BAB 4 : Profesional

811 28 5
                                    

THROWBACK

Gedebuk! 

"Auch!"

Habis berteraburan segala buku yang di bawa oleh Diandra.

"Ops! Sorry I tak sengaja. Are you okay miss? "soal Harris

"Saya okay."balas Diandra.  Dia segera mengutip segala buku yang berteraburan akibat daripada perlanggaran tersebut. Lelaki tersebut juga turut mengutip buku yang berteraburan di atas lantai.

'Mampuslah aku. Aku ni dah lah lambat nak ke kelas ni. Boleh pula ter'accident dengan mamat handsome ni' monolog Diandra di dalam hati.

"Saya Tengku Harris Naufal. What is your name Miss?" soal Tengku Harris sambil menghulurkan tangan tanda perkenalan.

"Saya Diandra Qaisara. Just call me Dian"balas Diandra sambil membalas sambutan tangan tersebut.

"Erm. Nice name. You can call me Harris.Nice too meet You Dian" Tengku Harris menayangkan senyuman yang paling manis. Senyuman yang boleh mencairkan setiap hati insan yang bergelar wanita.

"Nice to meet you too Harris. Erm. I had to go now. See you when I see you. Bye. Assalamualaikum " ujar Diandra lalu berlalu pergi.

"Waalaikumussalam."balas Tengku Harris.

'Kau tunggulah Dian. You will know me. Tengku Harris Naufal. Playboy berjaya. Ops! Yang tu tak penting. Yang penting. Aku seorang Player yang berjaya! Tak sabar nak tengok kau tercampak dalam game aku' monolog hati Tengku Harris Naufal sambil menayangkan senyuman sinis.

END THROWBACK

*******

"Dian? Are you okay"soal Hawa sambil menapak ke arah Dian yang duduk di bangku di halaman rumah sewa mereka.

"Ya. I'm okay. Don't worry." balas Diandra sambil menayangkan senyuman nipis kepada Hawa.

"Betul ni? "soal Hawa lagi

"Ya. Betul"balas Diandra lagi

"Kau tak payah nak tipu aku Dian. Aku kenal kau dah lama tau. Bukannya hari ni aku baru kenal kau. Aku tahu kau tak okay. Cuba cerita kat aku. Kau kenapa? Teringat kat Harris tu lagi ke Dian? "soal Hawa. Panjang lebar.

"Kenapa? Kenapa dia perlu muncul semula dalam hidup aku Hawa? Selepas apa yang dia dah buat pada aku. Aku tak rasa yang aku boleh maafkan dia macam tu jer Hawa. I can't. "Diandra menangis teresak-esak.

Hawa terus menarik Diandra ke dalam pelukannya. Diandra memperketatkan lagi pelukan tersebut. Dihamburkan segala tangis di bahu Hawa.

"Pasti ada hikmah di sebalik semua ni Dian. Aku tahu kau kuat. Kau boleh hadap semua benda ni Dian. Allah tak akan uji hambaNya kalau hambaNya tak mampu Dian. " Hawa cuba untuk menenangkan hati Diandra yang lara.

"Aku tak kuat Hawa. Aku tak kuat." luah Diandra lagi

"Aku sentiasa dengan kau Dian. Aku tahu kau kuat"balas Hawa. Tangisan Diandra semakin menjadi-jadi

'Aku sentiasa sokong kau Dian' monolog Hawa dalam hati

******

"Dian.. Dian"panggil Tengku Harris.

"Ya Tengku. Tengku ada nak apa-apa ke? Atau rasa kurang selesa? "soal Diandra. Diandra cuba mempamerkan senyuman yang paling manis kepada Tengku Harris.

"Dian. Kenapa panggil saya Tengku? Kenapa pura-pura tak kenal saya Dian?Kenapa you tipu diri sendiri Dian?"soal Tengku Harris. Bertalu-talu.

"Tengku. Sejak bila saya kenal Tengku? I don't know who you're. And sekarang ni,kita ada kat hospital kan? Sekarang time saya kerja. Of course saya kena profesional. Tak gitu,Tengku?" balas Diandra sambil menayangkan senyuman kepada Tengku Harris.

"Sayang. You seksa hati I. I tak sanggup nak hilang you once again Sayang. Please. "rayu Tengku Harris.

Diandra kaget. Terus dia menayangkan muka slumber di hadapan Tengku Harris.

"Tengku. I had to go now. Saya kena check patient lain pula. Kalau ada apa-apa,Tengku tekan jer button merah tu. Okay? Assalamualaikum "ujar Diandra lalu berlalu pergi.

"Waalaikumussalam"balas Tengku Harris. Perlahan.

'I akan pastikan you jadi milik I semula Dian. I promise. I promise yang I akan baiki semua kesalahan I pada you Sayang' gumam Tengku Harris.


SIAPA AKU DI HATIMU (SU)Where stories live. Discover now