" Cik Yoon, Tuan Park mahu jumpa dengan cik " beritahu Lia, pembantu peribadi Tuan Park. Aku membalas dan menutup talian.
Eh, kenapa pulak Tuan Park nak berjumpa dengan aku ni? Fikirku di dalam hati.
Pasti dia ingin bertanyakan tentang projek terbaru yang sedang kami usahakan. Aku tahu dia mahu memenangi tender tersebut. Bukan aku tidak mengenali Tuan Park. Dia tidak mengemari persaingan.
" Masuk " laung Tuan Park setelah aku mengetuk pintunya beberapa kali.
Dan aku terkejut melihat kelibat Puan Park yang sedang duduk di sisi suaminya. Ada apa pula ni? Mereka berdua tersenyum memandang aku, dan semakin aku terkejut melihat anak lelaki mereka, Jinyoung yang sedang sibuk bermain dengan PSP-nya, turut ada bersama.
Umur Jinyoung lebih tua dari ku. Apa yang aku tahu, Jinyoung baru sahaja pulang dari Australia. Dia baru sahaja menyelesaikan pelajarannya di sana. Agak terkejut aku melihat penampilan Jinyoung yang tak ubah seperti orang luar.
Aku hanya berdiri di hadapan pintu. Menjadi kaku seketika. Puan Park menyuruh aku duduk dan aku menolaknya dengan mengatakan aku mempunyai kerja lain.
" Duduk dulu Yoon. Kami ada benda nak bincang ni " pelawa Tuan Park pula.
Akhirnya aku akur. Kalau aku menolak nanti dia kata aku degil pulak! Tak ke naya dibuatnya kalau gaji aku dipotong?
Aku segera melabuhkan punggungku di atas kerusi empuk yang berada di dalam pejabat Ketua Park. Puan Park sudah mula tersenyum memandangku.
" Begini Yoon, biarlah kami terus terang saja. Awak pun kata awak ada banyak kerja. Begini, kami berdua ingatkan nak jodohkan Jinyoung dengan Yoon. Memandangkan Jinyoung pun baru saja balik dari Australia " laju sahaja mulut Puan Park berkata. Aku menelan liur kesat.
Gulp! Biar betul Puan Park ni? Demam ke apa?
Tiba-tiba saja nak suruh kahwin dengan anak dia. Aku kenal pun tidak dengan anak dia, tiba-tiba saja nak suruh kahwin dengan anak dia.
Tambahan pula, kenapa Jinyoung tak menolak? Hish mamat ni. Memang sengaja buat kepala otak aku gila!
" Betul tu Yoon. Kami dah lama perhatikan awak. Tak ada pula mama nampak ada buah hati ke apa. Dalam erti kata lain, kami nak meminang Yoon untuk awak sekarang ni. Boleh? " sampuk Tuan Park pula.
Memang Puan Park menggelarkan dirinya mama kepadaku. Katanya dia sudah menganggap aku seperti anaknya sendiri. Memandangkan aku sebatang kara.
Aku memandang wajah Tuan Park dan Puan Park silih berganti. Sah! Orang tua berdua ni dah kena sawan. Dengan tiba-tiba saja aku jadi sasaran calon menantu mereka.
Apa yang istimewanya aku? Cantik ke aku? Eh, memang cantik. Aku tersenyum sendiri.
" Tapi, mama dan papa tak rasa ke Jinyoung tak suka dengan keputusan mama dengan papa ni " kataku lagi memberi alasan. Apa yang aku lihat sekarang ni, Jinyoung tidak ambil kisah langsung. Sibuk dengan PSP-nya.
YOU ARE READING
[ © ] 𝗧𝗢𝗚𝗘𝗧𝗛𝗘𝗥 𝗙𝗢𝗥𝗘𝗩𝗘𝗥 - 𝗜.𝗡
Fanfictionⁱⁿ ˢᵗʳᵃʸ ᵏⁱᵈˢ ᶠᶠ ⚠️ 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐨𝐩𝐲 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚! ⚠️ 𝟏𝟎𝟎% 𝐢𝐝𝐞𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 𝙨𝙩𝙖𝙧𝙩; 𝟮𝟲 𝙅𝘼𝙉 𝟮𝟬𝟮𝟭 𝙚𝙣𝙙; 𝟮𝟴 𝙅𝘼𝙉 𝟮𝟬𝟮𝟭 𝙨𝙩𝙖𝙩𝙪𝙨; 𝙘𝙤𝙢𝙥𝙡𝙚𝙩𝙚 (✔)