Bab 5

132 15 5
                                    

Aku melihat sekeliling taman permainan yang telah lama aku tinggalkan. Yelah, sejak sibuk dengan study dan kerja sambilan aku dah jarang beriadah. Kalau ada pun mungkin sebulan sekali.

Aku datang hari ni pun sebab ada orang tu ajak keluar. Kononnya nak berkenalan dengan aku. Macam tak ada tempat lain. Kat taman selalu aku lepak jugak dia nak ajak berjumpa.

Aku pandang sekeliling. Di tengah musim perayaan macam ni masih ada juga kanak-kanak yang datang bermain. Bukan setakat kanak-kanak, sekali mak dengan ayah pun join. Teruja aku melihat mereka bermain. Mula lah time macam ni nak teringat zaman kecil-kecil dulu.

Dulu aku dengan kak Mel ibarat kalau di mana ada aku, di situ mesti ada dia jugak. Semua masalah pun aku akan ceritakan pada dia. Tapi sekarang semua dah lain sebab masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Kalau lah masa dapat diputarkan kembali... aku nak sangat lalui zaman kanak-kanak balik. Boleh bahagia bermain, tak perlu bimbang fikirkan masalah dunia.

"Ada dua perkara dalam kehidupan ni yang kita tak boleh ubah."

Aku tersentak dengan suara yang muncul tiba-tiba. Bagi lah salam dulu kalau ya pun baru sampai. Saja nak bikin roh aku terkeluar dari jasad!

"Dua perkara tu adalah masa dan usia. Kita tak boleh putarkan semula masa dan usia yang kita pernah terlepas. Sebab peluang yang datang cuma hadir sekali aje. Zaman kanak-kanak memang bahagia sebab kita boleh bebas bermain. Kalau tercedera masa bermain pun takkan lama sebab tak berbekas di hati. Tapi kita tak sedar, sebenarnya zaman kecil kita tu lah proses kematangan kita berlaku. Tempoh persiapan kita untuk menempuh alam dewasa."

"Setiap manusia yang beranjak dewasa sebenarnya ada kebahagiaan yang Allah kurniakan. Tapi kita yang selalu terlepas pandang. Kurang bersyukur sebab terlalu cemburukan kebahagiaan orang lain. Sedangkan ramai lagi kat luar sana yang tak bernasib baik macam kita. Kunci untuk bahagia cuma satu, Ad. Dalam hati kita sendiri sebenarnya."

Aku masih diam menghadam semua kata-kata gerangan tadi. Kepala aku dongakkan melihat dia yang masih berdiri sambil berpeluk tubuh.

"Macam mana kau tahu apa yang aku tengah fikirkan?" Aku menyoal tidak percaya. Jawapan yang dia beri sama persen dengan soalanku.

"Aku cuma bagitahu apa yang aku nak cakap. Sebab dekat hospital pun ramai patient aku yang selalu rasa tak beruntung dalam kehidupan. Masing-masing nakkan zaman muda diorang. Nakkan diri mereka yang sihat macam dulu. Sedangkan semua tu dah tak boleh kembalikan kecuali kalau penyakit dicegah dari awal. Bila dah terlambat apa lagi yang boleh buat? Cuma boleh ubati aje lah walaupun terpaksa menahan seksa bergantung dengan ubat. Kalau kronik, terpaksa lah menjalani pembedahan."

"Riz." Aku memanggil. Menepuk tempat duduk bersebelahanku.

"Yes," dia melabuhkan duduk. Anak matanya merenung wajahku yang agak muram.

"Kenapa kau nak kahwin?" Aku menjeling dia dengan ekor mata. Melihat wajahnya bertukar semacam aku cepat-cepat perbetulkan soalan tadi.

"Err... maksud aku, kenapa kau nak kahwin dengan aku? Aku ni biasa-biasa aje kerja tetap pun belum ada. Study pun ala kadar aje masa dekat kolej dulu."

"Tak macam kau.. dah ada karier sendiri, ilmu pun lagi tinggi. Kenapa kau nak jugak pilih aku yang belum ada apa-apa ni?" Aku membuang pandangan ke arah lain. Memang ni yang aku nak tahu sebelum terima dia sebagai suami. Ye, walaupun suami tangkap muat aje.

"Sebab kau ada keistimewaan sendiri." Aku nampak dia cuba mengawal senyum. Susah betul nak pandang aku bila bercakap. Kalau pandang pun mesti sekejap aje lepas tu pandang tempat lain.

"Tu aje?" Tipulah. Paling tidak pun orang macam dia mesti nak yang setaraf dari segi pendidikan.

"Kau ingat pilih pasangan tu memang perlukan kesempurnaan dulu ke?" Dia menyoal aku balik. Membuatkan aku terdiam sekejap.

"Mana lah tau... nanti lepas setahun dua kahwin kena tinggal sebab rasa tak sepadan."

"Kenapa kau fikir macam tu?" Aku membatu. Malas nak jawab.

"Okey lah aku jujur dengan kau. Memang aku dah tutup hati aku untuk bercinta dengan mana-mana perempuan. Dalam hati aku, perempuan ni tak ada seorang pun yang boleh dipercayai. Semuanya sama aje nakkan harta. Bila senang ada di sisi, bila susah cari yang lain. Yang boleh bagi kemewahan pada diorang."

Aku tahan geram dengan persepsinya terhadap kaum hawa. Sorry sikit... tak semua macam tu okey!

"Dah tu kenapa kau tiba-tiba nak kahwin dengan perempuan? Kan semuanya tak boleh dipercayai. Tak boleh pakai." Choi... soalan kau Ad! Takkan dia nak kahwin dengan lelaki pulak. Ish!

"Satu je jawapannya Ad."

Belum sempat aku nak bertanyakan jawapan, dia dah melangkah ke pergi ke arah seorang kanak-kanak. Comel. Nampak dalam umur 5 tahun macam tu.

"Adik nak coklat tak? Akak ni ada banyak coklat. Pergi mintak dengan dia." Aku terkebil-kebil. Dah kenapa mamat ni? Dah la suka-suka ambik anak orang.

"Hai akak! Nak coklat. Abang tu cakap akak ada coklat. Hehee..." Tangan kecilnya dihulurkan kepadaku.

"Kau ni lah Riz! Kedekut betul! Lori aiskrim punya besar gedabak kat depan tu kau mintak aku bagi dia coklat aje? Tak patut betul." Aku menggeleng. Lantas tangan kecil tadi aku paut bawa dia berjalan ke arah lori aiskrim.

Aiksrim coklat menjadi pilihan kanak-kanak tadi. Dia tersenyum riang sebelum kembali duduk di buayan. Aku hanya membalas dengan usapan lembut di kepalanya.

Farriz yang masih duduk di bangku, aku dekati.

"Nampak tak? Kau tak sama macam perempuan lain, Ad. Kau suka beri kebahagiaan pada orang lain. Bila susah, kau akan beri pertolongan bukan meninggalkan."

Cis, dia test aku rupanya tadi.

"Hati aku pun memamg rasa dekat je dengan kau. Macam ada magnet bila aku dengan kau macam ni."

Aku kemam bibir. Terasa meremang semacam bila diberi kata-kata macam ni. Aku tak pernah berminat dengan ayat manis lelaki. Tapi kenapa dengan ayat manis dia ni aku rasa lain? Boleh rasa keikhlasan tu datang dari hati.

"Kau tak kisah walaupun umur kita jauh beza? Aku muda banyak daripada kau. Nanti orang cakap kita ni macam adik dengan abang pulak."

Kuat pulak aku dengar dia ketawa. Tak betul agaknya mamat ni. Berani dia gelak dengan soalan aku yang acah-acah serius tu.

"Tu ke yang kau risaukan?" Ah, sudah dia senyum mengusik pulak. Jantung... steady please. Eee tak suka betullah!

"Yelah nanti bukan setakat macam abang dengan adik, silap hari bulan orang ingat kau tu pakcik aku." Aku cuba gelak untuk membalas tawanya. Namun kedengaran hambar yang amat.

"Why not? Umur bukan penghalang wahai cik Ad yang comel. Lagipun kalau lebih tua, lagi banyak pengalaman. Tak gitu?" Terangkat-angkat keningnya memandangku dengan senyuman di bibir. Sah mamat ni something wrong somewhere.

"Pengalaman apa tu? Kau jangan nak bukan-bukan eh." Aku mengecilkan mata membalas renungannya.

"Otak kau tu lain kali sila rendam dengan iodin. Biar mati segala bakteria yang buat fikiran tu ke laut." Amboi, ayat dia!

"Maksud aku pengalaman dalam kehidupan. Lagi berusia lebih matang. Boleh sabar handle perangai kau."

Aku dah malu sendiri. Eleh... nak cakap perangai aku susah nak handle lah tu!

"Ops, sorry. Jangan marah tau nanti bertambah satu uban kat kepala." Helaian daun yang telah aku koyakkan selamat menjadi hiasan atas kepalanya. Perlahan-lahan melorot turun ke wajahnya pula.

"Husna Adilla!"

Aku menjelir dengan sengihan panjang. Sikit pun tak gerun dengan suaranya yang agak memetir.

Tua-tua pun comel!

Indahnya Rasa BahagiaWhere stories live. Discover now