Pejam celik, pejam celik.
Nampaknya sudah hampir tiga bulan Diandra bekerja sebagai jururawat peribadi kepada Tengku Harris Naufal.
Ada saja karenah Tengku Harris yang ingin mengambil hatinya itu.
Tengku Harris mencari kelibat Diandra namun tidak ketemu.
Perlahan kedua belah tangannya menolak kerusi roda yang didudukinya itu. Mahu mencari sosok tubuh Diandra.
"Sayang... Sayang..." Panggil Tengku Harris sedikit kuat. Tetapi tetap tiada sebarang sahutan. Tengku Harris hairan.
"Sayang!"
Tengku Harris menggerakkan kerusi rodanya ke arah kolam renang yang berada di sebelah kiri rumahnya. Ternyata Diandra memang berada di situ. Dia melihat Diandra sedang berbual dengan seseorang melalui telefon.
Tengku Harris semakin menghampiri.
"Dian ok jer mak. Mak jangan risaulah. Dian boleh jaga diri. Lagipun ni memang kerja Dian kan."
"Ya. In Sha Allah minggu depan Dian balik. Dian dah cakap kat Datin Maryam yang Dian nak cuti tiga hari. Nak balik jumpa mak."
"Baik mak. Mak jangan buat kerja berat-berat tau. Sayang mak. Bye. Assalamualaikum."
Diandra terus mematikan talian.
"Sayang." Panggil Tengku Harris yang berada di belakangnya.
Terhinjut bahu Diandra akibat terkejut. Hampir tercampak telefon Vivo Y30 miliknya yang berada dalam genggamannya.
"Ya Allah. Tengku Harris. Terkejuy saya. Kenapa Tengku datang sini? Kenapa tak rehat? Kan Tengku baru balik dari fisio." Diandra menayangkan muka hairan apabila Tengku Harris merenungnya sebegitu rupa.
'Apa? Ada yang tak kena ke dwngan mukanya itu? Comot ke?'
"Erk. Kenapa tenung saya macam tu?"
"Kenapa sayang nak balik kampung tak bagitau abang?" soal Tengku Harris terus.
"Tapi saya dah bagitau Datin Maryam. Lagipun Datin dah luluskan pun permohonan cuti saya. Lagipun dia boss saya bukannya awak, Tengku Harris."
Diandra menayangkan riak jengkel lalu memalingkan mukanya ke arah kolam renang. Tak sanggup mahu terus menatap muka kecewa Tengku Harris.
Hatinya akan cepat terusik.
Ya! Dia akui memang sedikit sebanyak hatinya tercuit dengan segala perlakuan Tengku Harris yang tidak pernah jemu mahu memujuknya sepanjang dia bekerja di sini.
Tanpa sedar, hatinya mula lembut perlahan-lahan.
Tengku Harris menggerakkan kerusi rodanya menghampiri Diandra yang sedang berdiri meghadap kolam renang itu.
Tangan Diandra terus dicapai lalu digenggam erat. Akibat daripa genggaman erat itu, Diandra terus memalingkan badannya menghadap Tengku Harris yang masih setia merenung raut wajah bujur miliknya.
"At least sayang, you should tell me. Don't make me worry. Abang tak akan halang sayang nak balik kampung. Abang tahu sayang rindukan mak sayang. Tapi please bagitau abang. Jangan buat abang tertanya-tanya kr mana sayang menghilang." ujar Tengku Harris sambil menatap lembut ke arah mata milik Diandra.
"Lepaslah Tengku Harris. Saya tahu macam mana nak jaga diri saya. Tak berbaloi pun kalau awak risaukan saya. Bukannya dapat apa pun." Diandra mencebirkan bibirnya.
"Memang tak dapat apa-apa tapi abang tak lah risau bila sayang hilang tiba-tiba dari pandangan abang nanti." Genggaman pada tangan Diandra semakin dieratkan.
YOU ARE READING
SIAPA AKU DI HATIMU (SU)
RomanceRanking: #1 bersama (28/01/2021) Ranking: #6 kembali (31/01/2021) Ranking: #9 kesayangan (31/01/2021) Rankinh: #2 bersama (09/03/2021) Hubungan cinta yang terjalin antara Tengku Harris Naufal dan Diandra Qaisara bukanlah lahir dari hati yang ikhlas...