam bercakap dengan anggota tentera. Seram saya." Kata wanita tersebut. Jungkook cuma tertawa sahaja.

"Tak ada yang menakutkan pun bekerja dengan saya. Saya pun manusia juga."

"Oh ya, tuan. Saya lupa nak bagitahu. Pembantu rumah tuan ni lepasan ijazah undang-undang dan tak silap saya dia pernah jadi peguam bela dekat daerah Seoul. Cuma dekat resume dia ni... tak bagitahu pula which part of Seoul." Kening Jungkook ternaik. Agak terpegun dengan kata-kata wanita tersebut. Tangan memeluk tubuh sambil bersandar pada belakang sofa. Mata memandang luar melalui tingkap yang sudah disingkap langsirnya tadi.

"Peguam bela tiba-tiba nak jadi pembantu rumah. Dah kenapa?"

"Firma guaman yang dia kerja tu ada isu rasuah dengan klien. So dia ambil keputusan untuk berhenti dan cari kerja lain. Saya cuma tahu tentang itu je. Kalau tuan nak tahu lebih, tuan tanya sendirilah dengan pembantu rumah tu nanti." Kata pekerja wanita tersebut. Kepala Jungkook terangguk-angguk. Faham. Baguslah jika begitu. Nampaknya pembantu rumahnya itu seorang yang telus dan amanah ketika bekerja. Sanggup korbankan karier sebagai seorang peguam dan mencari pekerjaan yang tiada kena-mengena langsung dengan bidangnya.

"Okeylah. Saya rasa nanti kalau ada apa-apa, saya sendiri yang bagitahu dekat dia. Ingat, kalau dia bermasalah, saya cari awak dulu."

"Baik, tuan. Setakat ni agensi kami tak pernah bagi masalah dekat klien."

Jungkook angguk-angguk. "Baguslah kalau macam tu."

"Tuan nak resume pembantu rumah tu or..."

"Tak perlu. Saya percayakan awak."

"Betul ni, tuan? Nama, umur, status tu tuan tak nak tengok?" Soal wanita itu lagi.

"Tak penting. Yang penting, dia pandai buat kerja. Tu je." Kata Jungkook. Wanita tersebut akur dan menurut kata. Mereka berbual ringkas buat beberapa saat sebelum Jungkook menamatkan panggilan. Telefon bimbitnya dicampak di atas sofa dan kekalkan kedudukan tubuh seperti tadi.

"Minta-mintalah semuanya selesai dua bulan ni." Jungkook sudah menghitung-hitung dalam kepala. Selesai sahaja dia bertugas selama dua bulan nanti, kandungan Min Young masuk 9 bulan. Dalam masa beberapa hari selepas itu Min Young akan bersalin dan anak keduanya bakal lahir ke dunia. Jungkook sangat berhati-hati kali ini kerana anak pertamanya tidak dapat diselamat gara-gara dia sendiri.

Ting! Ting!

Telefon bimbit Jungkook berbunyi. Jungkook menoleh dan dia mencapai telefon pintar itu untuk membaca mesej yang baru sahaja masuk.

Hai, Tuan Jeon Jungkook. Saya Fia Kim, pembantu rumah tuan yang baru.

"Fia. Dah tak ada nama lain agaknya. Lebih kurang sama dengan betina tu." Jungkook hanya membiarkan mesej itu tidak berbalas. Tiada perkara penting pun. Normal baginya untuk seorang pekerja memperkenalkan diri kepada majikan. Tetapi memandang Fia itu sendiri sudah mengenalinya dan tahu namanya, jadi dia tidak perlu membalas apa-apa. Tiada kepentingan dan itu memang sikap semula jadi Jungkook.

Jungkook terus berdiri tegak dan mengatur langkah naik ke tingkat atas. Mahu berehat seketika dan tidur sementara ada masa. 

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now