MALAM YANG GELAP ( CERITA PENDEK)

60 0 0
                                        

Aku tidak suka memandu dimalam hari. Aku rabun jauh plus rabun malam. Tapi kerana sudah berjanji dengan kawan sekolah untuk datang ke majlis perkahwinan besok hari, aku ketepikan masalah rabun. Aku bertolak agak lewat sedikit kerana menyiapkan tugasan di pejabat terlebih dahulu.  Ada tugasan yang perlu disiap hari ini juga memandangkan isnin aku ambil cuti.

Aku tak pernah pergi ke rumah zaralina. Aku panggil dia Zaral. Ini adalah pertama kali aku ke sana. Dan aku yakin boleh sampai ke rumahnya sebelum lewat malam.

Aku boleh baca peta lokasi dan instruction yang diberi oleh Zaral. Aku ikut seperti yang dinyatakannya dalam whatapps.

Tapi..

Sampai pukul 10 aku tak jumpa pun rumah dia. 

Kampung Zaral memang agak jauh terpencil. Lepas aku nampak simpang aku terus saja masuk ikut instruction dari Zaral. Diawal masuk kampung saja ada lampu jalan. Selepas itu gelap.

Dah pukul 10 malam. Keadaan agak sunyi. Sepanjang perjalanan tadi, rumah rumah sudah bertutup pintu. Dah lewat malam, siapa lagi nak lepak lepak di luar. 

Aku berhenti di tepi jalan. Aku rasa aku sudah sesat.

Aku dail no telefon Zaral.

Deringan kedua baru di angkat.

" Hello Zaral"

" Hello. Ha..Reena, kau kat mana ni. Apasal tak sampai lagi?"

" Arr.. tu la nak bagitau ni, aku sesat"

'Hah? Sesat? Kau kat mana sekarang?"

" I don't know. Aku masuk simpang aku terus straight macam kau bagi tau" aku cuba mengingati mula mula aku masuk simpang.

" Nanti aku send location kat kau. Cepat sikit eh. Lewat dah ni"

" ok ok" aku terus putuskan talian.

Message whatapps pop up di screen. Message dari Zaral.

Belum sempat aku baca screen jadi gelap.

Eh!

Kenapa ni? Aku tekan tekan.

Arghhh! Shit!

Aku tak sempat charges telefon sebelum bertolak. Aku tak puas hati. Aku tekan tekan screen telefon. Masih juga gelap.

Kecut perut tiba tiba.

Telefon tiada bateri!

Oh myyy..

Rasa sejuk sudah sampai ke muka. Mesti aku pucat.

Oh God!

Aku sampai rumah dekat jam 7. Lepas mandi apa semua, tak sempat makan pun, aku terus bertolak. Singgah kedai sekejap beli roti. Sebab lapar aku makan dulu ditepi jalan.

Nahh sekarang aku dah lewat.

Lewat dan keseorangan.

Bateri telefon dah mati.

Aku pandang sekeliling kemudian keluar dari kereta.

Mana tau, lebih nampak dari luar kereta.

Tempat ni tiada lampu jalan. Hanya lampu kereta aku.

Nampaknya hanya kereta aku di tengah tengah jalan raya.

Aku fokus melihat sekeliling, mungkin boleh nampak rumah orang ke apa. Tapi akhirnya tiada apa yang nampak.

Kat mana aku ni?

Menyesal aku tak charge telefon dulu. Powerbank memang tak ada. Aku malas bawa powerbank sebab aku sentiasa pastikan telefon aku charge sebelum ke mana mana. 

Malam Yang Gelap (Cerita Pendek)Where stories live. Discover now