BAB 8

593 25 8
                                    

Diandra melangkah perlahan menuju ke arah bilik seorang lelaki yang telah memusnahkan hatinya! Harapannya! Hancur! Lebur!

Betapa sakit hatinya apabila perlu melihat wajah itu buat kesekian kalinya. Kenapa dia perlu dipertemukan sekali lagi dengan lelaki itu setelah tiga tahun berlalu.

'Apakah petanda itu? Ya Allah!Bantulah hambaMu ini. Berikan aku petunjukMu Ya Allah.' Doanya di dalam hati.

"Hah Dian. Kamu ok tak ni? Nampak macam gelisah je. Ada masalah ke? Ada apa-apa yang boleh saya tolong?" soal Doktor Laila. Dia hairan melihat wajah mulus gadis di hadapannya ini.

"Tak ada apalah Doktor. Saya ok aje. Doktor jangan risaulah" senyuman dihadiahkan buat Doktor Laila meskipun senyuman itu dirasakan agak tidak ikhlas. Dia tak nak Doktor Laila tahu apa yang dia cuba sembunyikan.

"Kalau macam tu,jom kita ke bilik Tengku Harris sekarang. Sekarang saya perlu check dia. Kalau dia tak ada apa-apa, dia dah boleh balik laa tu." ujar Doktor Laila. Dia merupakan Doktor tetap yang merawat Tengku Harris manakala Diandra pula pembantu Doktor Laila.

Diandra hanya memberikan anggukan sebagai balasan.

******************************
Pintu wad vvip itu dibuka. Terpampang jelas wajah Tengku Harris di kornea mata mereka berdua. Mereka berjalan menuju ke arah katil di mana Tengku Harris berada.

"Tengku Harris,macam mana rasa hari ni?Sihat?Rasa sakit kat mana-mana lagi tak?" soal Doktor Laila.

Tengku Harris terus-terusan merenung wajah Diandra. Diandra yang perasan panahan mata Tengku Harris terus menundukkan pandangan.

"Saya ok. Rasa sakit tu dah kurang cuma kaki ni laa tak boleh buat apa-apa. Tak rasa! Tak boleh bergerak!"

"Tengku Harris. In Sha Allah Tengku Harris akan sembuh kalau Tengku Harris rajin buat fisio. Yang penting Tengku Harris tak boleh skip appoinment tu. Kalau skip macam mana Trngku Harris nak cepat sembuh" lembut Doktor Laila berbicara. Cuba memujuk pesakitnya agar membuat fisioterapi. Dia tak nak pesakitnya cepat berputus asa. Hanya pasrah! Langsung tidak berusaha!

"Bila saya boleh keluar ya Doktor?" soal Tengku Harris. Matanya masih memandang wajah wanita yang pernah disakitinya.

Menyesal! Itu perkataan yang paling sesuai untuknya sekarang! Penyesalan yang menggunung di dalam hati. Bila dia sedar yang dia sudah jatuh cinta dengan Diandra, semuanya sudah terlambat. Diandra telah pergi meninggalkannya. Ingat lagi ketika dia bertembung dengan Diandra di perpustakaan, gadis itu pantas melarikan diri. Tak nak bertentang mata dengan dirinya.

"In sha Allah kalau tak ada masalah sampingan, Tengku Harris boleh balik hari khamis nanti."

"Doktor, saya nak hire nurse peribadi boleh?" soal Tengku Harris penuh berharap.

"Boleh Tengku. Nanti saya cakap kat pihak atasan yang Tengku Harris nak hire personal nurse"

"Saya nak Diandra yang jadi personal nurse saya,saya tak nak orang lain!" tegas Tengku Harris.

Diandra yang asyik menunduk pantas memaku pandangan matanya pada wajah selamba Tengku Harris.

"Kenapa saya? Saya tak nak laa!" bentak Diandra.

"Saya tak kira! Awak tetap kena jadi personal nurse saya! Nak saya mengadu kat pihak atasan ke?" soal Tengku Harris. Tegas.

Peluang! Yes! Ini sahaja peluang yang dia ada untuk mengubat kembali hati Diandra yang telah dia lukai. Ini sahaja cara yang dia nampak!

Doktor Laila kebingungan melihat pergaduhan kecil dua orang manusia di hadapannya itu.

"Doktor Laila! Saya tak nak jadi personal nurse dia!"Diandra membantah lagi.

"Tapi Diandra, ni permintaan pesakit. Awak tak boleh nak menolak. Awak yang akan kena dengan pihak atasan nanti. Awak terima aje lah ya. Lagipun dia kawan awak kan?" Doktor Laila cuba untuk memujuk Diandra. Entah kenapa dia rasa ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Diandra. Dia yakin tentang tu.

"Tapi Doktor... Huh, baiklah" Diandra terpaksa terima. Kalau tak dia yang akan susah nanti.

Diandra mengeluh buat kesekian kali.

Senyuman lebar terbit di bibir Tengku Harris.

Dia akan pastikan yang Dindra Qaisara akan menjadi miliknya kembali! Akan dirawat hati itu! Akan disemai benih cinta di hati itu! Akan dia pastikan yang dia tak akan lukakan sekeping hati milik wanitanya itu lagi! Itu janjinya!

Rasa agak lama tak update SADH ni.. Tak sempat nk update sebab masa tak mengizinkan. Terima kasih pada yang setia menanti cerita ni.. Tapi ada ke yang menanti cerita ni?Hahahaha

SIAPA AKU DI HATIMU (SU)Where stories live. Discover now