Bab 8

110 12 2
                                    

Hari raya kian melabuhkan tirai. Tepat pukul 12 malam nanti tamat lah hari raya puasa untuk tahun ni. Not bad rayanya kali ni walaupun tak meriah sangat. Tapi diisi dengan penuh kenangan. Dan ehem... momen yang baru bersama insan yang tak lama lagi akan menjadi tunangannya.

Sekejap lagi dia akan pergi ke kedai emas. Macam tak percaya yang dia akan pergi membeli cincin dengan Farriz.

Masa sebelum raya hari tu, bukan main lagi dia cakap kat Fir nak try jadikan abang Fir eksperimen aje. Sekarang macam tiba-tiba tersangkut untuk ada serious relationship. Yang paling tak menahan, perkenalan mereka cuma dibuat sepanjang tempoh hari raya. Itu pun tak ada lah berjumpa sangat. Sekali sekala aje.

"Boleh aunty masuk tak?" Lirikan mata Husna beralih ke pintu kamar. Tak perasan pulak aunty Sofea berdiri ketuk pintu tadi.

"Masuklah aunty." Aunty Sofea mengambil tempat bersebelahnnya di birai katil. Dia menggapai tangan Husna dan dibelai lembut. Sentuhan aunty Sofea terkadang Hsuna rasakan sama seperti arwah mama. Mungkin kerana sebelum ini dia adalah sahabat kepada mama.

"Ad dah bersedia nak kahwin?"

"Kenapa aunty tanya?" Soalan tak dijawab, malah dia membalas dengan pertanyaan.

"Aunty bukan apa... sebelun kahwin ni, biarlah kita kenal betul-betul dulu dengan pasangan kita. Aunty sayangkan Ad. Aunty taknak tengok Ad terluka. Itu aje."

"Sebab tu lah Ad pilih untuk bertunang dulu. Ad nak kenal dengan hati budi dia. Aunty tak payah risau lah pasal Ad." Husna menarik tangan yang berada dalam genggaman aunty Sofea.

"Sampai sekarang Ad masih belum terima aunty kan? Ad tak boleh terima hakikat yang mama Ad dah mati."

"Aunty jangan cakap apa-apa pun pasal mama. Tak ada sesiapa kat dunia ni boleh gantikan tempat mama Ad. Termasuklah aunty." Disebabkan ini lah dari awal dia memang tak selesa dengan aunty Sofea walaupun ibu tirinya itu ialah kawan mama. Bagi Husna, aunty Sofea ingin dia  lupakan mama dan dapat menyayangi dia seadanya.

"Ad hidup dengan bayang-bayang orang yang dah tak ada. Aunty kan ada, aunty pun boleh jadi seorang ibu untuk Ad."

Husna menggeleng keras.

"Ad ada seorang aje mama. Biarlah dah mati sekalipun, dia tetap mama Ad sampai bila-bila." Air yang bertakung di kelopak mata dia tahan semampu mungkin. Dia dah berjanji tak akan menangis lagi tiap kali bicara tentang mama.

"Dah 4 tahun berlalu Ad. Lagipun mama Ad dulu pun bukannya baik sangat. Kalau tak, takkan secepat tu papa Ad boleh cari pengganti dan kahwin dengan aunty."

"Aunty tak ada hak nak cakap macam tu dekat mama Ad! Patutlah Ad memang tak boleh nak terima aunty. Tak sangka aunty busuk hati dengan mama Ad."

Suasana antara mereka berubah tegang. Husna pamit diri turun ke tingkat bawah. Hatinya semakin pedih bila terpaksa memandang muka aunty Sofea.

Langkahnya terhenti melihat Encik Harith dan Puteri Ellycia di sofa. Berat hatinya nak meninggalkan papa dan adik. Lepas ni sunyi balik lah kehidupannya tinggal seorang diri kat rumah.

"Riz dah sampai, Ad. Dia tengah tunggu kat luar." Husna mengangguk. Terdengar deruan enjin sejak dia masih bertelingkah dengan aunty Sofea.

"Nanti Ad terus balik rumah kita yang dulu. Ad nak tenangkan diri kat sana. Papa jangan tunggu Ad tau sebab lepas beli cincin nanti Ad tak singgah sini dah." Dia tunduk menyalami papa. Perasaan sayu yang datang cuba dibuang jauh-jauh dari hati.

Indahnya Rasa BahagiaWhere stories live. Discover now